Thursday, May 31, 2007

Dia Ibuku. Bahagian 2.

pak cik tak leh tido malam tadi. ntah kol baper pak cik tertido. pak cik tak larat nak bangun pagi. jadi nya pak cik berhasrat untuk tidak ke opis ari ni. tetapi pak cik teringat pak cik ada temujanji pada kol 10 pagi. nak tak nak terpaksa lah ' i bring my butt to office'.

temujanji abis kol 11 lebeh. kendian pak cik uruskan hal2 dokumen yang perlu di tanda tangani. kol 12 lebeh pak cik kuar makan tengahari. lapo nih. tak makan bekpes pagi tadi.

lepas makan terus gi umah mak. bawak mak gi klinik untuk pemeriksaan lanjut. melihat hasil ujian darah, juru analisis kat makmal darah tu dan dokter mengompen kan bahawasanya mak pak cik mengidap denggi. terus di beri surat emergenci agar mak pak cik di masuk kan ke hospital.

sebenar nya pagi tadi pak cik berharap agar mak pak cik beransur sembuh. sebab malam tadi ketika hantar buah2an, mak pak cik dah bangun duduk depan tibi, walo pun mak pak cik banyak senyap dari bercakap. setiba nya di rumah lain plak hal nya. pak cik lihat keadaan mak pak cik lebih teruk dari semalam. lebih tidak berdaya untuk berdiri dan berjalan. pak cik pun dah agak ni mesti kene masuk wad nih. betui pun ...

sepital sungai buloh tu sepital baru. maseh cantik lagi. layanan nya ok cuma pak guard nya yang wat pak cik hangen satu badan. tak yag citer aaaa ... kang kira ngompat lak.

dokter kat sepital lak syak mak pak cik bukan kene denggi. depa syak ada penyakit lain. menurut kata kakak pak cik dari apa yang dokter tu bagitau dia. padan lah mak pak cik di bawa untuk x-ray dan pelbagai test. sebenarnya ayah pak cik pun tak rasa mak pak cik kene denggi sebab keadaan tak sehat nya dah dekat 3 minggu. ayah pak cik dok ngomel sebab mak pak cik enggan pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan. bila dah betui2 teruk tak leh tahan baru la nak ke klinik. takut kene injeksi .. menurut kata ayah pak cik. sebenar nya pak cik pun takut injeksi ... :D tsk tsk tsk

cuma satu harapan pak cik. jangan lah mak pak cik kene penyakit yang teruk2. dan moga cepat sembuh. sebab ayah pak cik lak kene masuk sepital ari senin nih. yang ni konpem pak cik yang kene pergi & jaga ayah pak cik. mak pak cik tadi kakak pak cik nombor dua yang jaga ...

isteri pak cik di kampung tanya ... pak cik ok ke? sebenar nya dlm keadaan mcm ni .. kalo tak ok pun kene bagi ok gak ;)) huhuhuhu. yang nyata nya pak cik letih la gak kene ke hulu ke hilir. tadi semasa balik ke umah mak sekejap untuk amik kain baju dan sebagai nya untuk di bawa ke sepital .. sempat pak cik terlelap depan tibi untuk beberapa minit. jadik lah .. segar skit lepas tu.

malam ni pak cik kat opis. keje kene wat gak ...

kepada semua ... moga sehat2 dan gembira selalu di sisi keluarga dan org terchenta. mimpikan lah yang indah2 malam ini. moga hari esok lebih ceria ... :D salamz.

*when everything is not allrite
when everything is not okay
will u make them better?"

