Friday, June 29, 2007

Transform!!!


tetiap ari jumaat pak cik memang tak lepas baca suratkabo The Star. sebab nya pak cik suka baca ulasan citer2 wayang yang bakal dan sedang di tayangkan di pawagam2.

kebetulan ari ni ader review pasal citer 'Transformers'. umak aaaaaaa ... sang pengkritik tu bagi A untuk movie nih. grenti besh lah tu ekk?

sebenarnya ... memang besh pun. malam tadi pak cik gi tengok. citer tu lama gak dedekat 2 jam stengah. tak terasa buring pun. tak terasa masa berlalu. alih2 dah abih.

sumer elemen ader. komedi, pasal awek n balak, pasal robot, pasal heroisme, pasal patriotik, pasal pamili, saspens, sedeh, setiakawan, memacam lagi lah.

pak cik memang rekomen untuk gi tengok citer nih. pak cik rasa pun nak kene tengok lagik skalik nih. besh shungguh!

Wednesday, June 27, 2007

Apdet Gambo 3.

anak-anak
bermain-main di gigi air
tatkala suria perlahan-lahan berundur di kaki langit.

langit yang mula kemerahan
bayu yang mula sepoi-sepoi bahasa
ombak laut yang mula beransur tenang
pantai yang mula menyepi.

sebentar lagi
kami juga akan pamit pergi
pantai, laut, langit dan mentari
mungkin nanti kami akan kembali.

Tuesday, June 26, 2007

Apdet Gambo 2.

the scenery was less intoxicated than what i have projected in my mind.
the wind breezed heavier.
the waves a bit stronger than i was hoping.
alas .. it was still serene.

Apdet Gambo.

:D

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

semalam ari senin, pak cik cuti stengah hari d sebelah petang. last minutes pak cik kena anta orang rumah ke sebuah hotel d klang untuk berkursus. in earlier arrangement she was supposed to go with her colleague but then the colleague have to go much earlier in the morning whereas my wife still got class to attend to.

berpusing2 juga carik hotel tu kat klang. al-maklum la pak cik dah lama tak melepakkan diri di klang tu. sampai sana lebeh kurang kol 3. lepas salam2, pak cik ngan anak2 pak cik pun terus balik. sampai umah pak cik terus tido. malam tadi tak cukup tido lagi ..

bangun kol 5.17 ptg terus gi mandi. ada urusan lain lak. gi opis kejap amik notebook dan lain2 barang. kol 9 malam sampai umah semula. orang rumah tader nih pak cik tak leh nak merewang kat luar walopun kat opis lelama ... anak2 d rumah kene di tengok. kalo tak bukan pak cik yang merdeka ... tapi bebudak tu yang merdeka lak! abih satu rumah jadi tongkang pecah nanti.

sesambil baring2 depan tibi nak tido .. pak cik tengok mata si a'id dah merah. nak menangis dia ... dia rindukan mama dia :)) hek hek hek. pak cik anak beranak pun dok mengusik dia ... bila pak cik tipon orang umah tak mo plak dia bercakap dengan mama dia ..

2 3 ari ni pak cik merdeka lah ;)) tapi anak2 di rumah kene d tengok2 kan. even sekarang ni pun anak pak cik yang kecik ada kat opis ni. pagi tadi pak cik kuar dari umah lambat ... nak anta kakak pak cik gi jabatan pendidikan selangor ... dia lak nak pergi berseminar di pulau pangkor. bila nak masuk kete ... si kecik nih dah standby nak masuk dalam kete gak. tak sampai ati nak tinggalkan dia ... pak cik bawak je lah. waktu lunch kang pak cik antar la dia balik.

pak cik memang kebizian skit skrg nih. tapi ada masa gak nak tengok blog kengkawan. messej tu kalo sempat pak cik balas. ym pung kenkadang on kenkadang tak. kalo tinggal offline messej pak cik jawab ...

