Aku Sorang Mat Rock ... Si Dia. Bahagian Enam.
pak cik lewat beberapa minggu untuk menyertai kelas bagi pengajian diploma lanjutan. kontrak kerja sementara perlu pak cik penuhi terlebih dahulu.
hampir segala subjek pelajaran pak cik menghadapi kesukaran. lewat menyertai kelas dan tertinggal beberapa bab rasanya bukan lah penyebab utama. apa yang lebih mendukacitakan, pak cik gagal untuk memahami subjek-subjek pelajaran yang pak cik minati. sungguh mengecewakan. tak kira betapa pak cik cuba memokuskan perhatian semasa kelas. pak cik kehilangan arah tumpuan.
justeru itu keputusan peperiksaan amat tidak memberansangkan. setakat lulus sahaja. namun demikian ada juga subjek pelajaran yang pak cik gagal dan terpaksa duduki semula beberapa kali. mujur akhirnya lulus juga. tidak pernah pak cik mendapat markah kosong tapi kini ia terjadi. ini memaksa pak cik menukar strategi kepada belajar untuk lulus dan menamatkan pengajian mengikut semester yang di tetapkan. sebab utama adalah .. selama mana pak cik duduk di situ untuk belajar, selama itulah pak cik merasa cukup terseksa. tak sanggup pak cik untuk melanjutkan tempoh sengsara tersebut.
hampir sepanjang pengajian itu pak cik tinggal bersama seorang rakan karib. bersama-sama dengan dia dan rakan serumah yang lain nya kami akan ke kl atau ke klang untuk melepaskan tekanan perasaan. beliau lebih banyak bermain snooker. manakala pak cik hanya bermain permainan video. kadang-kadang kami akan menonton wayang. aktiviti ini berjalan hingga ke larut malam atau pun ke lewat pagi lebih-lebih lagi pada hujung minggu. begitulah beberapa semester hingga ke semester pak cik harus menjalani latihan praktikal di kl. rakan karib pak cik bernasib malang kerana beliau harus gagal banyak subjek dan terpaksa melanjutkan pelajaran ke semester tambahan.
setelah tamat latihan praktikal, pak cik kembali ke kampus untuk semester terakhir. ketika inilah pak cik memutuskan cukup lah tempoh berkabung sepanjang 3 tahun yang lampau. cukuplah pak cik memencilkan diri dari dunia. sudah sampai masanya pak cik mencabut speaker walkman dari telinga pak cik. kaset 'use ur illusion' oleh gun & roses pun sudah hampir rosak. asyik pak cik mendengar lagu2 nya buat ketika yang lama.
adakah pak cik merindukan si dia? itu pak cik tidak pasti. tapi pak cik cuba untuk melupakan si dia. pada pak cik apa yang si dia lakukan pada pak cik adalah sesuatu yang kejam. apabila rakan si dia meminta pak cik menemui si dia di lapangan terbang ketika si dia hendak berlepas ke luar negeri bagi melanjutkan pelajaran, pak cik hanya tersenyum dan menggelengkan kepala pak cik. sudak cukup dengan keadaan pak cik yang cukup terseksa ini. makan minum tak lalu. tidor pun payah sekali. pak cik cukup kurus ketika itu. namun pak cik tak dapat menahan diri daripada memotong gambar si dia di dada akhbar yang tersiar ketika menjelang hari raya, ucapan selamat hari raya pelajar-pelajar di luar negeri.
dan di semester terakhir ini pak cik bercadangkan untuk cuba memikat pelajar perempuan. sahaja mencuba untuk melihat samada diri pak cik masih 'laku' atau tidak. beberapa pelajar perempuan menjadi sasaran pak cik termasuklah isteri pak cik sekarang.
akhirnya pak cik berjaya menamatkan pengajian pada masanya. setelah mengharungi pelbagai ujian dan cabaran. termasuk hadir lewat ke dewan peperiksaan untuk peperiksaan akhir salah satu subjek pelajaran yang pak cik minati. nasib baik rakan serumah mengejutkan pak cik dari tidur dan menghantar pak cik ke kampus dengan motor beliau.
2 bulan kemudian pak cik mendapat kerja di sebuah bank. sampai masanya pak cik membuka lembaran baru kehidupan. suasana yang baru membenarkan pak cik untuk melupakan segala penderitaan dan kekecewaan.
adakah si dia masih bertakhta di hati pak cik? itu tidak pernah pak cik cuba untuk menjawab nya. pak cik tak berani. tapi si dia adalah cinta pertama pak cik. seumur hidup kenangan itu akan berkekalan. segalanya masih segar seakan baru semalam ia berlaku. segala-galanya. yang manis dan juga yang pahit. lebih-lebih pada saat pak cik berdiri melihat bas yang si dia naik pergi dan hilang di simpang jalan kuala lumpur, di malam yang pak cik merasa paling sunyi dan sayu itu.
.
'sometimes i wish i am a devil. full of evil. being kind seems doesn't pay. most of the times'
7 Comments:
betul ke cinta pertama x dapat dilupakan?kalau dpt dilupakan dengan cepat..itu bukan cinta ke pokcik?*sy yg musykil*..hikss..
eemmm..... bila sy tak de mengenang kisah lama saya dulu2 mcm ni..adakah bermakna bekas2 boipren saja dulu2 tu..bkn cinta sy?
juera & kujie. tepuk dada tanya selera :p
pokcik..kata org..jgn pandang belakag.hehehhe
kata arwah p.ramlee..barang yg lepas. hai jgnlah dikenang, kelak dikenang..meranala diri..
Pastinya.benda yang bukan milik kita itu bukan terbaik utk kita..ALLAH knows everything ..jadi, percaya dan redha pada takdir yg telah ALLAH tetapkan..yang kitasuka blum tentu yang baik utk kita :)
(ishh macam lecture bidang syariah plak cikgu ni huhuhu:p)
pastu2? ape berlaku?
tu dah the end of the story ke?
pakcik.
senyap je. ble nk sambung ni.
neway. happy daddy's day!!
:)
tepuk dada jadi king kong la pakcik............tak moh tak moh....!!!!!
* sambil tepuk dada...* :p
Post a Comment
<< Home