Friday, August 29, 2008

Bulan & Bintang. Dua.

sebenarnya pak cik mencari2 kembali satu entri blog dari rakan2 blogger yang lain, yang ingin pak cik tampalkan di sini. ingin berkongsi dengan teman2 di sini. entri itu mencerminkan apa yang pak cik luahkan sebelum ini cuma ia nya lebih tampak berkesan dan berjiwa. nantilah pak cik cari2 lagi .. penat dah ni.

dalam suratkabo NST hari ini memuatkan pandangan orang ramai terhadap tindakan pihak berkuasa 'menutup' blog 'malaysi today'. "Bodoh!" kata mereka. mana tidak nya. setelah cuma beberapa jam di senset, blog itu kembali ke udara di alam maya menerusi cermin2 atau saluran2 yang lain. terserlah lah kekurangan cerdik akibat tindakan itu. reaksi2 masyarakat IT antarabangsa belum lagi di ambil kira dan di beri liputan!

dan yang paling marah tentunya che det atau TDM! MSC dan Cyberjaya itu adalah 'baby' beliau. marah la baginda kerana 'baby' nya kini as good as dead.

komen baginda di sini : http://test.chedet.com/che_det/2008/08/snippets-4.html#more

akan tetapi pak cik percaya mereka yang bertugas menutup atau mensenset blog itu paham bahawa kerja itu sia2. tapi seperti kata imam yang menyaksikan sumpah laknat saipul ... 'ikut arahan dari atas'. atau pun tangan2 halimunan. itulah punca sebenar nya.

pak cik juga percaya ramai kakitangan kerajaan, separuh kerajaan, berkanun dan juga swasta yang cukup mahir dan berkaliber dalam kerja mereka. tapi akhirnya kelihatan bodoh dan tidak berdaya maju akibat kekangan2 tangan2 halimunan ini.

kerajaan merayu agar warga2 malaysia yang berjaya di tanah orang agar kembali pulang ke tanahair ibunda terchenta menyumbang kepakaran. permasalahan nya, sebab mengapa mereka tercampak di tanah orang itu tidak di lihat dan di perbaiki. percayalah, soal wang dan imbuhan adalah perkara kedua atau ketiga. ada sebab2 lain lagi yang juga lebih atau tidak kurang penting nya. mampukah kita memperbaiki keadaan itu? soal nya .. keadaan apakah itu? salah satunya kekangan2 dan kongkongan yang menafikan pertumbuhan minda dan daya kreativiti. juga peluang untuk berjaya di tanah air sendiri pada mula nya di nafikan. setelah berjaya baru di panggil pulang?

sekolah tinggi mara bertujuan melahirkan bumiputra yang berpelajaran dan berdaya saing. proses induksi dan suaikenal di suapkan dengan lagu2 patriotik dan kebangsaan termasuklah lagu warisan - anak kecil main api. menangis2 bebudak sekolah tinggi mara baik lelaki atau pun perempuan. akan tetapi apabila bebudak sekolah ini menanyakan polisi2 kerajaan dan perkembangan semasa yang kelihatan tidak adil dan meragukan, mereka di herdik dan di halau agar menumpukan kepada pelajaran semata2. kisah BMF dan Bank Bumi kehilangan billion ringgit tak perlu di kisahkan. ugutan AUKU di laungkan.

daya intelektual di kembang dan di asuh dengan proses perbincangan dan perdebatan. baik antara anak dan ibubapa, antara murid dan pendidik, sesama rakan jauh dan dekat, sesama pihak yang bertelagah dan berlainan pendapat. kalau di tutup mulut di kekang kaki dan tangan, tahap intelektual apa yang di harapkan?


yang mana satu di hajatkan? di antara bulan dan bintang?
di pujuk-pujuk masih enggan, nak ku amuk atau ku bawa lari hilang?*

*sesuai di ujarkan kepada bakal2 mentua yang degil! :D

0 Comments:

Post a Comment

<< Home