Sunday, April 29, 2007

Combo.

during mid week last week, pak cik dpt arahan kene balik ke kampung halaman di melaka. tolong owang tua berkemas rumah. dah lama gak la tak balik.
pak cik memang bercadang balik pada pagi sabtu. pagi sabtu tu .. lepas bekpes pak cik singgah dulu ke opis. nak amik notebook nak bawak sekalik. tengah lelepak kat opis ayah pak cik call plak. ingat kan dier nak marah pasal pak cik tak gerak2 nya lagi. dah dekat kol 10.00 pagi dah. rupanya ayah pak cik minta tolong pakcik gi kolumpo belikan dier obat. obat tu spesel skit ... dari kedai obat ciner. khas untuk 'ghout' ayah pakcik tu. sampai2 kat jln gurney ... tutup plak kedai tu. pak cik pun gi plak ke tmn sri rampai. carik2 kut2 ader kedai obat cina kat situ. pak cik mcm pernah ternampak. jumpa sebuah ... dier tader jual plak. pak cik pun tipon ayah pakcik .. mana lagi kedai lain yang ader jual obat tu ... tader kata ayah pak cik. kene gi waktu lain la gamak nya ...
kol 3 baru pak cik bertolak ke melaka. bleh tahan gak banyak nya kete di lebuhraya. tapi alhamdulillah ... kesesakan kureng skit melain kan di laluan seremban ... selepas exit Nilai dan sebelum exit senawang ...standard aaaa tu kan. ntah mcm mana selepas exit senawang tu pak cik leh lak stuck kat lane laju plak. elok laju jek pak cik bawak kete kecik pak cik tu. sampai gak la 140km speed dia buat kali pertama.
selepas kuar kat tol alor gadjah ... pak cik termaintain bawak kete laju. mana tak nya. pak cik dah lambat dah ni. patut nya sampai seblom tengahari. dpt lak sebijik kete waja seblah. pak cik pun layan je lah bawak laju ala2 race ngan waja tuh. lelama pak heran pesal la tak lalu2 nya lagi pekan alor gadjah ni? patutnya dah lalu dah ... makin lama jalan yang pak cik lalu tu mcm tak biasa jek pak cik lalu. mcm asing jek. pak cik dah rasa semacam. memang la jalan tu jalan baru. dua lane. dah mcm hiway. pak cik dah agak dah ... mesti dah tershashul nih ... mcm dedulu la masa zaman tgh hebat racing leh tershashul tol alor gadjah. kene wat u-turn kat tol ayer keroh. ampes btol aaaa. ni pun kene wat u-turn gak ni. tapi di mana ya? minyak pun dah nak abis nih. kene carik stesen minyak petronas lah dulu, isi penuh2 baru leh u-turn.
dah dekat bandar melaka baru lah jumpa stesen minyak petronas. lepas isi minyak pak cik terus perjalan. pak cik putuskan nak terus ke bandar melaka. jalan jammed la plak. pak cik nampak simpang ke batu berendam. pak cik putuskan nak gi batu berendam la plak. nak tetengok sekolah lama pak cik. target nya carik lapangan terbang bati berendam dahulu. carik punya carik tak jumpa la plak. dah kol enam dah ni ....
akhirnya pak cik wat jugak pusingan U ke arah alor gadjah. waktu dah melebihi kol 6 dah. tetiba tipon pakcik berbunyi. tertera di skrin tipon pak cik tu .."akak". pak cik poun angkat.
"kau kek mano ni jam?dari tengahari tak sesampai ehh laie?" tetiba jek suara omak den kuar ke tipon tu. ingat kan akak den tadi. :)) ekekeke.
"sosek ni ha, tongah carik jalan ke alor gadjah ni* pak cik jawab.
"eiiii hai. mcm mano leh sosek?" tanyo omak den laie.
pak cik cuma tergelak jek. pas tu pak cik bawak kete ngan penuh sopan santun lagi bertata susila. harap2 tader la saman ekor sebab bawak laju tadi.
pabila menghampiri pekan Nyalas, pak cik terpikir ... towel lupa nak amik. kupiah pun tak terambil. deodarant pun tak bawak. isk ... manyak barang tak bawak nih. tu la akibatnya kalo tak plan. tadi pun main rembat jek barang2 isi dalam beg. manyak lagik barang yang hendak di bawak tapi akhirnya tak terambil.
pak cik singgah la kat pekan nyalas. sampai jek kat situ ...alamak ... ternampak pulak pak itam, bapak sedara pak cik, tengah tutup kedai dia. dah nak balik aaaa tu. ada sekalik situ ngan bini dia dan anak kecik dia sorang. kita orang ni dah la tak rapat. dia plak leh bergaduh ngan omak pak cik. pak cik pun terlajak kan keta pak cik ke depan lagi lebeh kurang 500 meter sampai la ke depan masjid baru pak cik u-turn. sampai2 kat kedai yang pak cik nak pergi tu .. alahai .. pak itam pak cik tu singgah situ la plak. nak tak nak pak cik pun blah je terus gi umah. ampess ... harap2 ader la towel spare.
...................
malam tu ader rakan blog sms pak cik bertanya kabo. dia risau kan pak cik. pak cik ok jek. timerkaseh pak cik ucapkan sebab bertanya khabar. skrg nih pak cik berazam ... kalo ader apa2 komen yang tak berasal usul ... komen yang tak di undang kat blog pak cik ni .. kat msjbox ke .. pak cik akan wat dek je dan delete terus. tak payah nak layan2. bagi depa free coverage plak wat per kan? kan kan?
......................
malam tu gak pak cik ter'tengok' anuar zain perform sempena AIM kat NTV7. lagu 'perpisahan' ... tangkap syahdu jap ....
teringat la yang pak cik termiss anuar zain nyer performance sempena minggu sekretari. pak cik plan nak pergi ... last2 kensel. tetiba ader plak orang dari opis pak cik ni pergi. ceh ... tak ajak pak cik pun. pak cik terus sound jek minah tu ... terus dier janji tawon depan dia akan ajak pak cik. ye aaa tu. kalo ader tawon depan la ...
budak femfuan yang dia bawak pergi tu siap tunjuk pak cik gambar dier berposing2 manja ngan anur zain. sajer je dier wat pak cik jeles. ampeh btol ...
..............
malam tu pak cik terlelap awal dalam kol 11 malam paling lewat. pagi ahad tu pak cik terbangun awal. kol 3 pagi lebeh kut. isk ... sejuk plak. pak cik tarik selimut sambung tido. dekat2 kol 6 pagi terbangun lagi. sambung tido lagi. kol 6.10 pagi terbangun lagik sekalik. pak cik baring2 jap. bleh plak terlelap ... kol 7 .15 pak cik terjaga lagik. cecepat pak cik bangun gi mandi dan semayang subuh ... niat qada' la jawab nya. pas tu pak cik pun gi la ronda2 kat belakang rumah. kek kebun mak ayah pak cik. biasa pak cik wat gitu. tetiba pak cik langkah pak cik terhenti. pak cik terpandang paling kurang lima lembaga. pak cik amati betui2 ... mak aii .. babi hutan! babi-babi hutan tu tengah melarikan diri ke arah hutan di sebelah kebun mak ayah pak cik. oleh kerana pak cik berlenggang mak enon je masa tu (biasa nya pak cik bawak sebilah parang atau pun sebatang kayu), pak cik pun pusing la balik ke rumah.
first time pak cik nampak babi huta nih. setakat kat kebun tu ... kera, bapak kera, mcm2 jenis monyet dan kera, mcm2 jenis biawak yang kecik sampai la yang sebesar2 baiwak komodor tapi kaler kuning, memacam jenis ular, tupai terbang dan memacam lagi .. biasa pak cik nampak. tapi babi hutan ni ... banyak lak tu .. ni lah first time. terkejut babi la jugak pak cik.
pernah tak pak cik citer yang masa pak cik umur 12 tawon dan duduk di umah ni, pak cik pernah di patuk ular. sib baik anak ular jek yang patuk. kalo bapak ular ... hantu lah yang tengah memblogging nih :)) ekekeke.
........................
manyak mender yang pak cik tak pernah buat tapi pak cik buat skarang nih. masa balik dari melaka tetiba dekat sampai tol senawang/seremban jammed plak! tak bergerak langsung lak tu. ampeh btol. tetiba pak cik nampak nombor tol pree plusline. tak semena2 pak cik pun call. mula2 engage. line bizi. pak cik cuba lagik. bizi lagik. pak cik rilek dulu. kendian pak cik kol lagi. kali ni dpt nada deringan. klik ... ada orang angkat. pak cik pun tanya la pasai apa jammed nih?
"ader kemalangan maut lebeh kurang 1 kilometer selepas tol pd/seremban" jawab mamat plusline tuh.
mak aiii ... jauh lagi tu .. mahu ader lebeh kurang dalam 7 atau 8 km lagi. dah la tak bergerak2 jammed nih. panas la montot pak cik nih.
............................
*sori. x sempay nak check spelling n all.

