Wasted Sunset Series. II.
jubir agak sedikit takut dengan air. dia lebih banyak bermain pasir di pantai dan sesekali bermain di gigi air. bila di pimpin tangan nya oleh pak cik baru dia berani untuk merendamkan badan nya kedalam air laut yang lebih dalam, setinggi pinggang nya sahaja. itu pun jelas kelihatan perasaan takut di wajah nya.
ibai dan suaraya pak cik biarkan mereka sendiri. suraya dan ibai cukup berani menjelajah ke tengah laut. selagi paras air tak melepasi hidung selagi itulah agak nya mereka akan terus ke tengah. sesekali pak cik akan melaung memanggil mereka ke tepi. lainlah jika pak cik ada bersama-sama berenang.
a'id lebih banyak bermain air dan pasir sendirian. sesekali dia akan mengacau si jubir. sesekali dia akan bersama-sama bermain dengan kakak dan abang nya.
pak cik lebih banyak berjalan-jalan di tepi pantai. selalu nya bersendirian. kadang-kadang di temani jubir. kadang-kadang ibai turut serta.
kali ini pak cik membuat aktiviti snorkelling, tapi tanpa alat snorkel. cukup dengan gogle. tapi letih la menahan napas dan mengambil udara. air laut yang jerneh jelas menampak kan pasir2 di dasar. sesekali pak cik dapat melihat ketam berlari dan ilang di dalam pasir. sesekali pak cik berjaya menangkap siput yang cuba berlari. tapi tak seperti ketam, siput ini agak lambat untuk mengorek bersembunyi di dalam pasir. mudah sahaja di tangkap. tak seperti taman2 laut, di sini tiada batu karang dan ikan2 laut yang berenang2 berkeliaran. anak2 ikan yang halus ada.
tidak seperti yang lepas2 .. ombak yang menderu ke pantai tidak banyak membawa siput2 yang masih hidup. mungkin kerana hujan sejak beberapa hari yang lepas.
kelebihan ke pantai ketika hari kerja .. para pengunjung tidak ramai. cuma ketika lewat petang dan cahaya mentari tidak terik, pemuda-pemuda dan pemudi di kawasan sekitar mula datang berkunjung. lebih kepada untuk ber riadah seperti bermain bola sepak di pantai.
kekurangan nya .. tiadalah penjual aiskrim.
.
"don't look back in anger. i heard you say. at least not today" - oasis.
6 Comments:
saya suka nama suraya. :)
tp sy x pandai berenang. macam mana?
:p
sayda, anak2 pak cik pun tak pandai berenang. perasan jek pandai :)) ekekeke
termasuk lah dengan bapak anak2 pak cik tu :D
hahaha.
baru nk mintak tlg ajar berenang.
haha.
erkk .. sayda. walo pun pak cik tak leh berenang dgn pandai nya .. namun pak cik dgn sukarelawan menawarkan diri utk ajar berenang :D tsk tsk tsk
bestnye men air laut... kecik2 dl atuk diya ngan adik2 slalu gak bwk pegi pantai. dh beso ni xde org nak bwk pegi pantai dh. huhu
moral of the story...len kali g PD ajak penjuai eskerim !
Post a Comment
<< Home