Wednesday, May 30, 2007

Dia Ibuku.

pak cik tipon ayah pak cik pagi tadi tak dpt. pak cik tinggalkan pesanan suara. pak cik tipon akak pak cik lak. akak pak cik bagitau ayah & mak pak cik balik ari ni. akak cakap keadaan mak tak berubah walo pun dah 'di masuk air' kat pricate klinik dan dah di beri injeksi. mak pak cik masih tak bangun asik baring jek. akak pak cik cakap kalo mcm tu gak ari ni nak bawak mak pak cik gi sepital ke ...
hampir waktu makan tengahari tamat, akak pak cik antar messej, mak & ayah dah sampai dari kampung. setelah bagitau rakan sekerja, pak cik pun berangkat gi umah mak & ayah. ayah pak cik tengah semayang duduk atas kursi. mak pak cik tengah tido.
akhirnya pak cik kene pujuk mak pak cik gi sepital ke, klinik ke, sebab nak pekse darah dia takut ada apa-apa yang serius. pujuk punya pujuk. dan pujuk. umak aiii ... tak gheti betui pak cik nak pujuk2 nih. sayu gak ati pak cik tengok muka mak pak cik tu, sedikit sembab, bibir kering. menurut ayah pak cik, mak dah bnayak ari tak makan. isk isk isk ...
sib baik mak pak cik pun setuju akhirnya. begerak lah kami tiga orang dalam kete kenari pak cik tu. gi klinik kat sg buloh. orang yg ketiga adalah akak pak cik. ayah pak cik tinggal jaga cucu-cucu dia dua orang.
konpem, hasil ujian darah, mak pak cik di suspek mengidap demam denggi. tu sebab mak pak cik lemah2 badan dan tak lalu makan. dokter bagi obat dengan masukkan air sebotol. akak pak cik suwuh pak cik yang temankan mak pak cik masa tu ... dia tak tahan dan tak lalu kut. abih dia ingat pak cik ni terrer sangat ke? nak tak nak pak cik gagah kan diri jugak. wat2 macho ..
esok kene bawak mak pak cik gi pekse darah lagi. kalo keadaannya makin teruk alamat nya kene masuk sepital lah ... udah la ayah pak cik di jadualkan masuk sepital senin nih ...
isk isk isk ... sabo je lah. :)
*hanya pada blog ini lah pak cik mengadu nasib. :D tak per kan? kan kan?*

Tuesday, May 29, 2007

Today ... Is Just One Of Those Days.

phew ... pak cik baru siap siap memasang 'bookcase' yang baru di beli di Ikea petang tadi. penat nih. peluh2 badan. rileks jek pak cik berlenggeng di opis ni sambil mengapdet blog nih :D hik hik hik.
nak wat camner. paneh ni ha. paler tak betui ni. tengah2 fenin2 sejak balik dari Ikea lagi tadi.
dalam paler pak cik skrg nih ader memacam mender yang berlegar2 dan berantakan. sms dari kakak pak cik tadi membawa 2 khabar kurang baik. emak pak cik kurang sehat di kampung, demam kuat. kalo tak kebah juga esok .. mahu pak cik balik kampung ke Melaka lepas waktu tengahari esok. walau pun keje berlambak2 nih. tadi pun salah satu boss pak cik dah tipon sibuk menanya macam2 hal opis. lagi satu khabar adalah mengenai adik bongsu pak cik. dia dalam masalah sekarang ni. masalah yang berulang-ulang. ntah la ... macam2 dogaan.
tu baru masalah keluarga. baru dua. blom lagi masalah lelain ...
nak wat mcm mana kan? dogaan datang bertimpa-timpa. ada yang datang sendiri hasil ehsan orang lain. ada juga yang pak cik carik sendrik. sendrik bikin sendrik kene tanggung lah kan. tak per lah. pak cik tekel satu demi satu. ikut giliran. ikut masa nya.
buat masa sekarang ... pak cik nak keluar dari opis ni. gi kedai mamak. gi makan dulu. baru telan panadol ke apa. kemudian boleh la balik ke rumah. mandi dan apa yang patut. kalo susah tido kang pak cik belek2 la keje opis dan keje personal. ermm .. kene angkut notebook ni bawak balik lah gamak nya ... ehh kejap. donlod tak abis lagi. leh la pak cik siap kan apa2 yang patut dulu kat opis nih ...
sayonara. have a sweetest dreams everyone :)

