Wednesday, August 27, 2008

of babi dan anjing ...

islam mengharamkan dan menggolongkan babi dan anjing sebagai najis berat. sebab-musabab nya ... sila lah periksa sendiri ya.

haiwan2 tersebut walaubagaimanapun tidak di suruh bunuh. haiwan2 itu tidak berdosa. malah di ciptakan ke atas dunia ini kerana ada fungsi2 nya yang tersendiri.

sekian lama agak nya setelah di persendakan, orang2 islam merasa amat jijik terhadap haiwan2 ini terutama babi. asal sebut je babi .. amat sensitif dan berkerut muka orang2 islam malaysia.

kalo di panggil dan di gelar babi atau anjing, cukup merasa terhina. boleh menyebabkan pergaduhan besar.

bila nak buat ladang babi, ramai yang marah. sedangkan ladang babi yang di syorkan itu sebenarnya sedang di halusi perancangan nya agar ia bersih dan tidak mencemarkan alam sekitar.

bila artis hollywood nak adakan konsert di malaysia orang islam tentang. pengaruh buruk!

cuma kadang2 kita kena berhati2. soal babi, anjing dan konsert ni orang2 bukan islam punya hak mereka. tiada sesiapa yang mahu cuba menghalusi perkara ini agar kesemua hasrat, bantahan dan keperluan semua kaum di puaskan?

begitu juga soal minum arak, hiburan dan sebagainya. arak bebas di minum di meja2 di tepi2 jalan. seven eleven juga jual arak sesuka hati. di sesetengah negara barat, meminum arak di tempat2 terbuka adalah di larang. tapi kat malaysia kalo berjalan2 terhoyong-hayang sambil meneguk arak dari botolnya rasa nya bukanlah satu kesalahan. cuma memandu dalam keadaan mabuk sahaja tak di benarkan.

perkara2 sekecil inilah yang perlu di halusi dan di selesaikan. barulah kita lebih berupaya untuk menyelesaikan masalah2 antara kaum dan antara agama yang lebih besar.

* konsert2 black metal di haramkam walaupun secara bawah tanah. bebudak gagak itam pun terpaksa lah buat rombongan ke siam dan ke singapura. malahan ke indonesia. :D

2 Comments:

Blogger Orked said...

This is the picture that we all have to realise, that will come.

7:11 PM  
Blogger MZ said...

hopefully. ameeennnn.

2:21 PM  

Post a Comment

<< Home