Saturday, April 28, 2007

Berani?

setelah pak cik baca lagi sekali komen tak bernama dan tak bertanda lagi tidak bernesan kat msjbox tu, baru pak cik terperasan dia kata pak cik berlaku dzalim pada isteri dan bekas2 gelpren pak cik. tersedak jap pak cik. berani sungguh dia berkata demikian.
agak2 nya lah, berani tak dia kalau pak cik coret kan di sini kedzaliman bekas teman wanita pak cik tu, kedzaliman yang dia buat pada pak cik. tak nampak kah dia selama ni pak cik hanya simpan segala keburukan dia tu dalam hati pak cik? tak pernah pak cik nak share2 ngan sesaper pun. pernah tak pak cik panggil dia dengan nama2 yang bukan2, dengan nama yang buruk2, walaupun sekijam mana pun perbuatan dia pada pak cik. pak cik hanya panggil dia 'liar' jek. tu pun sebab pak cik nak dia sedar dan jangan wat lagi keje2 menipu nih. 'slut' tu dia sendiri yang gelarkan diri dia sendrik.
masa dia panggil pak cik 'fool', pak cik senyap. masa dia pulangkan hadiah2 yang pak cik bagi dier, apa dia kata? "cheap & fake perfume? stupid henpon? stupid necklace?" ada pak cik balas apa2? pak cik senyap jek.
tu blom masuk segala lakunan drama swasta dan penipuan dia tu. penipuan yang pak cik sendrik pun tak tercapai dik akal bleh dier tipu.
yang paling besh dia kata pak cik dzalim pada isteri pak cik? mana dier tahu? bukan kah dier sibuk2 nak tahu tapi pak cik tader bagi tau per per pun pada dier kisah pak cik ngan isteri pak cik? melainkan yang very basic dan yang perlu jek. tu yang dia hangin. tapi pak cik dah bagitau dier sebab apa pak cik tak mau bagitau kan? sebab nya salah satu adalah mulut dier tu lah .. abih dier citer nanti ngan orang lain yang tak berkenaan. last2 satu dunia tahu. dan bukan kah dier gak yang sibuk bergaduh ngan isteri pak cik? dah pak cik pesan jangan kol, jgn kontek2, tapi tu juga yang di buat. bukan kah ada terselit niat dia untuk melaga-laga kan pak cik ngan isteri pak cik tu? biar pak cik bercerai berai. bukan kah tu yang dia mahu? saper kah agak nya yang dzalim?
selama ini pak cik hanya senyap jek. pak cik geleng2 paler dan senyum jek. mintak pada Tuhan berilah petunjuk pada pak cik. kuatkan lah kesabaran.
tapi bak kata orang kampung pak cik lah kan ... kalo orang menjual, kena lah kita membeli. kalo di pujuk2 tak mahu pergi, aku culik bawak lari.
pak cik cuma khuatir, kalo2 pak cik ter'snap' nanti .. abih pak cik tuliskan sumer kat sini nanti. sekali pak cik tulis, pak cik tader kaber2. abih sumer kisah dalam dan luar spender terkeluar nanti. orang yang sedang melawan toksik nikotin dan kafein nih ... tambah lagi dengan cobaan idup nih ... kalo di cabar2 dan di tolak2 dan di buli2 sangat ... abih terkangkang sumer nya kang.
jangan sampai pak cik tipon dan maki lak orang tua dier pasal apa tak reti jaga nak dier sorang nih? peduli apa dier kata mak ayah dier sakit. dulu pun pernah gak dier tipu yang mak ayah dier sakit masuk sepital. last2 sumer nyer penipuan blaker. lies that seems never to end ...

Wednesday, April 25, 2007

Yang Sebenar nya ...

