ngomel skit ...
"tiada jangkitan, tiada sumpahan, tapi apa yang menarik hati ku adalah 'al-fa'al'. apa itu 'al-fa'al'? kalimah yang baik"
begitulah lebih kurang bunyi sebuah hadis rasululullah saw. hadis yang pak cik 'ter'belajar di satu ketika dulu. jangan lah tanya nasab2 nya. perawi2nya. jenis hadis nya. pak cik dah lupa. kalo nak ambil tauladan dan pelajaran tak perlu itu sumer. kalo nak di jadikan hukum baru kene tahu.
hadis di atas adalah salah satu antara sedikit yang pak cik ingat dan hafal dalam batu jemala kepala pak cik ni. yang menjadi teras kepada pemahaman, sikap dan tindak tanduk pak cik sekian lama.
kalimah yang baik di interpretasikan sebagai mengucapkan perkara2 yang baik. seperti apabila seseorang hendak bertolak bermusafir, orang yang tinggal akan mengucapkan semoga yang bermusafir itu selamat pergi dan selamat pulang.
seterusnya di kembangkan dan di perluaskan merangkumi kesemua celah2 kehidupan dan aktiviti kehidupan. seperti apabila melihat sesuatu dan membuat sesuatu haruslah dengan niat dan tanggapan yang baik. walopun kita melihat sesuatu yang onar dan jahat dan tindakan kita seterusnya haruslah dengan niat dan objektif yang baik. hatta apabila kita di perlakukan kejam dan di aniaya, niat dan sangka baik mesti tetap di kekalkan.
dari situ jugalah lahirnya ungkapan pak cik "berjalanlah di atas bumi ini dengan hati yang baik, bersangka baik, mendoakan dan mengharapkan yang baik, serta melaukan perkara yang baik2 sahaja".
contoh faveret yang selalu pak cik guna adalah ketika rasulullah saw di baling batu oleh pemuda2 Taif, hingga berdarah kaki baginda, malaikat jibrail turun dan menggesa baginda memberi perintah kepada baliau untuk memusnahkan pemuda2 Taif itu. Akan tetapi baginda menolak dan berkata biarkan sahaja kerana pemuda2 Taif itu tidak menggetahui dan belum mendapat petunjuk/hidayah.
nanti ada pula orang berkata, itu rasulullahhhhh saw... memang kuat sabar baginda. harus di ingat ramai nabi2 dan rasul2 sebelum baginda yang berdoa kepada Allah agar menjatuhkan bencana kepada kaum mereka kerana tak mampu lagi menahan sabar.
di pendekkan kata, tepuk dada tanya selera. :D
1 Comments:
Tazkirah yang baik... bersabar, kadangĀ² saya juga tergelincir
Post a Comment
<< Home