ujung minggu ni pak cik nak bawak ayah dan mak pak cik balik kampung d melaka. buah durian dah gugur kata nya. tapi yang lebih nya ... orang tua pak cik tu rindu ngan umah baru mereka ... kene la pak cik antar pepagi sabtu nanti. kali ni pak cik nak bawak anak2 jantan pak cik ... asik bersolo jek macam org bujang. teringat masa d sepital masa ayah pak cik di dalam bilik bedah. sedara sepupu dtg melawat ... dia panggey pak cik orang bujang. bila dah tahu pak cik dah kawen n anak empat ... terkezut beruk dier. masa tu kakak pak cik ada sekalik. bila di sampaikan cerita tu pada orang rumah pak cik ... :)) hek hek hek ... jeles dier. tapi pak cik biasa jek. tu bukan pes taim tu ...

sekian.

catatan oleh 'arba'ie bujang kembali' :D

Monday, June 25, 2007

Ehem Ehem.

errr ... pak cik kebizian ari jumaat lepas. tak sempat nak apdet.

malam sebelum nya tak tido wat keje kat opis. pagi Jumaat tu lepas antar worang umah ke sekolah dia, pak cik balik umah nak amik anak pak cik yg kecik sekali tu. sesampai je kat umah pak cik tengok dia baru lps mandi tapi muka dia saspens semacam je. nak melabur aaa tu. pak cik pakaikan pampers dia dan biarkan dia melabur dulu. lepas siap sumer baru gi sekolah abang dan kakak dia. nak gi amik report card. saja pak cik nak biasakan si kecik nih dengan suasana persekolahan.

kelas yang pak cik gi memula mestilah kelas si Ibai. aaaaaaaa .. ada pun cikgi yang kiut manis tu. pak cik dah banyak kali kim salam ngan cikgi tu ... tapi si Ibai tu cukup pemalu nak sampaikan salam pak cik pada cikgi dia. lepas amik nombor pak cik pergi pulak ke kelas kakak dia. ada perubahan sekarang pakai sistem nombor. kalau tidak macam tawon lepas jenuh nak beratur ... untuk ibubapa yang ada anak lebih dari sorang kes naya la jawab nya .... masalah lain plak adalah ... stengah ibubapa nak2 kaum ibu ... bersembang dengan cikgu punya laaaaaaaa lama. jenuh pak cik tunggu. berkulat montot.

keputusan sekolah anak pak cik ... ahakz ... sodey pak cik. suraya dapat nombor dua ... dua dari belakang. si Ibai dapat nombor dua gak ... tapi ada hurup tujuh sebelah dia. tak per ... tak per ... masa sekolah dulu pak cik dapat nombor2 yang ganaz gak :D tsk tsk tsk.

abi sumernyer pak cik masuk opis lebeh kurang kol 10 stengah pagi walopun sebenarnya pak cik dah amik cuti stengah hari. ada banyak dokumen kene sain. pas tu kol 12 gi bank dulu seblom semayang jumaat. tak sempat nak lunch pun sebab ada appointment ngan bos kol 2.30. akhirnya bos masuk lambat ...3 lebih baru dia masuk. diskusi ngan dia lama lak ... lebih kol 4 baru abis. terus pak cik mintak ngan bos balik awal. sampai umah terus tido ...

esok nya gi tadika si a'id lak. amik report card dia lak. keputusan ujian si aid lebih baik dari abg ngan kakak dia. tapi menunggu giliran tu .... lagik sekali naik kematu montot pak cik. pak cik ak givap dah ... semedang jek nama pak cik di panggey.

Thursday, June 21, 2007

Karma?

"I cry silently
I cry inside of me
I cry hopelessly
Cause I know I'll never breathe your love again
I cry
Cause you're not here with me
I cry
Cause I'm lonely as can be"*

one thing i taught myself since i was a small kid, not even schooling yet, is to be responsible. to be dare to face the consequences of my own doings. and sometimes others as well. perhaps that a price i am paying for being a big brother and the eldest son. just maybe.

and at this lonely hour i am trying to figure out what was or were my sin(s) in the past which i am paying now, for this sorrow and pain deep in my heart.

how long this will go on. cause it is almost unbearable. almost ...