tergelak pak cik baca bila bekas gelpren pak cik komen kat mesej box pak cik yang dia mungkin dah ader teman yang baru. elok je lah pak cik lupa kan kesedihan pak cik .. kata nya.
masa clash tu pun dia bagitau yang dia akan kawen dalam masa beberapa minggu. kunun nya lah. pak cik tahu yang ketika itu dia saja je nak wat pak cik sakit ati ke apa .. pak cik diam jek. silap dia jugak la cakap mcm tu. lepas tu bila dia ajak pak cik kuar, pak cik cakap la yang pak cik tak kuar deting ngan bakal bini orang :))ekekeke.
dia pun tak abih2 tulis kunun nya dia ada orang baru. elok lah tu. molek sangat. tapi yang dia dok kacau blog pak cik ni kenapa nya? samting is smelly very the very fishy! :D
mcm pak cik cakap pada bini pak cik ... sorang pergi, sepuluh mari. bukan pak cik cakap besar. memang ada ramai yang minat pun. yang real person lah. bukan dalam tenet pun.
pak cik pun ada gak la kuar ngan beberapa orang. tapi cuma sebagai rakan. atau jumpa semata demi perniagaan minyak wangi pak cik tu (saper nak beli minyak wangi wei?!).
tapi bukan lah selepas clash tu pak cik nak carik lain. tak der niat pun mcm tu. malahan ... ada antara mereka tu, yang pak cik agak2 tak betul je, agak2 menyusahkan je, pak cik terus wat dek jek. ada lah beberapa orang yang kunun nya merajuk ngan pak cik, pergi lah merajuk jauh2. yang ini kalo pak cik citer nanti besh gak nih. tentang manusia cakap lain buat nya lain. pak cik ni lurus orang nya. apa yang di bagitau, tu lah yang pak cik buat dan pak cik pegang. apa yang pak cik cakap, tu jugak lah yang pak cik buat.
pendekatan pak cik sekarang senang jek "i'm keeping myself at bay, i'm keeping them at bay". kalo buleh pak cik nak sendirian jek. lebih selesa begitu. tak kira la apa tujuan nya pun, alasan nya pun.
tapi jodoh pertemuan di tangan Tuhan. ketetapan Nya mana leh lawan? macam bekas gelpren pak cik tu. tak sudah2 dia kata pak cik yang ngorat dia. pak cik yang ngayat dia. tapi sebenarnya dia pun tahu tu tak betul. pak cik tak mintak pun dia menyintai pak cik. dia yang nak. tak adil kata nya kalo pak cik sorang jek yang sayang kan dia dan dia tak perlu menyayangi pak cik. *malas betui sebut mender lepas ni. macam budus jek*
cuma ada lah seseorang skrg ni ... yang sudi memujuk pak cik. sudi menemani pak cik. tapi hala tuju nya pun pak cik tak tahu lagi. pak cik cuma harap apa yang baik jek dari Tuhan. pak cik cukup terbuka. orang nak kawan ngan pak cik, apa salah nya. selagi tak menyusahkan kedua belah pihak.
dan kepada bekas gelpren pak cik tu, tak yah la sesibuk kat sini lagi. gi lah main jejauh. our time has past us ...

Mintak Ampun.

pak cik minta maaf kalo terkasar bahasa. sebenarnya sejak minggu lepas, emosi pak cik tak stabil. samting heppen which rattled my equilibirum of emotions and minds and thus my actions a bit off.
kalo ada org salah paham ngan posting pak cik nih ... cuba tanya pak cik lek elok. mungkin pak cik bleh terangkan. cuntuh nya ... posting pasal janji tu ... pak cik telah berjanji pada seseorang dan diri pak cik sendiri, yang pak cik akan berhenti isap rokok. setakat nih janji tu masih bertahan teguh. dah hari ke-empat. sedikit sebanyak perkara ini juga menambahkan tekanan emosi. tak caya pi tanya doktor. ingat senang nak quit smoking?
sesapa yang tak puas ati ngan cerita-cerita pak cik, jangan la masuk ke sini lagi. pak cik merayu. pak cik bleh tukar address blog nih. wat dier private. wat dia based on invitation ke apa. tapi pak cik tak mau. pak cik tak mau sebab seseorang pak cik kene tukar cara hidup pak cik.
tentang kehidupan keluarga pak cik, minta maaf lah. yang rahsia tetap akan tinggal rahsia. pada orang tua sendrik pak cik tak mengadu walau setelah mereka sendiri bertanya bertubi2, inikan pula pada org lain. yang ini pak cik minta maaf sangat lah. ingin juga nak share. moga tersingkap sedikit duka lara. tapi tu lah, yang bertutup biarlah bertutup. yang ni pak cik tak bertolak ansur.
kata lah apa nak kata. pak cik cuba bersabar. pak cik tak akan buang masa untuk mempertahankan diri pak cik. pak cik anggap sebagai dugaanNya pada pak cik.
satu jek pak cik harapkan, moga Tuhan beri pak cik murah rezeki dan kekuatan kesabaran dan hati yang tenang ...
yang buat dzalim kat pak cik tu ... pak cik pulangkan padaNya. pak cik leh berdoa jek di ampunkan dosa kita bersama. sesama masuk syurga adalah lebih baik rasanya.

Kepantangan Aku Nih ..

kalo aku dpt pasti kan si pelawat tak rasmi tu (pls refer tu JunaidiX MsjBox) adalah si pengacau yg dok kacau blog aku nih ... siap la dia. jangan salahkan aku atas tindakan aku nanti. aku dah cakap lek elok ...

kalo worang lain ... pergi lantak. malas nak layan. worang bengap dan budus tak berajar ni jgn di layan. buwang karen jek .

malas nak komen pepanjang.

akhir pesanan ... gi mampus la pada worang yang tak pandai guna akal pikiran dan budi bicara sampai menyusahkan worang lain.

silap ari bulan la kacau aku masa nih.

Nota Untuk Diri Sendiri.

Oit!!!!! Kene siapkan nih :
1) 4 bulan nya claims
2) 2 bulan nya petty cash claims
3) 3 tawon nya income tax submission
4) MIA application
5) Abas ERP : loan applictaion/plan/plan/plan/plan
6) Guthrie's Penalty Interest
7) Teluk Salut : Suing the Forwarder!
8) Staff PMS vs PC
9) KPIs thingy ..
10) dan etc etc .... manyak lagi wooooo

ampeh! eden tak kiro. cuti den dah apply. den nak cuti2 gak!

Andai Ada : Serpihan Tertinggal.

sebelah petang nya, pesanan dari si dia muncul lagi di skrin komputer yang baru ku buka. 'offline message'. ntah mcm mana, aku pun membalas. selalu nya aku wat tak tahu je.

tepat seperti yang aku jangka kan. kata2 dan nada2 perbualan yang dtg dari nya terselit-selit dengan sindiran dan buruk sangka. aku lemas. ingin aku maki ... tapi hati masih mampu menahan. mungkin lebih baik aku 'ignore' kan saja pesanan-pesanan dari si dia lain kali. seperti yang telah aku buat sejak beberapa ketika. atau harus saja aku masuk kan id si dia dlm senarai 'ignore list'.

atau adakah aku sahaja yang terlebih sensitif sejak dua menjak nih ...

