Friday, August 28, 2009

suatu malam di bulan puasa

dalam perjalanan ke kereta sesudah sembahyang taraweh, sambil di ikuti iqbal, a'id dan jubir, pak cik bertanya "ibai, kenapa kau tak semayang ya?" tanya pak cik bila melihat iqbal dan adik2 nya bermain2 di luar masjid sambil menikmati juadah moreh.
"ibai sembahyang la. tapi masa ayah sembahyang bebas tu ibai keluar masjid" jawab si iqbal.
"uiks .. sembahyang bebas tu sembahyang apa?" tanya pak cik.
"ala ... ayah sembahyang tak ikut imam tu" jawab iqbal sambil tersengeh2.

.

selamat berbuka semua. selamat berhujung minggu. jgn shopping mcm nak rak ya. banyak hari lagi ...

hujung minggu ni macam2 adaaaaaa .. ada F1, ada motogp, ada MU vs Arsenal. phew .... leh tgk delay telecast je lah.

last sekali ... SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN!

Wednesday, August 26, 2009

satu hari sebelum bulan puasa

'joe! esok puasa ke tak? nampak tak anak bulan tadi?" tanya si polan.
'it doesn't matter' jawab si joe dengan serius.

beberapa ketika kemudian.

'sembahyang itu tiang agama. jadi kalau tak sembahyang, apa perlu nya berpuasa?' ujar si joe.

.

like it or not, either an argument to other person(s) or even to ownself, we get caught on giving a twisted rationale and excuses. but little we even aware about it. to our own eyes, heart and understanding it is right. maybe clouded by own emotion, longing, lust, etc etc. perhaps that is why we were ask to always or even everyday pray for Him for guidance towards the truth.

*slamat berpuasa dan berbuka :)*

Thursday, August 20, 2009

Selayang Pandang Selakir Senyuman.

"dari runtuhan kota melaka, kita bina jiwa merdeka".
kita sekarang di bulan kemerdekaan :)

samat menyambut ulang tahun kelahiran juga buat pak cik. jatuh pada hujung minggu yang lepas. tiada sambutan yang meriah. kebetulan hari tersebut pak cik sibuk mengikut rombongan menghantar pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan di sungai besar.

hujung minggu sebelum nya pula pak cik mendapat demam selsema yang teruk. dua hari tidak bangun. sekarang pun masih belum sepenuhnya. rasa seram sejuk itu masih ada. selsema juga masih ada serba sedikit.

esok atau lusa pula bulan ramadhan penuh keberkatan akan menjelang tiba. inilah yang pak cik maksudkan sebagai "pulangkan Bulan". berkobar-kobar semangat untuk beribadat mencari keredhaan dan keampunanNya. tetapi entahlan mampu atau tidak. sudahkah bersedia secara fizikal dan mental ...

apa-apa pun selamat berpuasa dan beribadat buat semua di bulan puasa ini. semoga kita semua beroleh rahmat dan keberkatan. :)

Wednesday, August 12, 2009

duh!!

was counting the days when this news came out "Schumacher calls off Formula One ComeBack". heartbreak ...

there were also sexciting development in motogp. stoner took a short break to recuperate. jorge, valentino rossi might be leaving for honda. if he is not careful hw might ended up like a few former champion and champion wanna who became un-noticeable and lost into the oblivion.

but i guess life is about choices and making a good one count.

Tuesday, August 11, 2009

Masuk Melayu? PreLudium.


masuk islam sama dengan masuk melayu?

secara kasarnya itulah pandangan masyarakat bukan islam. sejak zaman jepun lagi. tak di kira lagi kene sunat dahulu baru boleh di kira masuk melayu. sexcuse me, my err .. masuk islam.

tanggapan ini sebenarnya di mulakan oleh orang-orang melayu juga. sejak dahulu kala. masuk islam di kira masuk melayu. mahu masuk melayu kene sunat dahulu.

secara sedar atau tidak itulah stigma yang telah melekat. itulah juga salah paham yang timbul di kalangan orang-orang melayu. itulah juga yang mungkin melemahkan orang melayu.

jadi apa masalah nya? ada masalah? tiada masalah?

masalah nya banyak. tetapi masalah yang paling agungnya adalah melayu dan islam tak sama. walau dengan apa alasan sekalipun.