* shayne ward's 2006 'I Cry'

Tuesday, June 19, 2007

sesi trengkas.

Sukan di sepanjang ujung minggu.

Ferrari was soundly beaten by McLaren, again, this time at US track where it was Ferrari’s favourite track to win. At least it was Lewis Hamilton who won and not Alonso. I don’t like the guy. Hopefully when the race return to Europe Ferrari will be able to claw back into competition.

Double trouble was when Nick Heidfeld again retired due to technical glitch. Clearly BMW team yet to have reliability in their car. And to me should the team want to target for top podium finish, they must recruit another tactical strategist who is supreme at it. And perhaps getting an excellence driver. Not to say their current drivers is no good. But the sport is very much competitive and only the top breed is able to win the championship.

Tiger Woods failed to lift the US Open cup. Due to he can’t putt well enuff during the weekend like he used to. At least he played well to place himself for winning which he ended runner up. But as he himself said, there is no fun in finishing second.

Malaysia was well beaten in Soedirman Cup. At least our top single player didn’t drop any games which augurs well for next major games. The interesting part is he is currently being coached by Misbun Sidek after the player switching his training camp due to his last recent slump performance.

Real Madrid won the Spanish league. Not that I care. Pak Cik support Barcelona actually. And how about local football scenes … does anyone cares anymore?

Ari Senin.

Pak Cik tertanya kenapa memandu sekarang ini lebih merupakan ujian dan cabaran kesabaran hati dan perasaan? Pak Cik tak kisah kalo ada kete lain cilok kete pak cik semasa memandu. Pak Cik bawak kete pelan2 dan selalu memastikan ada jarak antara kete pak cik dan kete d depan untuk kete lain yang laju mencilok dengan selamat. Akan tetapi jika berhenti di lampu isyarat atau pun di dalam kesesakan lalu lintas kenapa ada gak yang nak mencilok? Apa beza nya manusia ini dengan pencuri dan perompak? Malahan dengan perogol? Merampas hak orang lain …

Pagi tu saja ada beberapa kemalangan. Sorang penunggang motorsikal terjelupuk di tepi jalan. Mungkin di langgar ketika cuba mencilok d simpang tiga tersebut. Sebuah kete baru tapi remuk depan nya dan bumper pun dah ilang masih di bawa laju dan mencilok secara bahaya. Di atas flyover sebuah bangkai kete yang remuk tersadai d tepi jalan. Mungkin kemalangan malam tadi. Harapnya pemandu dan penumpang nya selamat.

Why can’t we all just toe in line and being civic, like most people?

Ari terbuka sekolah.

Ari jumaat ini d sebelah pagi, sekolah anak2 pak cik akan mengadakan hari terbuka. Ibubapa d jemput dtg untuk mengambil lapuran peperiksaan dan kemajuan anak masing2. sekali lagi bini pak cik tak dpt pergi. Sekolah dia pun mengadakan hari terbuka pada hari yang sama. Seperti kata bini pak cik, boleh la pak cik me’racun’ anak2 pak cik “mama tak sayang korang. Ayah sayangggggg. Asyik ayah aje yang pergi sekolah. Mama tak pernah pun”*

Sekurang2 nya bleh la pak cik berjumpa dengan cikgi kelas si Ibai yang manis itu :D.

Kesihatan.

Sebenarnya pak cik rasa kurang sehat sejak dua menjak ni. Blakang dan pinggang rasa sakit2. mula di rasai setelah pak cik pulang ke rumah dari bermalam menemankan ayah pak cik di spital tempohari. badan pun rasa lemah dan stamina kurang. Pak cik dah ambil supplement tambahan. Harap2 nya ada lah perubahan. Pak cik pun merancang nak wat medical check-up next week. Dah lama tak check darah pak cik. Masihkan ia berkaler merah?

Esok.

Esok pak cik tader di pejabat. Pak cik ada mesyuarat satu ari d luar. Kali ni di Klang.

