Aku Sorang Mat Rock ... Si Dia. Bahagian Akhir - Analisis.
ketika si dia meminta untuk menjadi adik angkat. ketika si dia meminta agar statusnya menjadi lebih dari sekadar adik angkat. pak cik memberitahu diri pak cik, jangan menghampakan permintaan orang lain, ataupun nanti di kemudian hari kita pula akan di kecewakan. pendirian diri sendiri untuk tidak berpacaran pak cik ketepikan. kemungkinan pak cik melukakan hati lelaki lain pak cik abaikan. atau adakah pak cik tergoda dengan kecantikan?
bila mendapat tahu pak cik mendapat kelapa di tebuk tupai, pak cik pun merubahkan diri menjadi sekufu dengan si dia. kunun nya lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat. mungkin juga nafsu amarah dan kecewa juga membakar niat jahat tersebut.
ketika si dia akhirnya meminta di lepaskan, pak cik berbisik pada diri sendiri, kalau sayangkan si dia eloklah dilepaskan, sekiranya dia kembali, itu mungkin untuk selama-lamanya. atau pun pak cik sememang nya inginkan dia pergi?
demikian adalah beberapa prinsip yang pak cik dasarkan ketika itu. bukan nya pak cik punya sesiapa untuk pak cik rujuk. untuk pak cik mengadu dan meminta khidmat nasihat. berlandaskan kata-kata hikmat itulah pak cik membuat keputusan.
begitulah seterusnya sehingga sekarang. apa yang pasti, berbuat baik tidak semestinya beroleh hasil yang baik. di sakiti dan di kecewakan adalah lumrah.
sehingga pak cik merasakan, tidak berguna segala prinsip itu. kalau tidak masakan telah terjadi apa yang telah terjadi selama ini? adakah ia nya segala cobaan dan dugaan?
apa yang pasti, pak cik tidak lagi akan menunggu untuk di lukakan lagi. pak cik juga sebolehnya tidak akan meluka kan. sekiranya keadaan tidak menjanjikan apa-apa setelah segala daya dan usaha di buat, baiklah keputusan segera di buat agar luka tidak berlarutan menjadi nanah dan busuk. atau ini juga adalah salah satu prinsip yang tidak berguna?
bagaimana jika berprinsipkan 'hidup untuk ketika ini sahaja'? just enjoy while you still can? enjoy the ride?
secara jujur, pak cik tidak mahu lagi berlandaskan apa-apa prinsip. cukup sekadar apa yang pak cik lakukan itu adalah berdasarkan niat yang baik. walau kadang-kadang caranya tersesat ke arah kesesatan. asalkan niat nya baik, yang sesat itu cuba-cuba lah di baiki. pak cik sedar 'cara' itulah yang harus dan mesti d perbaiki. yang pasti itu bukanlah satu usaha mudah. perhaps require a lifetime effort.
hanya sekadar cebisan pendapatan yang tidak seberapa ...
.
'aku adalah .. insan yang tak punya .. kilauan emas permata'
- this is a rough draft. just post it. too bog down to put some makeup dan editing.
5 Comments:
sy tak leh nk komen lagi...jap2 nk wat post-mortem utk 2-3 hari ye..
Depend on no one because in life there’s a road you take,this isn’t a guessing game,
It’s a You’re the only one that can choose your destiny.
By depending on no one, you make your own decision on you’re life, there’s no one to blame around you.
laa dah bahagian akir kee cite nii...kira last nye hero dia selamat la kan hahhahaha:))
alhamdulillah..sy masih ade peluang nk tekel hero..hahhahaha
pengalaman mendewasakan.
Post a Comment
<< Home