Monday, May 25, 2009

oii kome .. deghoyan dah berbunger ...

baru pak cik terperasan banyak juga pokok buah2an di kampung yg sedang berbuah. pak cik ingatkan buah durian aje. rupa-rupanya pokok langsat dan manggis juga sedang berbuah. seperti dalam gambar ... yang tiada dalam gambar adalah pokok rambutan. juga sedang berbuah.

jika kesemuanya masak pada waktu yang sama, meriah betul suasana kampung nanti :)

masa ni masing2 sibuklah mengemaskan dusun. tebas segala semak samun. baru senang nampak buah durian yang gugur. baru senang nak memanjat dan mengait buah2an yang lain.

Saturday, May 23, 2009

liar liar liar

only liar cudn't trust others.

whenever u lies to somebody
and u laugh it out loud
like you have won the world
lil u realize
u cud actually just lost
someone bigger than world.

learnt peep know this
those who r not
walk with eyes n heart wide shut.

Tuesday, May 19, 2009

Idzinkan Pak Cik Bertanya ...

tahukah anda ... negeri Perak adalah negeri Melayu yang terkaya suatu ketika dahulu. malahan ia adalah negeri pertama yang menikmati kekayaan. hasil utama nya adalah bijih timah. kemudian barulah lembah kelang ataupun selangor (sebelum kuala lumpur di Wilayah Persekutuan kan).

tak perlulah nak bukak buku sejarah, pergi librari atau pun bukak arkib utk memeriksa kenyataan di atas. bukti jelas dan nyata depan mata ... no plat kereta :p

sudah dan pernah pak cik nyatakan dahulu bahawa sistem pemerintahan negara ini adalah sistem Raja Berpelembagaan atau Raja Berparlimen. Sistem yang mengikut acuan tuan penjajah kita dahulu, negara British yang juga masih di guna pakai di sana. Kuasa pemerintahan adalah di Parlimen yang di terajui oleh Perdana Menteri atau pun bagi negeri2 terletak pada Dewan Undangan Negeri di terajui oleh Menteri Besar/Ketua Menteri.

secara ringkas dan mudah, kuasa Raja dan Agung adalah terhad mengikut Perlembagaan dan undang2. kuasa eksekutif adalah di tangan wakil2 rakyat dan wakil parlimen yang di pilih oleh rakyat menerusi pilihanraya.

ini adalah perkara asas.

situasi berkecamuk dan huru hara di negeri Perak sekarang ini adalah berpunca dari kurang faham dan salah tafsir mengenai sistem pemerintahan di atas. di burukkan lagi oleh perasaan tamak haloba, gila kuasa, takbur dan ego oleh wakil2 rakyat nya. di simpul matikan lagi oleh faktor2 politik di luar negeri Perak.

berapa lama keadaan tersebut akan berlarutan? akan lahirkah seorang hero atau penyelamat yang mampu memperbetulkan keadaan?

tepuk dada tanyalah orang2 Perak sendiri. tetapi jika mengikut sejarah, lambat lagilah jawab nya.

tahukah anda, negeri Perak mempunyai jumlah perwakilan yang paling ramai di mesyuarat agung Umno? setinggi manakah jawatan dan kuasa yang pernah perwakilan nya menang dan jawat dalam organisasi kebangsaan Umno?

.

* yeop .. jgn mare aaa yeop. no ic pak cik 08 tau kat tgh2 tu :p

** terpanjang lak ngomel pak cik. ampunnnn ..

Sunday, May 17, 2009

syukur kah?


wiken yg lepas, pak cik g wedding d bdr br salak tinggi. alang2 da sampai situ .. pak cik teruskan destinasi ke peedee.

kali ini laut berombak besar. angin bertiup kencang. air pula pasang ...

tapi tak leh nak komplen. alam masih indah. tanda2 kebesaran Nya. kalo nak amik hidayah la kan. kan kan ..

Wednesday, May 13, 2009

Gatal!

gugur kelopak mawar satu persatu
terhempas jatuh di atas tanah lumpur
perlahan-lahan menjadi kering
akhirnya hilang dimamah masa

cinta yang kecundang kehilangan kesetiaan
menukar mimpi menjadi igauan
tanpa keredhaan dan kesabaran
hati yang mulus terbakar kering
perlahan-lahan bertukar menjadi
hati dendam kesumat iblis syaitan.

*sowi aaa. jari gatal sudah mari :))*

Thursday, May 07, 2009

imbauan ..

ni masa benti pit stop tepi jalan. dlm perjalanan pulang dari rumah penganten pempuan di batu kikir. abg ipar yg kawen. jodoh pak cik lom sampai lagi ;))huhuhu

penatt seh. mana lagi ngan urusan kenduri kawen. ulang alik umah penganten pempuan lagi. dah la memula ikut jalan bukit putus. tambah kejadian tayar pancit. bawak kete pelan bangat ... 60 km sejam pun x sampai ...

last2 berhenti tepi air terjun ni. kete lagi satu pun ikut berhenti. budak2 ni pun berpiknik ...

nice view actually. saper yg ulang alik jln k. klawang, jelebu tahu lah kut ..