*Dengan Ini, Pada Hari Ini, Pada Waktu Ini, Aku Tutup Blog Nih*


ada teman blogger nak tutup blog dier ...
ini bukan lah pertama kali pak cik jumpa orang nak tutup blog dier. dah ramai dah yang tutup blog pun. memasing ader sebab memasing.
1. ada sebab putus cinta. terpaksa tutup blog sebab kat blog tu lah dier berchenta. tak mo sedeh teringatkan citer lama .. die rpun tutup la blog dia.
2. ada yang 'teman' dia yang suwuh tutup blog. atas sebab jeles atau sakit ati atau apa jua. maka dia ngan patuh dan tawaduk nya pergi tutup blog dier.
3. ada yang tutup sebab ingin melari kan diri dari seseorang atau ramai orang. mungkin org itu atau orang2 itu dia tak ingin mengetahui apa coretan nya dalam blog itu. samada isi hati nya yang ikhlas. atau isi penipuan nya tang tidak berasas ...
4. ada yang tutup blog sebab dia sebenar nya dah ada banyak blog. tak termenten semua nya jadik nya dia pun tutup la blog yang tak aktip. atau pun masa dia dah terkurang tak mampu menten dua tiga blog maka nya dia tutup blog yang kureng aktip dan hanya menten satu blog jek. blog yang paling aktip.
5. ada yang sesaja tutup blog sebab dah buhsan. dia pun pergi la bukak blog baru.
6. ada tu yang memang pangai dier suka bukak tutup blog. lantak lah dia ...
ada dua jenis manusia yang tutup blog ni. ada yang tutup terus dan tak pernah2 bukak blog yang baru atau yang lain.
ada satu lagi yang akan bukak blog lain. atau memang nya dah bukak pun cuma dulu dia sorok dari public dan kawan2 jek. yang jenis ni ... dia memang akan kata tak akan bukak blog dah. sumpah memacam. this is the last time ever. porrraahhh ... tup tup ... tak lama kendia ader lah blog dia muncul. tapi dia sesenyap jek lah. dah kemaluan kan .. dulu cakap ya ya tak mo ber blog dah. tetiba ader balik.
sebenar nya atas diri memasing lah kan? pak cik pun dah puas tutup bukak blog. dah puas hingga pak cik berjanji blog2 yang ada sekarang ini akan cuba pak cik menten selama mungkin. walo pun sebenar nya sekarang ini amat kuat dogaan dan desakan untuk pak cik tutup blog gak ... :D tsk tsk tsk ...
pic : missing_you_by_kutti_faniteff at deviantart.com

semekom sumer!

pak cik cuti lagi ni. tapi tadi di panggil dtg ke opis. ader dokumen urgent kene sign. sempat la mengapdet skit blog ni dan jenjalan mengomen :D

d harapkan sumer nya sehat sejahtera. aman damai ..

ada pun pak cik di sini ... maseh hidup lagi. ;)) hik hik hik

*when we alive
we long for the death
when the angle of death drop by
why we all scared
scared to death?

we thot live after death
will save us from this misery?

well here the good news
live ever after
is million times worst
than this mortal life
or million times better
than the goods we do here

are we doing good deeds?
or living a darn bad life?*

* apa yg aku merapek nih?

Sunday, May 27, 2007

Retro ...

am not well
and i wanted to see you
but something hold me down
or is it the way you treated me?

am not well
owh yea am not well
am left pondering
who hold the cure
the cure for a cut
deep in my heart.