* ucapan yang benar ini di ucapkan dalam nada gurauan. harap maklum

** malas nak wat spelling check. tiga kali dah taip blog ni. ampes intenet koneksi yang kurang tegar ...

Sunday, June 17, 2007

Tales Of Women.

i am not good of telling story. sometimes i even have a problem of saying what i want to say. so just bear with me on this one.
i once said that no matter how good a friend can be among girls and women, come a certain time and situation they or people around might find that they are not really a good or a best friend as what they saw and thot.
my point is ... friendship among girls and women are fragile and fray. it can be easily be torn apart by jealousy and race of getting the handsome guy, racing of being the most prettier or most glamorous etc etc.
am i bluffing? or just make up a story of my own. well ... i see it too many times. too often.
and be careful, that other girl is just not limited to your college mate, office mate, school mate and whatever mate including blogger mater, she could be your own relative as well. be it your sister, or your cousin or even your auntie.
tader percaya? just keep your eyes open ...

Thursday, June 14, 2007

Dahulu & Sekarang.

dahulu, pak cik dan adik pak cik amat rapat. adik pak cik hanya setahun lebih muda dari pak cik. kami bagaikan pasangan kembar. ke mana sahaja berdua. ke hutan, ke sungai, ke belukar, ke kolam, ke padang, kami akan kelihatan berdua. apa sahaja yang kami buat juga akan berdua, makan, mandi, merayau, bermain, bergaduh dan sebagainya.
tapi kini kami amat renggang. sejak pak cik bersekolah menengah dan tinggal di asrama manakala adik pak cik tinggal bersama-sama ayah dan bonda. masa demi masa, perhubungan kami menjadi kurang mesra separti dulu. hinggalah kini apabila berjumpa kami amay payah untuk menutur patah-patah kata bualan. lebih kepada angguk dan gerak bahasa badan.
"kenapa begitu? dulu amat rapat" tanya isteri pak cik kepada pak cik setelah mendengar cerita tentang keakraban kami dua beradik dahulu dari mulut orang tua pak cik.
pak cik hanya senyap membisu seribu bahasa.
masa merubah segala.

Tuesday, June 12, 2007

an elusive dreams.

sighhh ..

tengah jammed!

minta maap. pak cik tak leh nak apdet blog ni. tetiba sahaja begitu sukar untuk mengatur dan menyusun bait-bait kata-kata. walaupun banyak sebenarnya yang ingin pak cik luah kan. keadaan ibu bapa pak cik yang semakin sembuh. kejadian kemalangan jalan raya di mana pak cik sekali lagi menyaksikan sekujur tubuh terbaring di tengah jalan tidak bergerak-gerak.

mungkin nanti bila semua nya kembali normal ... pak cik akan apdet seperti biasa.

:)

Monday, June 11, 2007

Self Soft Reminder.

have a good faith at everyone, everything & everytime.
have a good heart.
choose to be rite rather than be kind.
- may the Al-Mighty show me the way -

Sunday, June 10, 2007

Munger & Aku.

dak diya tag pak cik. tapi kan .. kan kan .. pak cik tak faham tag tu pasal apa. tapi pak cik antam je lah. kalu silaps pak cik minta maap ...

sebenarnya ... pak cik tader munger feveret. akan tetapi nama2 munger berikut selalu bertakhta di hati pak cik.

1. daffodil - sebab pak cik suka lagu The Cranberries yang sama tajuk nya.
2. tulip - sebab salah satu karya novel Arena Wati bertajuk 'Kuntum Tulip Biru' *salah satu dari trilogi novel beliau* yang tersangat lah pak cik suka dan minat.
3. mawar - tak kira apa kaler nyer janji yang berkelopak besar2 tu. bukan kelopak yang kecik2. sebab munger ni memang lah chantek :D
4. munger matahari - sebab dier cantik dan dar kecik munger ni memang femes masuk dlm tv, dalam buku teks dan memacam lagi.

lagi satu, saper tahu munger melor mcm mana ghuper nyer?

pak cik amik kesempatan nih nak bubuh dua kuntum sajak hasil karya pak cik tentang munger *nak bubuh gambar malas lak. tader masa ....*


Kau BungaKu.

kau bunga indah berseri
telah ku petik dan ku sunting
ku semat di dalam hati
di situ ku harap kau mekar mewangi
menemani sepanjang langkah ku
semerbak mu turut mengharumi
tiap daerah yang aku lewati.