Tuesday, April 24, 2007

Andai Ada.

hari ini, pagi ku di sambut dengan kata-kata "i need you". termangu aku seketika. kata-kata di ucapkan oleh seseorang yang aku cuba jauhkan diri dari nya. kerna pernah dia menjauhkan diri malah menghilangkan diri dari ku. kerna setiap kali berbicara dengan nya, bait-bait sindiran sinis dan unsur-unsur tidak percaya akan terselit dan terbit dari nya. juga kerna aku rasa lebih baik untuk diri nya jika aku hilang begitu saja dari hidup nya.
tanpa prejudis, sebenarnya telah sekian lama aku menyerah dan mengalah kepada panggilan sedemikian. atas nama pertolongan. atas nama pengorbanan. atas nama ihsan. atas nama pengabdian kepada Tuhan. kepentingan diri sendiri aku tolak ke tepi. kebahagian hati sendiri aku jadikan perkara kedua. kedukaan dan kekecewaan aku teguk sentiasa. kekesalan dan kemarahan aku mamah. itu semua sudah menjadi asam ragam. tidak mengapa dan tidak apa adalah kata-kata pujukan membujuk hati sendiri.
tapi kini, rasa nya aku tidak mampu lagi berbuat demikian. aku tidak lagi segagah dulu. aku bukan lah perwira abadi. hati ku mungkin sudah tiada punya ruang untuk di sakiti lagi. ketahanan daya mental dan fikiran ku mungkin tidak setegar dahulu. perasaan ku kini mungkin begitu mudah tersentuh, tidak seperti dahulu.
aku kini hanyalah seorang manusia biasa bernama lelaki. yang serba daif dan lemah. menanti dan menunggu. jika-jika masih ada yang sudi. berkorban dirinya untuk diri ku. seperti mana yang aku sendiri pernah berbuat berkali-kali, satu ketika dahulu.
jika ada.

Tag - Kete Idaman!

toyota avanza
perodua kenari

toyota mr2 ... 1980++



dak bulat tag pak cik. tapi hampeh boto la dak bulat ni. tak di bagi ehh den kupi pes blog ehh tu. alamat ehh pak cik kono taip la sumo ehh. ampeh!

tag ehh; kete idaman :

1) letakkan gambar kete idaman anda
tu ha kek atas tu. kete idaman pertam apak cik adalah toyota mr2. sejak pak cik berumur 15 tawon. pak cik simpan keratan gambar kete tu bertawon2. sampai la buku di mana gambar tu terselit hilang.

2) berikan sebab kenapa ia menjadi idaman anda
menjadi idaman sebab masa tu pak cik nampak dia comel and segak and bergaya. memang hati pak cik dah tertarik dan di tarik-tarik. masa tu pak cik kecik lagi duduk asrama lak tu, mana la nak tahu pasal kete spesifikasi ke apa ...

3) sekiranya anda belum memiliki kereta idaman ini, berikan 3 sebab anda tidak dapat memiliki kereta ini lagi dan bila dijangka akan memilikinya.
-duit tader
- kete tu dah tak jadik idaman lagi. toyota mr2 yang baru kelihatan terlalu 'seksi' pada pak cik. pak cik nak yang biasa2 jek. yang low propail. macam mitsubishi GTO tu.
- pak cik idam kete bmw m3. tapi kalo pak cik ada duit pun mungkin tak beli kut sebab dia tader auto transmisi :)) ekekeke. amik je lah bmw 3 series yang biasa. tu pun kalo ader duit ;))huhuhuhu
Kete Kemampuan :
1) Letakkan kete anda sekarang.
tu ha. kat atas tu. perodua kenari kaler gold ngan toyota avanza kaler itam.
2) Berikan sebab kenapa pilih kete nih.
perodua kenari. masa tu nak ganti kete waja. pak cik ingat nak beli kelisa. tapi bini pak cik kata kecik sgt. tak muat anak2 pak cik campur baby sitter. terpaksalah beli kenari. baru muat semua. memang masa tu nak beli avanza. tunggu timing jek.
toyota avanza - memang dah lama nak beli kete nih. sebab dia besau muat satu pamili. minyak save. maintenance memang murah. dan dia adalah produk toyota :D
3) berikan 3 sebab kenapa menyampah dengan kete nih.
- kete kenari nih .. kete seken hand. banyak brg yg rusak sebenarnya. bila bawak bergegau. bising! tu yg pak cik menyampah tu. tapi pak cik tau kete ni enjin dia bagus. leh tahan lama. tapi tu la.. banyak barang lagi nak kene tukau nih. pak cik ingat nak jual jek lagi setawon dua.
- kete avanza. yang menyampah nya ... yang menyampah nya... tader kut. ehh satu jek. bonet kecik. pak cik letak speaker box dah abih dah ruang simpang barang.
-keta avanza tinggi lak. bila mandikan dia ... tak tercapai atapnya dek tangan ku ...;)) huhuhu. kete kenari ni tayar dia kecik. tapi mahal gak. ampeh jek.

Monday, April 23, 2007

Janji.

malam tadi. telah aku ucapkan sebuah janji.

hari ini. masih lagi aku memegang janji.

untuk esok. aku harapkan janji masih termetri.

pada hari-hari mendatang. doaku agar janji semakin kekar berdiri.

Saturday, April 21, 2007

In A Jammed!

samting heppen last nite. which left me speechless. i barely spoke nor utter any words after that. reached home i just lying down. and slowly i dozed off. hectic work schedule really drained me up. and this latest news just turn out to be a hard knocked on my brain and emotion that i can't do anything about it. feeling numb. really numb. sleeping could be the escapism rite now.

woke up the next morning which is this morning around 5 am plus plus. i went up straight to bathroom and doing the morning chores.

by 6.30 cladded in my torn jeans and whit t-shirt, i'm up to wash my car. finished around 7.10. then took all my three sons to the mamak restaurant for breakfast. 7. 45 am off with ibai & a'id to service the car. hopefully i cud get it done fast.

almost 10.00 am everiting was done. stop by at home before heading to office.

to those who knows me ... this is the place where i take shelter. refugee. from the world. and here i am. feeling numb.

.

Friday, April 20, 2007

Nama pak cik ialah ...


ader worang tanya nama pak cik saper. shegan lak pak cik nak bagitau. oleh itu pak cik tunjuk je lah ic ngan driving license pak cik yang lama ...
sesungguhnya pak cik memang worang mesia :D
jangan sesaper kidnap ic & driving license pak cik gi buat loan kat ah long dah ler .... tambah kayap ler pak cik nanti ;)) huhuhu
cuba teka maklumat apakah boleh diperolehi dari gambar ic ngan driving license pak cik nih? cuntuh nya ehem ehem dak juera, cuba nenok nombor tengah ic pak cik tu :p
:D

Apdet! Jgn tak apdetttt!



kene apdet gak ekk? iyo lah .. baru ada peluang nak bernapas nih ...

sampai opis kol 8 pagi. sesibuk tukar kete kat umah tadi tertinggal lak kunci opis ngan access card dalam kete satu lagi. dah huru hara nak bukak pintu. last2 kene amik kunci pendua kat tingkat 2. sib baik peti kunci ngan lemari besi di mana kunci pendua tu tersimpan tak berkunci.

kol 8.30 orang bank tu dah sampai. meeting ngan dia sekejap. kol 9.30 orang insurance lak datang. meeting kedua ... pasal third party general liability insurance yang renewal dan yang baru.

