Monday, March 17, 2008

apdet seciput ...

pak cik agak kebizian lately ... minggu ni pun pastinya pak cik akan membizikan diri. banyak keje yg outstanding nih ...

last thursday ... sedang pak cik jalan2 ngan anak2 pak cik gi kedai, tetiba bini pak cik tipon dengan nada apset ... 'nak balik kampung, anak cik ila si intan meninggal ...'. malam tu jugak pak cik balik kampung. cik ila adalah sepupu bini pak cik, anak mak long nya yang tinggal di sebelah rumah mertua pak cik.

si intan meninggal kerena tercekik sosej. usaha untuk mengeluarkan sosej yg terlekat di tekak nya tak berhasil. dah muntah2 dan biru muka nya, tak juga berhasil. ketika allahyarhamah sampai di hospital seremban, beliau sudah pun nyawa2 ikan. doktor mengatakan sukar untuk merawat nya kerana paru2 nya sudah kehabisan oksigen. allahyarhamah akhirnya meninggal dunia.

allahyarhamah sebenarnya kanak2 istimewa. ketika kecil beliau di sahkan mengidap jantung berlubang. tetapi semakin dia membesar, yang berlubang itu seakan tertutup dengan sendiri. wallahualam .... Walaubagaimanapun beliau tidaklah sekuat kanak2 lain. begitulah kebiasaan nya bagi kanak2 yang mengidap 'down syndrome'.

pernah pak cik mencoret di sini tentang si suami yang ingin berkahwin lagi dan si isteri meminta cerai, bakal isteri dan bakal mertua juga tak mahu anak mereka bermadu dan akhirnya si suami menceraikan isteri dan berkahwin lain? inilah keluarga tersebut ...

si isteri banyak menghabiskan masa nya dengan si intan. kehilangan nya pasti amat di rasai oleh cik ila. moga beliau dan keluarga nya tabah menghadapi dugaan ini.

buat pertama kali bagi pak cik, pak cik turut menghantar jenazah ke kubur. kerana allahyarhamah masih kanak2 yang belum mumaiyiz maka tiada talkin di buat di kubur. malam itu pak cik bawak anak2 lelaki pak cik dan anak2 buah pak cik ke majlis tahlil. suka bebudak tu dapat duit yang di beri tuan rumah walaupun cuma seringgit dua yang di letak kan di telapak tangan mereka sedang mereka menadah tangan untuk berdoa.

.

rumah mertua pak cik di apit oleh rumah kakak nya, mak long dan juga abang nya, tok ngah yang juga ketua kampung. seingat pak cik inilah kematian yang ke enam kesemua nya, cukup dua kematian bagi setiap rumah. kematian bergilir2 untuk setiap rumah yang di mulai dengan rumah mertua pak cik. pak cik pun tetiba berasa cuak ... kalau giliran itu benar maka nya kematian seterusnya akan berlaku di rumah mertua pak cik. naudzubillah ...

13 Comments:

Blogger Orked said...

Innalillah wa inna lillahi rojiun

11:38 AM  
Blogger YaTt's said...

pakcik.. takziah.. kematian beturut pun penah berlaku dlm family den. first awrah along den, lopeh tuh pak ngah (abg kpd ayah den) n kemudia atok den (ayah omak den) tp sume ni dah tertulis pkcik.. tiba masanye sume di jemput pulang.

1:47 PM  
Anonymous Anonymous said...

pakcik, kalo dah time....cant do much kan......

11:33 PM  
Blogger Inah said...

innalillah

lama x nampak..mana la encik mz pegi..tinggalkan inah sorang2 :(

10:30 AM  
Blogger zura lias said...

innalillah...al-fatihah untuk si mati..

9:40 AM  
Blogger Orked said...

I'll need a regular blood transfusion to maintain my Hb level at a normal range and this will be for a lifetime.

4:25 PM  
Blogger arsaili said...

semoga cik ila tabah

7:53 PM  
Blogger aria ayumi said...

pes time jumpa kes tercekik sosej... memula diya ingatkan pakcik memain ke ape... huhu. rupanya... budak tu kanak2 istimewa... innalillah...

5:09 AM  
Blogger MOLY said...

innalillah .. sedih nya, meninggal sebab tercekik sosej ..

bahaya betol budak2 ..

pakcik, persoalannya, adakah mak nya memberi sosek besar begitu sahaja ???

9:55 PM  
Blogger MZ said...

timer kaseh buat sumer. sebenarnya yang macam org slalu kata .. kalu dah sampai masa jadi je. sosej yang tercekik tu cuma kecik je, dah nak tercekik ... ada nenek dan mak nya masa kejadian, tapi mereka tak berdaya nak atasi masalah tu. ntah la ...

11:09 AM  
Blogger aria ayumi said...

pakcik!!! ade 'adiah' utk pakcik kat blog diya. huhu. pakcik, lupa nak wish... salam maulidur rasul :D

10:37 AM  
Blogger Max J. Potter said...

semoga roh die selalu dirahmati. org yg 'balik' awal, org yg Allah syg..

9:35 PM  
Blogger MZ said...

ada adiah ekk diya? :D

anna. begitulah yg org slalu cakap ...

3:59 PM  

Post a Comment

<< Home