Kau Bukan BungaKu.

tidak akan aku petik
kuntuman bunga indah
kalau hanya sekadar
menjadi hiasan di kamar
tidak kan lama ia akan layu
lalu dilempar sebagai sampah.

biarlah kau kekal mekar dipohon mu
cantik menghiasi untuk semua
harum mu kan semerbak seluruh taman
jika layu kau pun tampak megah
setelah kering kelopak mu kan bertaburan
bersemadi di kelilingi bunga-bunga indah.

- Jumaat, 14 April 2006 -

Saturday, June 09, 2007

Aku Yang Sesat, Lagi Dan Lagi.

bermimpikan bulan
khayal di buai angan-angan

mengejar pelangi di kaki langit
asyik dek harapan menggunung

kaki tercarik onak dan duri
tidak sedikit terasa pedih
hanya setelah luka bernanah
menjadi kudis
baru kau tersedar
dari mimpi yang kosong.

ini untuk kesekian kali
sampai bila begini?

Friday, June 08, 2007

Apdet Terkini.

A'kum wb.
8th June, 2007
22 JamadilAwal, 1428

Minta maaf sebab tak apdet lama. pak cik sedikit bizi berlari ke sana sini, ke hospital sg. buloh, rumah ibu&ayah, opis, kedai, restoran, hospital kl, kedai obat, dan memacam lagi. sebelum ayah di bedah ari rabu sempat lah jugak pak cik berinternet cuma tak sempat nak apdet. pada hari ayah pak cik di bedah, bersamaan ari rabu 6 Jun 2007, pak cik pun berkampung di HKL. malam tadi baru balik ke rumah. pengalam dan cabaran menjaga ayah pak cik terutama ketika dia baru keluar dari bilik bedah, amat mencabar hati dan minda. tak perlulah pak cik cerita secara mendalam di sini. alhamdulillah, ayah pak cik beransur pulih, demam nya sudah kebah, sakit ghout nya sudah reda sedikit, sudah nampak ceria. cuma ibu pak cik masih kurang sihat. tempohari pun ibu pak cik keluar dari hospital atas permintaan nya sendiri. nampak nya pak cik kena bawak ibu pak cik sekali lagi ke klinik dan juga ke Bangi untuk perubatan islam.

hari ni terpaksa masuk ke opis. dah banyak ari pak cik cuti. masa cuti dulu pun cuma datang ke opis pun untuk menandatangani dokumen. operasi harian masih perlu di pantau dan di selia. report-report masih perlu di baca dan di analisa sebelum di hantar ke pihak pengurusan. urusan-urusan dengan pihak ketiga pun perlu di lihat semula.
diri pak cik pula ... serabut nih. tapi terpaksa lah di kendalikan segala urusan satu demi satu. ikut turutan masa dan kepentingan.
kesihatan pak cik ... alhamdulillah, masih ok. cuma sedikit penat secara fizikal dan mental. bab2 makan pun ... walau tak selera sumbat jek apa2 ke anak tekak. kalau tak nanti jatuh sakit pula. lagi haru biru.
soal hati pula ... lupakan jelah. apa yang tersurat dan tersirat, biarkan sahaja berlaku. bahagia atau derita, masih perlu meneruskan perjalanan hidup. tanggungjawab masih perlu di lunaskan. bulan dan bintang, onak dan mawar, jatuh ke riba atau tidak, biarlah masa yang menentukan.
pic. : Tears_on_My_Pillow_by_kedralynn @ deviantart.com

Sunday, June 03, 2007

> Stern Reminder <

i was there
but you were not.
i was there
alone
all by myself
that's the reality.
is it too much to ask
for a companion
sitting together by the beach
clasping hands
watching the sun setting down
over the sea?
hope
were dashed that day
dreamings
i was rudely awakened from it.
now
i will be a pretender
a great pretender
embrace me while you can
hold me if you can
that is all you could anyway
i will be for myself
whether i will be by myself
or not
i hereby solemnly vow.

mz. 3rd June 2007

Saturday, June 02, 2007

Time Out!!