pastu gi mengadap kat atas lak ... carik projek dokumen yang berkaitan untuk memohon pinjaman. baru lah leh duduk ngan aman kat tempat pak cik ni ha ... dah serabut meja ni ha. memacam dokumen kene sain. kene review. memacam lagi ...

nak gi bekpes kat kedai mamak tak sempat. nak pergi melawat toilet kat tingkat 2 macam tetiap ari tu pun tak sempat ...

memang pak cik tengah kelam kelibut nih. sebenarnya dah apply time off pagi ni. nak gi servis kete. alih2 malam tadi baru teringat pak cik dah terbuat appointment untuk 2 meeting pagi tadi. ampes jek. tu yg kene tukar kete tu. kang mengomel lak budak kat tempat servis kete tu sebab mileage dah over dari yang sepatutnya. terpaksa la pak cik gi tempat tu esok awal2 pagi.

malam tadi pak cik gi dinner. vendor buat 'appreciation dinner'. pilihan makanan dia ok. cuma pak cik tak leh makan banyak. ala kadar jek. dah la sampai lewat sikit. teman tapi mesra yang pak cik bawa tu dapat voucer lak yang penganjur dok lekat bawah kusi dia. heppi sungguh dier. then gi singgah jaya jusco. pak cik beli kismis ngan kurma. ngan tu lah pak cik bekpes pagi nih. then gi timbang2 badan. teman pak cik tu sebenarnya tgh proses untuk 'menyelimkan' badan dia. dia timbang2 ... 50 kg. umak aii .. punya lah hepi dia. dah turun 5 kg hasil usaha kurangkan makan dengan buat sauna tetiap malam. pak cik lak timbang2 ... ehem ehem ... 66 kg! kene menten lah berat nih nagn start buat exercise untuk dptkan 'fitnes'. tak terbuat-buat lagi ...

petang ni ada ERP system training lagi ... dari kol 2.30 sampai kol 6.30. masakkk ...

meeting2 untuk next week pun berlambak2. termasuk satu presentation yang di jadualkan ari rabu pagi yang pak cik cuma dpt emailnya malam tadi! orang lain dah berbulan2 dpt email tu. mcm mana nama pak cik bleh tader. terasa mcm anak tiri lak .... sabar je lah.

weekend ni tader apa2 program. mungkin pak cik akan bertapa kat opis je kut. nak kasi siap keje2 yang berlambak2 ni yang mana sempat la ... harap2 leh kemas semula tempat keje pak cik nih. dah berselerak dan berserabut mcm tuan dia jugak ... alahai ...

pic. : nilam sari 5ed3. yang menjadi desktop pak cik buat masa ini.

Thursday, April 19, 2007

An Open Appeal. Rayuan Terbuka.



Short Version. Versi Ringkas.


To Thy Angel who have chosen a life in which i was not part of it.


Please do not mess my blog. I wish not to have any whatsoever contacts with you ever again. As what we have mutually agreed last time.Please leave me alone. Afterall, i was never part of your life.

- by once you called a fool -


Long Version. Versi Berjela.

To Thy Angel who have chosen a life in which i was not part of it.

Dengan namaNya aku mulakan segala. Dengan namaNya juga aku tamatkan kesemuanya. That is how it begun and how it was ended. That's the truth, nothing but the truth.

Do not mess my blog, i said last time. Do not contact me ever again in anyway possible, i said on the final farewell. I have made myself clear and made your understood them, last time. But maybe you have forgotten. Or i have erred on that persumption.

Thus let me say this, again; please, i hereby solemnly beg, leave me alone. Just leave me alone living my pathetic life.

I wished you well last time. And I am still wish you well. I am happy for you if you have found your new love. I hope he will be able to make you happy in the way you want which i have failed miserably.

I wish not to have any more meaningless arguments. Done that and don't want to repeat them again. I hated it so much. Thus keep your thot to yourself and among your choiced and selected buddies, frens etc etc.

Let me keep holding on to my dreams. Even perhaps i never be able to materialise them in my real life, but if dreaming and embracing my dreams is all i could, so be it.

This is not a negotiation. This is a an appeal that demand your understanding and your cooperation. As i am struggling to stand up on wobbling feets again, i really need a time on my own.

If my postings here cause you uproar, i am terribly sorry. But i am sure you can always opted not to read them. Or just take it as words murmured by a drunken sorrowful piece of shit old man. Who you you can always dismiss and ignore as unworthy a single cent.

Let me say my solemn appeal again, please do not mess my blog. I wish not to have any whatsoever contacts with you ever again. Afterall, i was never part of your life.

- a fool -


pic : the_end_by_dojoh @ deviantart.com
.

Demi Masa!



semalam pak cik meeting satu ari kat jln balakong. monthly meeting. lunch makan satay kat pekan kajang. mak aiii .. panas ehh. di sebabkan kat tempat meeting tu takde tempat nak solat, pak cik pun tumpang la surau kat IPD (ibupejabat pulis daerah) kajang :)) ekekeke. nak gi masjid jauhhh ..


petang tu ujan. di sebabkan panas kut ... nak balik tu pak cik dah rasa sakit paler. denyut2. nasib baik perjalan pulang tu tader la jammed sgt. sampai umah dekat2 maghrib. tapi rebah kan badan lepas makan obat then terus tertido. kol 9 terbangun, mandi2 then gi bawak anak2 jalan2 gi kedai.


banyak ari dah pak cik balik lewat. tak sempat jumpa anak2 sebab depa dah tido. kalo pak cik balik awal pun, pak cik akan keluar semula. tak sempat nak luangkan masa untuk depa. malam tadi anak pak cik yang kecik skalik tido sebelah pak cik berbantalkan lengan pak cik. dah lama tak wat cenggitu. selalu nya dia tido lewat tgk tv, mungkin sebab dia kurang sehat. anak lelaki pak cik yang sulung pun menunjukkan tanda2 nak kene selsema. sengau suara dia bila bercakap. nasib baik ada obat selsema kat rumah. sebelum tu adik dia yang demam.


harap2 pak cik dapat menyelesaikan kerja2 kat opis ni secepat mungkin. dapt lah pak cik gi cuti2 dengan senang hati. dpt la bawak depa gi jalan2. tak dpt gi jauh dpt gi dekat2 jek pun jadik la ...


pic : Dry_Tears_by_alicedepalma @ deviantart.com

.

