Trengkas.
hari jumaat lepas pak cik berbuka di rumah mak & ayah. kerana babysitter ikut sekali, pak cik tak singgah lebih lama untuk bersahur sekali.
hari sabtu pak cik buat keputusan untuk berbuka bersama kak long, kakak ipar di kuala selangor. mood pak cik baik jadi pak cik memandu kereta dengan penuh hemah dan sopan santun. nasib baik. kerana berlaku kemalangan jalan raya di hadapan. berlaku depan mata. kerana pak cik menjarakkan kereta dengan kereta di hadapan agak jauh, brek kecemasan tak jadi masalah. tidak terkejut sangat. dan tidak mendatangkan apa2 musibah kepada tujuh orang penumpang dalam kereta pak cik.
pak cik orang pertama sampai ke kereta yang termasuk dalam longkang besar di tepi ladang kelapa sawit. pak cik cukup bimbang mulanya kerena tiada apa2 pergerakan yang kelihatan dalam kereta myvi itam tersebut. sebaik sahaja pak cik membuka pintu kereta myvi itu, kelihatan kesemua manusia di dalam nya tidak mengalami sebarang kecederaan. cuma menggigil trauma dan terkejut. nak bergerak pun tak boleh. selepas memastikan kesemua mereka dalam keadaan yang baik dan mampu keluar dari kereta itu, pak cik pun meneruskan perjalanan. dua lagi kereta yang terlibat remuk tapi kesemua tiada kecederaan yang serius.
.
dalam perjalanan pulang malam nya isteri pak cik mendapat panggilan telefon. mak mertua di bawa ke klinik di linggi untuk pemeriksaan darah tinggi. tekanan darah nya di lapurkan tinggi. klinik di situ mampu membuat pemeriksaan darah dan mengeluarkan hasil pemeriksaan yang cepat. dari lenggeng ke linggi. dan ke rembau. abang ipar yang tinggal di rembau yang membawa mak mertua ke sana. mak mertua di beri obat darah tinggi yang baru. obat yang lama dah berpuluh tahun tak pernah di ubah2. itu lah padahnya jika pergi klinik kesihatan kerajaan di kampung2 kecil. yang merawat cuma pembantu perubatan. nak jumpa doktor dia kata tak payah ...
yang menelefon adalah kak lang, kakak ipar yang tinggal di putrajaya. dia dalam perjalanan ke rembau untuk mengambil mak mertua dan di bawa pulang ke lenggeng.
.
ke esokan hari nya mendapat pesanan ringkas dari anak buah, kak lang pula di bawa ke hospital seremban kerana tekanan darah tinggi. di bawa dengan ambulans.
selang beberapa lama pesanan ringkas yang masuk mula berbaur cemas dan kritikal. hingga akhirnya abang ipar sendiri yang menelefon "doktor sini kata dah tiada harapan", katanya. bercucuran air mata isteri pak cik mendengar perkhabaran sedih tentang kakak kesayangan nya.
kami berlapan pun berkemas dan bergerak ke seremban.
keadaan kak lang di hospital seremban (nama barunya sejak beberapa bulan yang lepas adalah hospital tuanku jaafar? bukankah hospital selalunya di namakan sempena nama sultanah?) memang kelihatan tenat. pelbagai mesin disambungkan kebadan beliau termasuk mesin bantuan pernafasan. tekanan darahnya cukup tidak stabil.
doktor di sana mengesyorkan agar kak lang di bawa ke hospital kuala lumpur untuk pembedahan mengeluarkan darah beku di dalam kepala nya. bagaimanapun beliau menyatakan peluang untuk sembuh adalah tipis. besar kemungkinan jika terus hidup tetapi dalam keadaan koma.
menyedari itulah sahaja peluang yang ada, kakak ipar di pindahkan ke hospital kuala lumpur. pembedahan di lakukan pada pukul 3.30 pagi dan tamat sejurus selepas subuh. beliau masih di unit rawatan rapi. keadaan beliau alhamdulillah menunjukkan tanda-tanda yang baik.
.
ketika anak bujang nya yang sulung terlantar teruk di hospital seremban akibat kemalangan jalanraya dahulu, pak cik memberitahu kakak ipar "jangan bimbanglah, dak ijdi ni kuat orang nya."
memang benar. dak ijid dah sembuh walopun sedikit tempang. rasanya segala besi di kaki dan pinggulnya dah di keluarkan. masalah kepala dan paru-parunya dahulu pun tak meninggalkan kesan berpanjangan.
kekuatan dan semangat untuk hidup si anak tadi datangnya dari ibunya. pak cik berkeyakinan kak lang akan sembuh. namun pak cik tetap berdoa untuk beliau. dan mudah-mudahan sempat beraya di rumah dan bukan di wad di mana-mana hospital.
.
berikutan itu, sibuklah pak cik sekejap. memandu dari kuala selangor, shah alam, seremban, lenggeng, putrajaya, kuala lumpur dan klang. selalu nya memandu pakai sandal jek. dah banyak sangat batuan perjalanan, terpaksa pakai but. untuk mengelak dari sakit kaki. macam2 hal lagi ...
.
pesanan pak cik ... jika sekali doktor telah memberi preskripsi obat darah tinggi, sila-sila lah makan obat tersebut dengan tertib. makanlah segala obat kampung, diet dan sebagainya. tapi obat darah tinggi JANGAN sesekali di tinggalkan. kalau pun tak sayangkan diri sendiri, ingatlah mereka-mereka yang rapat dengan kita. susah kita, susah mereka juga nanti. jangan lah biarkan mereka bersedih mengeluarkan air mata. lebih2 lagi di bulan ramadhan dan bulan syawal nanti ...
seelok nya kita cubalah mengelak dari terkena penyakit darah tinggi ni. marilah kita jaga pemakanan dan bersenam selalu. walaupun ada risiko keturunan sekalipun, kita masih mampu mengelak nya insya'allah ...
akhir kata ... selamat berpuasa dan berbuka di samping keluarga dan teman2 rapat! :D

6 Comments:
ish..semoga kita sume pandai menjaga diri dan tak tersakit tak tentu pasal. kalau Allah SWT nk uji, itu lain cerita. tapi selagi boleh, kita berusaha jaga kesihatan. =) kan pakcik?
This comment has been removed by the author.
panjang lapuran pakcik...syukurlah semuanya dapat diharungi dan selesai...walaupun tidak sepenuhnya sekurang² buat masa ini.
Pakcik pula jaga diri, jaga kesihatan..rasanya kalau pakcik tak sihat lagi banyak insan² tersayang terlibat..termasuk kami juga tau..huhuhuhu...
Hati² memandu, ingat orang² tersayang < sy terbayang iklan budak pompuan yg masuk kelas dgn muka bercalar² sbb tak pakai tali pinggang keledar>
suruh anak2 kt belakang tu pakai tali pinggang keledar...
pakcik,hope everything is well and may they get better in time
nani. iya, betui tu :p
kujie. insya'allah n thanks. :D
azra. thanks babe. time hold the answer ...
salam..sgt bersetuju..penghidap darah tinggi selalu take for granted..kena buat pemeriksaan berkala, dan dosage ubat akan disesuaikan dari masa ke semasa..takziah atas perkabaran yg kurang baik..moga mereka cepat sembuh/stabil
Post a Comment
<< Home