- mz. 2/2/07. -

ari jumaat .. retro.

sambungan daaaa ... wakil dari syarikat insurans dtg, pak cik gi bawak dia jumpa MD, kami diskusi tentang hal ehwal insurans. yang dah di kaber dan yang belom di kaber. abis diskusi pak cik gi bawak wakil insurans tu meninjau operasi syarikat. pas tu depa blah sambil meninggal kan langkah2 yang selanjut nya perlu di ambil termashuk la rancangan MD untuk menjadi kan pak cik salah sorang wakil syarikat bagi perlantikan agensi korporat. mak ai ... kene baca buku & amik pekse tu. ampeh btol!

seterusnya presentasi kol 11.30 pagi. terlewat stengah jam dari jadual asal di sebabkan MD cakap lebih sgt masa diskusi insurans tadi. pak cik pun terus membentangkan hal ehwal peraturan dan cara2 yang sepatutnya di buat oleh para jurutera bila berurusan dan berinteraksi dengan jabatan pak cik. pak cik wat secara ekspress sebab masa satu jam tu mcm pendek jek. betul pun .. terlajak skit.

kol 12. 45 baru abih. kendian tergesa2 gi bank amik duit. sampai bank kol 1.30 dah. ingatkan dah terlepas dah semayang jumaat. masa balik tu tgh lalu masjid negeri d shah alam pak cik pasan depa blom mula semayang lagi. pak cik pun amik keputusan utk semayang dulu. berlari2 anak lah pak cik ke dalam masjid. khatib tgh baca khutbah kedua .. tgh baca doa pun. sib baik sempat lagi. kendia gi lunch kat pizza hut. masuk opis kol 2. lambat stengah jam tu.

kol 2 tu ada lak diskusi n prektis pasal sistem ABAS ERP. sampai la kol 7 .... bebudak tu order pizza, pak cik yang kene bayo.

kol 8 lebeh balik umah. sesiap untuk hantar baby sitter balik umah dia kat kuala selangor. kol 10 baru jalan. sampai sana kol 11. tengah dok tibi tu pak cik leh lak terlelap sambil duduk atas kerusi. pak cik pun tak tersedar. masa drive balik tu pak cik memang rasa ngantuks. sedaya upaya pak cik lawan. sampai umah kol 12 lebeh skit. terus pak cik tido. tak jadik balik kg di negeri sembilan malam ni. esok pagi je lah.

esok pagi nya bertolak lah balik kg. singgah kedai untuk bekpes. ayah pak cik lak kol. dia ada kat kg. ayah mintak pak cik gi umah kawen kat wangsa maju sebagai wakil dia. pergi lah pak cik ke sana menjunjung titah perentah ayah pak cik. sampai kol 12. pak cik tak larat nak makan. anak2 pak cik pun tak larat sebab baru bekpes kan. bini pak cik dan anak pak cik nombor 3 tu makan la skit wat syarat. pas tu terus la blah. cis ... jangan kan bunger telor, ampeh apa pun taun umah tak bagi. tak per lah ...

sampai kg kol baper ntah. pak cik terus carik tandas. sakit perut dari sejak lepas bekpes lagi.

kol 6 slepas gi pasar malam dan kedai runcit beli bekalan makanan untuk anak2 pak cik duduk di kampung, pak cik pun bertolak lah pulang semula ke shah alam. kol 8 pak cik kuar dari rumah untuk majlis gathering salah satu forum yg pak cik slalu juin. depa wat kat tempat karaoke. pak cik dtg tgk je lah. pal cik tak baper pandai nak berkaraoke nih. kol 11 lebeh kurang pak cik mintak diri dulu. ada sorang lagi yang patut pak cik jumpa. pak cik kene jemput dia kat stesen lrt ampang park.

kol 1 lebeh pak cik sampai opis ... here i am. :D

Friday, May 25, 2007

semalam, hari ini, esok dan hari-hari yang mendatang ...

malam tadi pak cik balik tido kol 3 pagi. terpaksa memaksa diri untuk tidor. kerana hari esok atau pun hari ini pak cik akan terlalu sibuk. kalo hanya tido sejam dalam tempoh melebihi 48 jam ... takut terjadi apa2 pula. pak cik dah tua ...

belah pagi ni ada 2 meeting. belah petang nya ada sessi bengkel lak. lunch time nanti harus ke bank. malam nanti kene anta babysitter pulang ke kuala selangor. kalo pak cik larat pak cik akan hantar anak2 dan isteri balik ke kampung di negeri sembilan. ari sabtu malam pak cik harus berada di kl semula. ada sessi perjumpaan untuk satu online forum ...

opps ... gtg! vendor dah dtg untuk mesyuarat ... bermula lah saat yang bizi ...