Tuesday, April 17, 2007

Time Marches On!!


pak cik nih sebenarnya tak pandai betui la nak manage time. plan ader dah. exectuion jek fail sesajer.
skrg dah pertengahn bulan empat. mcm2 keje lom buat lagi. yang personal lah.
bab keje lagi la. banyak betui back log. per per pun pak cik akan cuba sudahkan kesemuanya menjelang akhir bulan ni. kesemuanya?! payah tuh. tapi kene cuba gak. pak cik nak coti2 seminggu awal bulan lima nih.
masalah terbesar adalah banyak sgt meeting pak cik kene hadir. segala mcm jenis meeting. segala macam jenis kerje pak cik kene buat. bak kata MD, segala jenis keje yg org lain tak mo buat, pak cik kene buat! sabar je lah ..
pak cik kene buat pengamatan semula terhadap semua perancangan dan draf2 strategi. kene buat yang lebih praktikal ...
masa. pak cik skrg mengejar masa ..
pic. : till_d_end_of_time_by_ReynardKarman
p.s. : pak cik tader esok satu ari. mesyuarat satu ari kat seri kembangan. mungkin lunch d kajang. oak cik juga mungkin akan menyibukkan diri. minta maaf kalo tak sempat melawat dan mengomen blog kawan2 sekalian. tapi pak caik akan coba juga. bak kata astro "I got time! I got time!"

Monday, April 16, 2007

Tika Kau Tiada.

Pernah kah kau, menanti deringan telefon. masa berlalu begitu perlahan bagai merangkak sesaat demi saat. menjadi minit dan menjadi berjam-jam. namun panggilan yang di harapkan tak pernah menjelma. lalu kau matikan telefon. untuk kau buka semula keesokan hari nya. penuh berharap akan ada pesanan-pesanan ringkas atau pun pesanan miskol. namun masih tiada. dan hari bertukar hari. kau masih berharap. masih menanti. dan penantian itu kian menyiksakan. maka akhirnya kau putuskan ... cukuplah sampai di sini. cukuplah derita ini. mari jadikan ia kisah semalam. mari jadikan ia sempadan. kau berazam membuka lembaran baru. kisah baru. panggilan yang di nanti kiranya menjelma .. sudah cukup terlewat. ia sudah menjadi kisah semalam. dan kau kini berada di kisah baru. kisah sendiri. sendirian.

sakitnya rindu ini kau rasakan
menusuk di lubuk hati yang paling dalam
menyayat menyiksa melemaskan.

terkenang kisah-kisah bersama
tidak tahu untuk bersedih
atau untuk gembira
lalu kau ukirkan senyuman
'biarkan lah saja ia berlalu
usah di ungkit salah siapa
hari ini dan hari esok
pastikan lebih berjiwa
moga ada bahagia'


pic. : Missing_You____by_aftab318 @ deviantart.com
words : by mz @ April 16th, 2007. "Demi masa! Manusia sentiasa dalam rugi. Melainkan. Mereka yang tahu" - M. Nasir.

Saturday, April 14, 2007

Missing.

bila bulan beradu di balik awan
pungguk tersendu kerinduan

bila bintang-bintang enggan berkerlipan
musafir resah hilang arah tujuan

bila angin terhenti mendesir
pucuk-pucuk kayu kaku membisu

langkah lesu yang tidak punya arah
hati resah berkeluh kesah
"temukan lah aku
dengan teman hati
walau pun aku harus mati"


pic. : My_colorful_sorrow_mornings_by_CeliaAlma @ deviantart.com
words : mz @ 14 04 07.
original artist's wordings :
One world, one soul
Time pass, the river rolls
And he talks to the river of lost love and dedication
And silent replies that swirl invitation
Flow dark and troubled to an oily sea
A grim intimation of what is to be.
There's an unceasing wind that blows through this night
And there's dust in my eyes, that blinds my sight
And silence that speaks so much louder that words,
Of promises broken
>Pink Floyd-Sorrow <

Friday, April 13, 2007

Show Me The Way.

i'm in a bind
and i am blind
not sure what to do
tho i exactly know what i want to do.

they say
one will do
what one feel is the right thing to do.

have they ever?
told us what is right?
and how is the wrong?

i look up
staring to the starry sky
'you're indeed beautiful
but where is my sign?"


pic. : Chains_Of_Love_by_plasticastle @ deviantart.com
words : mz @ Friday the 13th, April 2007

Thursday, April 12, 2007

Thing That Eyes Can't See.


An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quraan.
His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in everyway he could. One day the grandson asked, "Grandpa, I try to read the Quraan just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Quraan do?"
The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied,"Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water."
The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house.The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again.
This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.
The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water.You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again.
At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leakout before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.
Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!"
"So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket."
The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.
"Son, that's what happens when you read the Quraan. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."
pic. : Allah_by_Aj07 @ deviantart.com
words : amik dari email. tot wanna share it here :).

Evil or Divine?

been busy these past 2 days, sitting in a full day session of the consultants intervuew of key personnel for getting to know our business process and procedure towards implementing ERP systems. if i put myself to overdrive, perhaps i won't be able to open this blog nor made a posting. but i wish to adopt the 'Astro' ads. "i got time! i got time!" :))

setiap hari pak cik akan hantar bini pak cik gi sekulah dia. perjalanan ke sana mengarah ke timur. jadi nya setiap pagi pak cik akan dapat melihat pemandangan matahari terbit lukisan kebesaranNya. bergantung pada waktu dan ketika nya, keadaan ufuk timur akan berubah2. pagi tadi pak cik sedikit terlewat, kaki langit telah sedikit cerah, warna2 merah keemasan indah dengan cahaya matahari terpancar di celah-celah awan yang kemerahan. keindahan alam jauh di sana di kaki langit.

akan tetapi di depan dan di sebelah pak cik, seperti biasa terdapat manusia-manusia yang tidak kenal erti sabar, tidak paham erti toleransi, tidak mengendahkan kepentingan orang lain hanya diri sendiri, memotong barisan kereta-kereta yang sabar menanti dalam kesesakan dan kesibukan trafik pagi, cuba menyelit-nyelit seolah olah hanya urusan mereka yang penting dan masa mereka yang lebih berharga dari orang lain. perangai huduh manusia terserlah.

pak cik pun cuba menahan sabar. cuba untuk tidak mengeluarkan perkataan yang kurang sopan samada di mulut atau di dalam hati. cuba untuk tidak mengendahkan ketidak sempurnaan manusia dan cuba segagah-gagahnya untuk hanya melihat keindahan alam dan keagunganNya. kekadang pak cik akan tewas.

beautiful and ugly. bad and good. where would i be at the end?


pic : Flying_Bird_by_mimpi @ deviantart.com

Tuesday, April 10, 2007

Citer2 Singkat.