"dengar gosip en. zam hot skrg nih .. amboi2" an ex-colleague sms me the other day.
"saya kan mamalia mesti lah hot :p" i answered her.
sighhh ... i admitted it. i was a bit out of orbit for a while. believe me, it wasn't a situation that i really like.
a new dress. a new fashion. spotting various hairstyles. a new approach of managing my colleagues. banyak lah yang new nya. tak termasuk lagi dengan kebizian tahap gaban lagi tu. in and out of meetings.
to be honest i am quite drifted from a lifestyle that i have devoted before it for few months. done a lot of things that i normally shouldn't have done. i was away from home for too many times. was out most of the nites too. either weekdays or weekends.
now i am contemplating of taking myself to my secluded life again. living a life around my home. taking refugee from the world actually.
but still I am not sure what should i do now.
to be or not to be ...

Dia Ibuku. Bahagian 3.

keadaan mak pak cik agak roller coster. demam nya dah hampir baik hanya untuk kembali meningkat tengahari tadi. para dokter masih tidap dapat memberi kepastian apakah sebenarnya penyakit mak pak cik selain dari demam denggi. terdapat simpton2 penyakit lain kunun nya ..
agak meresahkan pak cik melihat keadaan mak pak cik. tangan nya lebam2 kebiruan akibat dari aktiviti pengambilan darah dan penyuntikan/pemasukkan cecair. kakak2 dan ayah pak cik tak henti2 mengomel dan mengadu perihal tangan mak pak cik yang lebam itu. pak cik hanya diam sahaja. malas nak menyampuk.
kekadang pak cik bertanya diri pak cik sendiri ... adakah hati pak cik sekeras batu? adakah hati pak cik kejam? adakah pak cik seorang yang ignorance? ye lah ... orang lain dak nangeh2 tengok keadaan mak pak cik tu. tapi pak cik elok jek macam tader per per. orang lain dok ngomplen pasal tangan mak pak cik yang biru lebam tu pun ... pak cik senyap jek macam nothing heppen.
tapi tu lah ... dalam hati saper lah yang tahu kan?
kemungkinan besar mak pak cik tak akan sempat sembuh sampai minggu depan. justeru itu mungkin kami akan meminta mak pak cik di pindahkan dari hospital sg buloh ke hospital kl. ayah pak cik akan masuk HKL ari senin ni. jadi nya senang skit nak melawat kedua2 ibu bapa pak cik. secara logistik nya lah ... kalo tak haru lah keadaan nak bahagikan mcm mana nak jaga mak dan macam mana nak jaga ayah.
sabor je lah ...
untuk jaga ayah pak cik ni .. beberapa perkara perlu pak cik perbuat dan selesaikan. antara nya .. putung rambut pendek nombor 2. senang nak jaga tak yah nak sikat2. dah puas rasa nya pak cik bergaya dengan fesyen 'punk' dan fesyen 'cikang'. keje opis kene setel secepat mungkin. kesihatan tubuh badan kene tip top (payah ni ... dah banyak ari makan tak tentu). secara fizikal dan mental. kalo tak .. mahu pak cik lak yang pengsan kat sepital nanti. haru jek ...
harap2 tader lah untoward incidents will happen. otherwise ...
sebenar nya banyak hal yang berlaku. kebanyakkan nya pak cik tolak tepi dulu. malas nak pikir. nanti wat sesak lagi pikiran yang semakin sesak.
macam anak2 pak cik ... ada yang merajuk sebab patut nya ari ni pak cik bawak dia worang piknik kat PD. tido kat sana semalam. tapi nak wat mcm mana ... terpaksa kensel. pak cik sendiri pun nak bertapa sekali lagi kat tepi pantai tu ... menyaksi kan matahari terbenam ... melihat alam perlahan2 menjadi gelap dan isi alam menjadi sepi. tapi apa kan daya ...
sabor je lah kan. kan kan ...