bos ari tu dengan sesuka hati suruh aku pergi Pasir Gudang to attend satu function hold by client. patutnya sowang engineer pergi tapi dia jatuh sakit lak. yang lelain sumer tak leh atau tak mo pergi. kununnya bizi. abih aku tak bizi ya? nak tak nak terpaksa la ku pergi.
yang aku hangin tu esok nya yang kene pergi ni. kira last minit aaaaaa tu. ampeh betul. aku check .. ticket flight dah abih atau dah tak der yang kene waktunya. jadinya kene drive ler.
kol 3 pagi aku pun bertolak. aku pun drive skima jek. ye ler kete tak banyak. dalam skima2 tu pun ada gak la bawak laju. harap2 tader aaaa speeding ticket. dalam 2 jam aku dah sampai ke sempadan negeri Johor. dah lepas 2 negeri dah ni ... Selangor & Melaka. tak lama kemudian hujan la plak ... kejap lebat kejap tak lebat. pelan-pelan aku rasa sujuk. nak2 kaki aku. akhirnya aku pun pakai la stokin dan sarungkan jeket. tapi sujuk tetap sujuk. ngantuk pun sama. lama-lama tak tahan ngantuk aku pun berhenti kat satu tempat rehat. ntah apa nama tempat tu. yang aku tahu sebelom Kulai. cuma ada tandas dan satu wakaf jek. banyak gak lori yang tengah rehat kat situ. aku pun rendahkan kerusi cuba nak tidor. payah lak nak lelap ... tapi lelama tidor la gak.
aku mangun kol 7.30 pagi. tadi sampai situ kol 5.46 kut. abih la... lambat lak kang. aku pun sambung perjalanan. ujan lagi ni. aku pun bedal je la bawak laju skit. tapi aku agak2 la kan. malam tadi banyak lori. pagi ni tambah lagi ngan kete2 lain.
keluar dari lebuhraya PLUS masuk ke lebuhraya Pasir Gudang .... jalan jammed. seperti yang aku dah agak. jalan teruk lak tu. mana plak sign Tanjong Putri Gold Resort ni? ampeh ... terlajak aku. apa da ... signboard pun tak pasang.
aku sampai lewat dari jangkaan aku. kol 8 lebeh. sib baik function tu blom mula. dah lama aku duduk lepas daftar baru la function tu start. standad la kan ... local function.
funtion tu di adakan bersama oleh sebuah syarikat minyak gergasi dengan sebuah lagi syarikat gergasi GLC tempatan. salah sorang yang berucap tu ada menyatakan ... syarikatnya berharap agar vendor2 tempatan dapat merubah kepada budaya syarikat omputeh yang propesenel dan lebih produktif. aku seyum kamben jek ...
cakap boleh la. cuba cermin diri sendirik dulu. kalo nak suwuh syarikat2 kecil tu berubah ... syarikat yang besar tu patutnya jadik contoh terlebih dahulu. ini tidak ... lebih sudu dari kuah.
function tu pun tak der ciri propesenel langsung. patut nya bila jemput worang kene la bagi sesiap agenda, isi-isi dan topik2 perbincangan. bahan2 perbincangan kene bagi awal2. boleh orang yg di jemput dan yang datang buat persiapan dulu. ni tidak ... aku datang pun tak tahu apa yang patut aku buat, apa patut aku cakap dan apa yang aku harap or expect. main hantam jek.
speaker2 ngan MC pun pakai baju hantam keromo. cuba tgk omputeh.. siap pakai suit lagi. kalo pun pakai jeans depa mesti pakai blazer ke apa. ini tidak ... pakai jeans ... t-shirt .. huduh lak tu. ntah apa2 lagi.
kat luar dah la ujan... kat dalam dewan function tu pun ujan gak. meleleh2 air turun dari siling.
kalo ikut hati aku pada akhir function tu bila ada sesi soal jawab ... nak gak aku bagi sedas dua. tapi malas plak. biarlah luncai ngan labu nya. worang2 kerdil macam aku ni ... lebih baik diam jek wat hal sendiri.
abis sumer kol 6 petang. nak balik terus tapi ujan lebat. bila ujan reda skit ... aku pun chiao. mak aiii ... amik 2 jam nak kuar dari Pasir Gudang dan nak masuk lebuhraya PLUS. ngan ujan lebat nya ... ngan air penuh atas jalan sampai dah tak nampak lubang2 atas jalan tu ... abih jahanam balancing ngan alignment kete. dah lama aku tak terperangkap dalam jammed tahap cipan ni. lebeh teruk dari kekura merangkak2. kene himpit ngan lori treler lagi. ngan manusia bawak kete macam cipan cilok sesuka ati. tadi elok terang dah jadi gelap. sujukkkkk lagi.
dah masuk lebuhraya aku pecut terus. pak cik tak tahan sakit paler ni. nak terkucel lagi .... dekat sejam baru jumpa hentian rehat yang ada sumer kelengkapan ... tandas, surau, tempat makan, kedai ngan tempat isi minyak. lega .....
kat situ terjumpa beberapa peserta function tadi. lepak la ngan depa. dah rehat dan agak2 dah ok skit ... aku pun sambung perjalanan pulang. tak lama kemudian ujan lagi .....
kol 12.30 pagi baru sampai umah. aku kira2 ... dah 21 jam aku keje untuk kompeni ni. esok kene gak keje. penat betui ni tapi nak lelap pun satu masalah lagi.
tak sampai sebulan aku dah berjalan ke utara malaysia and selatan Malaysia. pas ni ke mana la plak aku akan tercampak agaknya?
.