masa pak cik mogok lapar 5 ari tu, ramai la gak yang terkezut. ampeh yo. ingat kabaret pun tak leh mogok lapar?
memacam depa kutuk pak cik. bukan kutuk mengeji tapi gegurau.
"wei ... aku rasa elok saja ko merdekakan sorang hamba" cakap sowang member. ampessss ...
jgn dok kempen pak cik jgn mogok lapar pun ada gak. ye la ... lunch time pak cik la drebar bawak kete pak cik. nak deting pepetang skit ngan memalam skit pun tak leh agak nya. lahamdulillah pak cik wat buduh jek. sebab pak cik berhasrat nak bersehkan hati salah satu sebab nya. so kene lah kuatkan hati tahan dogaan.
sowang member baru balik dari negara burmah. mengepet dia sebab kat tempat dia kerje tu, offshore platform, depa serve 'kerbau pendek'. rasa nya dia ada la termakan kut sekurang-kurangnya untuk hari pertama dia kat situ. pak cik malas nak tanya dia lebih2. pak cik cuma cakap "ni ko mandi air lumpur ke atau minum air lumpur pun tak ter'samak' ko ni. elok ko ni di bakar jek. abis sumer lemak2 menatang tu" :)) ekekekeke.
ari kamis ni ada upacara membaca yaasin kat opis pak cik. elok sangat lah tu. dah lama tertunggak. tambahan kunun nya pak cik guard opis kita worang ni dah balik kampung berubat kunun nya dia jatuh sakit kene geget ngan 'lembaga' kat opis ni ha. kunun2 nya baca yaasin tu nak halau antu la.
tapi mungkin pak cik tak juin kut. tengok lah dulu mcm mana. pak cik mungkin ada upacara baca yaasin sendrik. nak halau antu dalam hati dan badan pak cik nih :)

Self Note Reminder : Number Two - Don't List.

Don't talk to strangers
Cause they're only there to do you harm

Don't write in starlight
Cause the words may come out real

Don't hide in doorways
You may find the key that opens up your soul

Don't go to Heaven
cause it's really only Hell

Don't smell the flowers
They're an evil drug to make you loose your mind

Don't dream of women
cause they only bring you down

Don't dance in darkness
You may stumble and you're sure to fall


pic. : tormented_soul_by_Juan_Luna
words : DIO 'Don't Talk To Strangers

Self Note Reminder - Number One.

Do not pluck the flower
let her blossom
at the garden
your dirty hand
will ruin her beauty
you imperfections
will suffer her
she is for a man
who is not you.


pic. : flowers_by_htdcam81 @ deviantart.com
words : mz @ 10/04/07

Monday, April 09, 2007

Dear Diary. The Girl.

Just have a little, patience
I'm still hurting from a love I lost
I'm feeling your frustration
Then maybe all the pain will stop
Just don't be close inside your arms tonight
Don't be to hard on my emotions

(Chorus)
Cause I, need time
My heart is numb has no feeling
So while I'm still healing
Just try and have a little patience

I really wanna start over again
I know u wanna be my salvation
The one that I can always depend

I'll try to be strong, believe me
I'm trying to move on
It's complicated but understand me

Cause I need time
My heart is numb has no feeling
So while I'm still healing
Just try and have a little patience,

Yeah, have a little patience, Yeah

Cause this scar runs so deep
It's been hard
But I have to believe me

Have a little patience
Have a little patience

Cause I, I just need time
My heart is numb has no feeling
So while I'm still healing
just try, and have a little patience

Have a little patience
My heart is numb has no feeling
So while I'm still healing just try and have a little ... patience

pic : Vanitas by Seleukos @ deviantart.com
words : Take That 'Patience'

- O girl, have a lil patience. O heart, have a lil patience. If this what meant for u n me, it will be eventually -

Sunday, April 08, 2007

retro : minggu lepas.



to recap what heppen last week.
tetiba pak cik putuskan untuk 'bermogok lapar'* selama 5 hari. rasanya pak cik pernah berniat untuk berbuat demikian. tapi sebab dah lama pak cik terlupa pulak untuk apa dan mengapa. cuma pak cik teringat2 pernah memasang niat sedemikian. jadi pak cik putuskan buat je lah. tak elok tangguh lelama. tertangguh tu pun sebab banyak songel nya. tak sempat sahur lak. tak sehat la. nak start bersenaman lah. pendek kata macam2 alasang nya.
sempena dengan itu pak cik pun putuskan untuk kurang bersuara dan berkata-kata sepanjang tempoh 5 hari tersebut. sampai bos pun siap cakap pak cik kurang produktif dalam berkata-kata semasa mesyuarat. kurangkan berkata-kata ini termasuklah untuk blog ini. sebab tu lah pak cik tak bubuh blog pepanjang. tulis sesikit jek apa yang terlintas dalam hati semasa pak cik buka blog ni.
tapi ari jumaat tu pak cik melenting skit. bebudak opis ni pun dah kecut semacam. memasing saspens jek ngan pak cik. nak hantar dokumen untuk di tanda tangan pun siap pekse dulu ngan bebudak lain samada mood pak cik ok ke tak? sebenarnya pak cik ok jek. cuma pak cik melenting sebab di beri maklumat yang salah. dan ketika mesyuarat mingguan pak cik pun bagi lah maklumat yang salah itu pada pihak pengurusan. terasa seperti pak cik menipu pengurusan atau pun memberi maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan. pak cik angin pun terhad kepada isu tersebut. takde la worang lain kene marah. tapi yang terlibat dengan isu tu, termasuk 'appointed forwarder agent' pak cik sound direct jek. general manager ke apa ke pak cik 'bagi' jek.
prestasi kerja pak cik pun sebenarnya agak kurang produktif minggu lepas. bukan sebab 'mogok lapar'. sebab takde mood kut. akan tetapi pak cik berjaya membantu Jabatan Akaun membetulkan satu maklumat kurang tepat dalam akaun yang di kesan oleh juruodit luar. nak betulkan yang salah tu bukan senang sebab nya (1) melibatkan trade debtor reconciliation (ledger) & trade debtors accounts in GL (trial balance) (2) dalam matawang US Dollar (3) sistem perakaunan berkomputer. bebudak yang tak tahu bab akaun kalo tak paham jangan kecik hati. masalah ni silap2 akauntan bertauliah pun tak paham. kene lah bebudak akaun tu belanja pak cik seminggu, tapi makan sayur jek. pak cik kan diet :)) ekekeke.
ari sabtu dan ari ni ari minggu tak leh gi memana. kene kerja. sabtu malam tu tak leh nak gi meronda2 mcm biasa sebab pak cik kene uruskan penerimaan satu penghantaran dari Norway yang tiba kol 11.40 malam. esok nya atau pagi tadi kene dtg opis lagi pepagi sebab kene 'unpack' shipment malam tadi. nak bukak crate kayu tu. nak erect the stainless steele cabinets. nak susun lagi kat staging floor. kol 10 baru leh balik lepas bebudak engineer ngan 'fabricator' bleh start keje dia worang. petang ni dtg lagi ke opis. dak2 engineer tu nak barang yang tersimpan dalam stor. ni pun sampai malam nanti tengah standby kut ada depa nak barang2 lagi. sian depa kene keje 24 jam kene siapkan 'control panel system' untuk di uji oleh kastemer esok.
minggu depan ni mcm mana ehh? harap2 pak cik akan dapat meningkatkan prestasi kerja. dan harap2 sangat lah rezeki pak cik di murahkan oleh Dia Yang Maha Berkuasa dan Maha Pengasihani. ameennnn.**
* 'mogok lapar' pak cik panggil bila di tanya orang sebab pak cik ni jantan kabaret banyak dosa. orang beriman panggil 'puasa'.
** ntah makbul ntah tidak doa org yg banyak dosa nih? :(
pic. : Friendship by WickedNox @ deviantart.com

In My Dreams.

there are times
she would come by
in the pale of shadow
to kiss my longing away
and my heart screaming
'without you
i wilt to nothingness'.

pic. : lost by dangerousllama @ deviantart.com

Saturday, April 07, 2007

Boys Don't Cry.

everytimes
my eyes getting warm and warmer
teary
i would whisper
comforting myself
while clinching my hands
"boys don't cry ..
they just die".

pic. : boys_don__t_cry_ by sinful_bliss
words : mz @ 07/04/07. tears o tears. don't you dare to shed again. heart o heart. aren't you empty to be sad?

