Friday, September 07, 2007

Wasted Sunset Series.

petang semalam pak cik coti. pak cik gi PeeDee. lagi sekali.

melihat cuaca yang terang benderang dengan mentari yang terik, pak cik cukup berharap, jangan lah mendung lagi seperti ari senin lepas. agar dapatlah pak cik menyaksikan suasana mentari jatuh d kaki langit yang lebih indah.

pak cik sampai d pantai pukul empat lebeh. mentari cukup gah menyinar. dada laut berkilau dengan pantulan cahaya mentari seolah2 sebuah cermin yang cukup besar. angin yang bertiup sepoi2 bahasa menyaksikan ombak laut yang kecil dan lebeh tenang. lantas air laut yang jerneh jelas memperlihatkan dasar pasir dan isi laut.

seketika tubuh badan menjadi perit akibat sinar mentari yang terik. memaksa pak cik sesekali membasahkan badan dengan air laut. pak cik berjalan2 di pantai dan di gigi air sambil menanti mentari mengundur diri di ujung laut di kaki langit.

akhirnya masa yang di nanti tiba. mentari kian hilang di ufuk langit sana. malang nya, walaupun hari tidak mendung, terdapat awan tebal berkepul-kepul. mentari hilang di balik awan. dan bukan hilang di telan laut. walau demikian, suasana dan pemandangan nya jauh lebih baik dari ari senin lepas.

mungkin pak cik akan kembali lagi ...

.

"pada wajah mentari yang perlahan-lahan terbenam di hujung lautan, terlukis cita-cita dan harapan yang masih belum terlunas. pada purnama akan di adu rasa resah dan gundah. namun sesudah subuh esok, cita dan harapan itu akan di perbaharui. bersama wajah mentari yang terbit di ufuk timur."

note : masih blom bleh aplod gamba. kalo tidak ...

5 Comments:

Blogger zura lias said...

pokcik..gie PD lagi..pokcik x ajak..majuk ar camnie...*sambil berlari-lari ke zoo*..

8:53 AM  
Blogger MZ said...

juera :
- la ... kan pak cik dah ajak2 kamben tu :p juera plak malu2 rimau belang :p
- kalu majuk kene larik2 ya?
- lari gi zoo tu nak ngadu kat sepupu sepapat ekk? :p

9:08 AM  
Blogger .::{ uMIe }::. said...

ahaha macam nie ghupenya kak zura.. majuk lari kat zoo.. muahaha ramai btol sesupu sepapat kak zura tu ek pokcik... hehe

pokcik, ape kata nanti kita piknik kat peedee sesama. ajak kak zura n yg lelain ;) ihiks..

4:30 PM  
Blogger Jie said...

oooo...bestnya dpt p PD
lama dah tak p
sapa2 nk ajak...erk..!

4:47 PM  
Blogger MZ said...

sebenar nya ... tempat pak cik melepak tu tak komersial. tak seperti d teluk kemang tu. lebeh kepada privasi dan sekslusif gitu. *lebih sepuluh tawon dulu lagi la terasing tempat tu tader orang*
kalo nak gi situ elok bawa bekal siap2. masak atau beli kedai :p
tapi air laut dan pantainya bersih. tu yang pak cik selalu datang.

5:17 PM  

Post a Comment

<< Home