Tuesday, August 28, 2007

air mata rindu.

rasa sayu
tak tertahan lagi
membuak-buak dada terasa sesak
pedih sekali
menyentap hulu hati
lalu air mata
tumpah lagi.

air mata
berlinangan di pipi
gugur satu per satu
menitik di lembaran kertas
puisi yang tertulis
perlahan-lahan kembang dakwatnya.

puisi
yang pudar di atas kertas
di dalam ingatan teguh berkekalan
setegar kasih terpahat di hati
di suburi memori
di sirami rindu.

.

"in case i haven't told you yet, you are indeed the most wonderful birthday present ever .. " said the lost wanderer.

3 Comments:

Blogger GoD's~sLaVe said...

ewah..ewah..ewah..teror jugak pakcik ni berpuisi..

4:13 AM  
Blogger IndahSakura said...

Masih di musim merindu eh Pakcik. Moga rindu kan terubat jua nanti.

Salam merdeka :)

8:18 AM  
Blogger MZ said...

sheera. terror tu idak la. skit2 ader :D

endah. akan terobatkah? salamz merdeka jua :D

9:23 AM  

Post a Comment

<< Home