S.O.S.

when left in pieces
still trying to find
lost soul
see nothing
hear nothing
desperately need help
but there is simply
no helping hand
all i could do
just wandering blindly
and praying
it all to end soon
one way
or another.

pic. : Lost_by_sublogic
words : mz @ 07/04/07

Friday, April 06, 2007

There Are No Angel.

i need no angel anymore
the one with the sweetest smile
tormented my soul
left me gripping with shame
all alone in darkness.
i need no angel anymore
this tormented soul
has embraced his loneliness
gracefully kissing his wounds.
i need no angel anymore
they are all
dead.


pic. - the tormented by zirc @ deviantart.com
words - mz @ 06/04/07

Thursday, April 05, 2007

Losing My Religion.


Oh no I've said too much

I haven't said enough.

I thought that I heard you Crying
I thought that I heard you Scream
I think I thought I saw you Die.

- GraveWorm -

Wednesday, April 04, 2007

AchTung!!! Utmost Care Warranted Here.






Times work like the rains
it will wash away the pain
eventually.

but the imprint will always there
reminding you
of the broken promises
of the sadistic betrayal
of once
your beloved angel.


pic. : Broken Hearts by gesamtkunstwerk @ deviantart.com
word : mz @ 4/4/07

Tuesday, April 03, 2007

Dilemma.

to be
or
not to be?

Monday, April 02, 2007

Make Over?


people who knows me well, not necessarily who is/are closed to me, would know that i am a person who hates confrontation. any opportunity given, i would just excuse myself and avoid it. most of the times like usual i will just keep my silence and smile. unless i am getting the push over and over and i can't escape from it but to face it, only then i will get myself into it. which later i would regret it. i would still hate it very much. to me it is ugly. it is the ugliest thing in the world. and i hate ugly thing. aren't we all?
so this week i have decided to maintain my silence to the maximum. especially to that lady in the office. she is trying to get to my nerve for quite sometime now. like usual the same treatment i gave her since couple of years back or more, cold shoulder and smile. whatever antics that she was doing, is doing and will be doing i still can manage. tho i have to admit sometimes i was disturbed, but still i manage to maintain minimum reactions. not sure whether she is trying to get my attention or just trying to be mean.
the only thing that am trying to do now is how to make her and her antics go away permanently. without confronting her off course. hopefully with total silence i could see some positive reactions. and perhaps i should decide what to do from there on. total shake up of my character perhaps?
one thing for sure, it would be a hard work and long way to shake off this 'kabaret' character.
.

Sunday, April 01, 2007

Not So Typical Saturday.


ari sabtu, semalam, pak cik terlewat bangun. bajet nak gi kedai ekseseri kete kol 10. akibat nya lambat lah sejam. pung pang pung pang kol 3.30 baru bleh balik dari kedai tu. tu pun ade mender tak setel lagi. kene gi sekali lagi ari senin ni. anak2 pak cik dah rimas dah memasing. "bila nak balik? bila boleh balik?" lepas sowang2 dok tanya pak cik.

petang tu gi lah jumpa dak chatters dua worang. alhamdulillah, depa ni dah mcm ok jek. dedulu jumpa kejap pun depa macam kejung jek, menggeletar. :)) ekekekeke. ader ghuper ghimau kut muka pak cik ni. :p depa banjer makan satey samuri. isk .. takde plak cis kek .... kalo ader kan siok ;)) huhuhu.

pas tu singgah kat aplha angle. maghrib baru jek masuk. mak aiii ... macam ikan sardin surau. lepas amik air semayang kene tunggu lak turn untuk semayang.

abih semayang, bini pak cik dah tunggu dah. dier abih dulu sebab tadi dier masuk dulu. pak cik lelepak jap kat luar dulu isap rokok. pak cik bagi bini pak cik duit untuk dier sopping. pak cik bagi gak duit untuk baby sitter pak cik sopping. sian dier ... baper ari kene basuh baju pakai tangan sebab mesin basuh ghusak. baru tengahari tadi mesin basuh yang baru di hantar ke umah.

kami pun berpecah ... bini pak cik, baby sitter ngan anak pompuan pak cik satu grup gi mana ntah depa. pak cik ngan anak2 lelaki pak cik terus gi bahagian lelaki. pak cik sopping ... lama tak sopping nih. abis jek pak cik sopping barang2 pak cik ... pak cik bawak anak pak cik beli toys depa kat satu stall yang memang kami biasa singgah. pas tu ge kedai buku MPH, beli buku citer untuk depa. pas tu pak cik ngan anak2 pak cik lepak la kat luar. tunggu bini pak cik baih sopping.

mender2 personal lain yang pak cik dok window sopping jek sebab masih tengah konsider nak beli atau tidak; (1) jam tangan, mungkin tak beli kut. pak cik malas skit pakai jam tangan. sebab nya kalo nak amik air semayang kene bukak. leceh ... (2) henpon baru, mungkin tak beli gak kut. sebab mungkin ada worang nak kasi (3) digital kamera, tengah carik yang sheshuai. tapi mungkin hanya lepas repair kamera slr pak cik dulu kut. ntah tahun bila lah tu.

tolak balik umah dalam kol 10 malam. kol 10 lebeh skit baru sampai shah alam terus singgah kedai char kuey tiaw. pak cik terasa nak makan situ. anak2 pak cik gi amik nasi lemak panas kat kedai sebelah. akhirnya; sampai di umah dalam kol 11 lebeh.

pak cik rasa penat lak nak kuar balik. elok je lah pak cik rehat jek malam ni. biasa nya wkatu2 cenggini pak cik ada kat luar. lepas rerehat jap pak cik pun naik atas untuk mandi dan sebagai nya. kol dua pagi baru pak cik rebahkan badan untuk tidur ....

.

nota : semalam hujan dari tengahari. kejap hujan kejap berenti. ari ini pun masih hujan. hiway NKVE susur masuk bkt jelutung di tutup tadi kerena banjir.