Thursday, May 24, 2007

Membendung Taufan.


pak cik cuma tidor untuk tempoh kurang dari sejam malam tadi. atau lebeh tepat dinihari tadi. lebih dari kol 5.30 pagi baru pak cik baringkan badan untuk cuba mendapatkan tidor selama mungkin. cuma untuk bangkit kemudian nya pada kol 6.30 pagi. urusan di pejabat hari ini cukup banyak lebeh2 lagi pak cik harus membuat persiapan bahan2 presentasi untuk esok pagi.
dalam kepala pak cik sudah jelas tertera yang malam ini pak cik akan lewat tidor lagi. entah pukul berapa lah pula.
ntah kenapa semalam pak cik cukup lancar untuk meluahkan bait-bait perkataan tersusun menjadi ayat2 dan perenggan2. hasilnya .. itulah dia puisi2 yang terposting di sini serta beberapa komen yang seakan meracau di blog teman2 pak cik. kalo ader yang tersinggung pak cik minta maaf. sesekali pak cik juga akan termelatah dan terkinja2. kekadang tidak tersedar ...
pagi semalam pak cik sebenarnya cukup ceria. pak cik cukup bersemangat. tapi panas tidak sampai ke petang. hujan ribut di tengahari. membawa kacau bilau yang berlarutan hingga ke dinihari.
cukup melegakan, walau pun bangun dalam keadaan yang letih, mata yang pedih, hati yang kacau, sukma yang bilau, kewarasan pak cik cukup terpelihara hari ini, lebih2 lagi pagi tadi. pak cik dapat mengawal emosi pak cik. justeru itu segala nya berubah menjadi terkawal dan harmoni. harap2 nya ia tidaklah sementara.
lupa kan dahulu perkara2 itu. lebih baik pak cik selesaikan urusan2 presentasi untuk hari esok. moga esok juga adalah hari yang harmoni. dan mulai esok juga pak cik akan lebih sibuk dengan segala macam urusan. dapatkah pak cik tangani semua nya? mudah2 an.
pic : Dry_Tears_by_alicedepalma @ deviantart.com

Wednesday, May 23, 2007

Wajah Di Purnama Mengambang.

wajah siapakah yang kau terbayang
bila mata terpejam dimalam hari?
wajah siapakah yang kau lihat
bila kau bangkit dari lena diesok hari?

pada siapakah akan kau khabarkan
berita gembira dan kisah suka?
pada siapakah akan kau mengadu
bila sebak dan duka datang menerpa?

siapakah yang akan kau pilih
hanya seorang diantara kesemua yang tersayang?
siapakah yang akan kau dahulukan
antara diri sendiri dan si dia?

siapakah
yang sungguh beruntung
bertakhta megah memilik cinta mu
menjadi keutamaan dalam segala pilihan
yang meliburkan hati mu walau pahit yang disuapkan
dan telah kau bersumpah akan dipertahankan
atas sebuah nama
cinta sejati.

Rahsia Pantai.

aku berjalan pulang dari pantai
menyusuri langkah-langkah ketika datang
lemah longlai tiada bersemangat untuk hidup
rahsia pantai telah di bisik kan kepada ku.

air lautan yang masin
adalah kerna air mata nelayan yang jerih
dan mereka yang bersedih datang mengadu kasih.

ombak yang mampir di pasiran pantai
seakan cuba memadam kisah-kisah lara
luahan mereka yang kecewa.

dauan-daun pohon nyiur yang berdesir
melambai-lambai sambil bersorak di tiup angin
cuba menenggelamkan tangisan
mereka yang berduka.

berbisik lagi suara itu
"engkau
adalah juga mereka itu".

