ada org mintak pak cik at least wat entri pasal ari raya ... kalo pun x mo apdet blog pak cik nih.
bukan pak cik x mo apdet. tapi tu lah, biarlah resia dulu ..
entri ari raya, pak cik nak citer pasal kenangan ari raya yang pak cik leh ingat. masa kecik semasa duduk di masjid tanah melaka, rasanya umur pak cik antara 5 ke 8 tawon, kenangan raya di situ yang paling teringat adalah malam tujuh likur dan bermain mercun dan meriam buluh. malam tujuh likur ni kalo tak shilaps pak cik lah, pak cik akan ikut rumbungan gi rumah ke rumah baca apa ntah ... kendian dapat kuih. pak cik shiap bawak beg plestik sebab nak isi kuih muih pemberian tuan rumah. ntah kenapa kuih koci inti nyior yang paling banyak di beri. masa ni juga ayah pak cik aktip membelikan mercun dan bunger api untuk anak2 dia. kami adek beradek memang sonok aaa main. tapi tak leh lawan bila juin jiran main meriam buluh dia. dia punya munyi ... "kaboooom" sungguh menguja hati pak cik untuk menjadik sojar.
kendian kami berpindah ke kucheng sarawak. dok sana sampai pak cik darjah 6. tinggal dalam kem tahu lah .. banyak rumah yang perlu di dziarahi. puas lah mengutip duit raya. penuh kocek baju melayu. masa tu dapat syiling jek. beratttt. siap kene balik umah untuk simpan dulu duit yang dah penuh sumer kocek. pak cik masa tu berniaga di pasar menjual tempe dan mee kuning. jadi nya ramai lah yang kenal. glamer lah skit.
kendian ayah di tukarkan ke kuala lumpur. kat sana tak ramai geng. sebabnya pak cik bersekolah asrama di melaka dan kemudian di klang, bila masa nak buat kawan dlm kem kat kl tu? so beraya pun tak besh. dok pakat tgk tibi jek kat umah. cuma ada lah satu kali tu ayah bawa pak cik bersemayang raya di dalam kem komando d kl. melihat pemuda2 rekrut komando yang macam blur2 ntahkan kesedihan ntah kan apa di dalam surau tu, sedeh lak pak cik jadi nya.
bila pak cik masuk sekulah tinggi mara kat negeri d pantai timur dan di selatan tanahair, kenal lah beberapa rakan taulan di kl yang belajar satu kampus. baru lah mula jalan2 pusing kl ke rumah mereka dan rumah gelpren2 mereka.
errr ... cukuplah sampai di situ. nanti tercerita lak kisah syahdu ari raya. citer yang sedih2 biarlah tersimpan saja dalam lipatan sejarah. untuk sesekali di kenang bila duduk sendirian mengulit dan mengimbau kenangan silam. agar menjadi pengajaran di masa hadapan. walaupun sebenarnya setakat ini kelihatan tidak serik-serik dan tak reti-reti mangambil iktibar ...
.
"every sorrow is coming from you own self. whether u know it or not. whether you acknowledge it or not"