(pernah dahulu ada seorang pemimpin melayu berhujah Islam di Malaysia gah kerana orang melayu. dia kata lah kan. betul atau tidak, pikirlah sendiri. malas pak cik nak kupas. tak cukup jari nak taip)

islam mengharamkan arak. mendekati arak pun di haramkan. apa2 yang berkaitan dengan arak pun jatuh lah hukum haram. tiada toleransi.

maka datanglah satu bangsa melayu yang terkenal dengan sikap lembut, ramah dan toleransi nya yang kebiasaan nya menjauhi pertikaian dan akan cepat mengalah sambil berkata 'tak apa' atau pun 'tiada apa-apa' atau pun 'tak apa lah'. bahkan hal-hal hukum islam pun turut sama di terima pakai sikap tersebut.

berapa ramai antara kita orang melayu mengunjungi kedai serbaneka dua puluh empat jam? perasan kan kedai ini ada menjual arak? agak-agak nya apakah hukum nya mendatangi kedai ini? berapa ramai orang melayu yang bekerja di kedai ini?

agak-agak nya apakah alasan kita?

berapa ramai orang melayu yang memakai jersi 'liverpool'? jenama apakah yang terpalit di dada jersi itu?

.

masalah duri dalam daging kerajaan negeri selangor sekarang ini cukup menarik. ulama PAS menentang penjualan arak di kawasan shah alam dan bangi di mana majoriti penduduk nya adalah orang-orang islam.

datang pula seorang bukan Islam memperjuangkan hak-hak kaum bukan Islam untuk mendapatkan bekalan arak di mana sahaja bumi mereka berpijak.

maka berbalah lah dua pihak ini. memanda menteri besar pun pening kepala. harus beliau mengambil nasihat dari mantan bekas timbalan perdana menteri. mungkin juga pendapat pihak lain.

cukup malang bagi ulama PAS tadi. dia terkhilaf. kawasan shah alam dan bangi bukan nya di diami majoriti orang-orang Islam. tetapi orang-orang melayu.

.

kalau orang islam, sememang nya mereka sesekali tidak akan memasuki mana-mana premis yang menjual arak. dengan sendirinya premis-premis ini tidak akan berani menjual arak. tidak begitu?

itu belum lagi di ambil kira orang-orang melayu yang bijak pandai bestari belajar luar negeri yang memperlekehkan ulama PAS tadi.

.

sama kah melayu dan islam?
agak-agak nya tiada melayu hilangkah kemuliaan Islam?
atau tanpa Islam apa jadi dengan orang melayu?

Monday, August 10, 2009

noticia.

i am down now. since last Friday. by a very bad flu. or cud be viral infection. flu is still there. cough left a lil bit. fever alhamdulillah is gone for now sexcept body ache. and i am sweating out of nothing ....
apakah penyakit nya ini tok nujum?

.

i am following closely the PR governments in Selangor and Penang. these two government represent an alternative to the other type of government that ruling our Federation. if our hope vested in PR, these two government must show good governant. it is interesting coz currently we could watch how these two government addressing the chinese/malay issue and hardcore DAP/fundamentalist PAS issue.
how sexciting!

.

i just knew it today that initially our independent nation shouldn't be called Malaysia. The 'sia' word was added due to inclusion of singapore with malay peninsular in demanding the independence from the British.
all this while i thot the 'sia' word could carry a meaning like 'land' or something similar like indonesia.

.

Monday, August 03, 2009

half full or half empty?

bulan ogos ini jadual hujung minggu pak cik sudah agak penuh. sudah terisi dengan jadual 'perkahwinan'. bukan pak cik ya. jodoh pak cik belum sampai lagi. tapi anak2 buah dan sepupu sebelah isteri pak cik. dengan kenduri nya, dengan doa selamat nya, dengan menghantar pengantin nya. maklumlah .. masing-masing hendak cepat2 kahwin sebelum puasa ramadhan bermula.

hujung minggu yang lepas anak buah melangsungkan perkahwinan. kenduri nya di buat pada hari ahad lepas. malam sebelum nya pak cik datang menunjukkan muka. ketibaan pak cik di sambut oleh pertunjukan bungapi dan mercun. sehingga anak pak cik yang kecil itu ketakutan dengan bunyi gegak gempita nya.

rupa-rupanya itu adalah permulaan kepada kenduri yang agak meriah keesokan hari nya. pelbagai lauk pauh, juadah, dan segala buah-an terhidang untuk tetamu. maklumlah ... anak tunggal.

ketibaan pengantin di kepalai oleh muda-mudi berpakain tradisional minangkabau. berwarna-warni. di ekori rapat oleh pasukan kompang dan rebana. pertama kali kali pak cik lihat rombongan pengantin di arak sedemikian. banyak lagi rupanya acara2 adat minang yang di langsungkan seperti tarian piring dan berjalan atas kaca. pak cik terlepas kesemuanya. tak sempat pun untuk mengambil gambar atau video. pak cik bersantai ngan anak pak cik yang kecil si mat lebab @ mat zek dalam kereta sambil memasang 'aircond'. panas sungguh cuaca di luar.

biasalah .. kalau aktiviti luar, si mat lebab akan melekat dengan ayah nya. atau pun si ayah yang melekat dengan si anak.

.

pic. : Dua_Sedjoli_by_alvinokey @ deviantart.com