Bicara Alam.

aku seperti si pungguk
malam aku raikan
kedatangan nya bersama purnama
yang sentiasa aku rindukan
dan pada hujan aku pinta agar tidak menjengah
dia akan memaksa bulan berlindung di balik awan.

bila mentari terik memancar aku kan kepanasan
dan pada hujan aku meminta segera hadir
basahkan alam ini, nyaman kan udara nan hangat
tapi pada ribut aku harap jangan lah ia muncul
akan terpukul patah dan tumbang segala pohon
teriak pikuk fauna amat meresahkan aku.

sesekali tika hujan di siang hari
mentari enggan pergi
maka segera terbit sang pelangi
terpesona dengan seri warna nya
aku berlari menuju ke kaki langit
lopak-lopak air tak ku hiraukan
onak di bumi ku pijak tak terasa pedihnya
namun pelangi tak ku jumpa
titis-titis hujan memenuhi pipi
seakan aku menangis kecewa.

sejurus kemudian
tirai malam berlabuh
serangga bernyanyi gembira
satu demi satu bintang berkerlip bersinar
dan bulan pun muncul sedikit demi sedikit
bila awan mendung perlahan-lahan berlalu
dan sang pungguk di atas dahan cemara
yang sudah sekian lama bertenggek menanti
mengukir senyum di bibir
berkaca-kaca mata nya
rindu kini terobat
walau sedikit cuma
memadai lah untuk malam ini.

*aku lemparkan kisah duka buat sementara
yang sekian lama bersarang di ruang minda dan hati
aku larik kan senyuman
wajah ceria aku tampilkan
untuk mu yang datang bermanja *

errr ... aku kebizian.

pak cik ader meeting belah pagi dan petang semalam. tambahan lagi pak cik agak mengantuk dan letih. jadi nya tak dpt lah pak cik nak lelepak lelama kat blog pak cik nih ngan blog rerakan blog sumer, hanya sempat 'melontarkan' beberapa komen yg tak seberapa tanpa dpt 'menggali' emosi dan 'melahirkan mood' yang sesuai. justeru itu 'penguasaan ruang2' presentasi mungkin agak terbatas.

petang ini terdapat satu lagi mesyuarat sistem ERP selepas ini akan tiada lagi mesyuarat dan latihan2 selama 3 minggu di mana waktu ini akan di isikan dengan usaha dan kerja mengenal pasti 'tuan data' sistem untuk di migrasi kan ke sistem yang baru.

bermula jumaat ini sekolah akan bercuti selama 2 minggu. kemungkinan besar pak cik juga akan 'hilang' dalam tempoh yang sama atas beberapa urusan. mungkin pak cik hanya akan dapat menghadirkan diri ke pejabat untuk beberapa hari sahaja. bermakna blog ini juga akan menerima nasib yang sama. namun segala nya belum pasti lagi. kita lihat sahaja apa yang bakal berlaku.

bila hari panas kau harapkan hujan
bila hari hujan kau harapkan mentari kan kembali bersinar
bila hari malam kau nantikan sinar fajar
bila mentari muncul kau merindukan sang purnama

bila kekasih hati ada di sisi
dapatkah kau melupakan segala
dan mendakapnya penuh mesra
seolah olah dunia ini hanyalah kau dan dia semata mata?


* pinjam kata2 kunci dari af5.

Sunday, May 20, 2007

A Moment Please. Part 2.

am i an Anuar Zain's fan? err ... am not sure by i definitely like some of his songs. talked to someone about his recent song of "Perpisahan" which is an OST of "Cinta" movie.

i told that someone that the first sin is letting the relationship fail. be it by betrayal or broken promises. but it is the second sin that actually the most damaging and horrible which is letting the other party tortured by sorrow. be it by feeling miserable of lost hope or feeling cheated and betrayed or whatever it is.

:( misery is a friend of mine.

A Moment Please.

i watched three movies for for the past couple of months. the first was 'Ghost Rider' starring Nicholas Cage. a thing i remember about the movie was when the hero played Carpenter's song of "Superstar" on his audio systems. kinda amusing considering the movie background of rough and rugged.
the second movie was "Wild Hogs" with John Travolta in it. it was a fun movie from start till the end. it stay as an entertaining movie but with nothing to remember and clicked in my head.
the last movie was "Spiderman Man 3" and thanks to a buddy who help me to get the early tickets. without doubt it was a good movie but to me personally it is full with emotion which is bad for any soul with a crowded and disturbed mentality like me ;)) huhuhu. anyway ... the thing that remain in my head from the movie was in the towards the end scene where the hero drop by at the jazz club while the heroine singing, he held out his hand to her then the girlfren stop from singing and took his hand. a touching moment. a lesson learnt is that at odd time when there is any arguments or clashed of thots, it is good to put everything a side and get together to work things out and spend time on it. that is the case if the objective is to stay together. who is right or wrong sometimes is not important but to stay reconcile and respect each other. definitely what hurt us will remain in our memory but life goes on. whether we want to let it past and to be able to put the relationship as priority is entirely up to us. most of the times the cause of rift are just a silly things which we underestimate but prove to be a menace.
errr ... terpanjang lak komen.
next movie is that pirate movie of course with Johny Depp and Chow Yun Fatt amongst the stars. another feeling good movie. hopefully. mana nak cari ticket nih ...

Saturday, May 19, 2007

Air Mata Duka.

setitik air mata di pipi
jatuh dari mata yang tergenang
melimpah dari kolam sendu di lubuk hati
terkumpul dari hujan sayu yang sangat lebat
di pukul ribut pilu penuh kekecewaan.

air mata di pipi kering sendiri tak siapa peduli
mata tidak lagi berair kini kemerahan
dan lubuk hati masih kepiluan
ribut sayu dan kecewa masih hebat melanda.

seorang menempuh gelap malam
mengorak langkah sambil bersiul menyanyi lagu kecewa
esok yang bakal menjelma
akan lahir harapan baru untuk bahagia
atau akan terus sahaja memeluk duka
sehingga bila?

Friday, May 18, 2007

Entah Apa. Entah Mengapa.

rindu kah yang datang bertandang
mengetuk pintu hati
atau adakah itu
bayangan kenangan silam
mengimbau di hujung kaki langit yang kelam.

mengapa
tiba-tiba aku terkaku kelu
diselubungi sendu dan sayu
pilu.

apa kah ertinya?

Mimpi Yang Hilang.


berjalan di tepian pantai
mengintai cerita semalam

ombak berlari-lari memampir diri
menjamah kaki sebelum hilang pergi

angin bertiup sesekali kencang sesekali sepoi bahasa
menghembus bermain-main uraian rambut di dahi

mentari yang berlabuh di hujung laut
melukis langit warna keemasan
sementara tirai gelap malam
perlahan-lahan menakluk dunia kehidupan

mimpi yang enggan datang ketika lena
adakah harapan untuk hari esok?

"Take back that sad word good-bye
Bring back the joy to my life
Don't leave me here with these tears
Come and kiss that pain away"

- "Unbreak My Heart" Tony Braxton

Thursday, May 17, 2007

Resolusi. Resolusi. Resolusi.

ini resolusi pak cik. resolusi yang pernah pak cik terpikir dan cuba amalkan. kali ini pak cik halusi lagi resolusi tersebut, perkemaskan lagi dan cuba untuk amalkan. semoga hidup pak cik dan hidup semua yang berinteraksi dengan pak cik lebih mudah dan ceria.
pak cik tak akan sorok perasaan pak cik lagi. kalo suka, gembira, benci, marah atau apa2 saja, pak cik akan tunjuk kan. terutama melalui mimik muka pak cik. kalo suka tu gelak lah kan. kalo menci tu buat lah muka menci kan? *tapi muka tersenyum macam muka Mr Os atau muka AR Tompel nih susah nak wat espressi menci*. kalo marah tu kasi tunjuk lah marah kan.
cuma cara untuk menyampai kan perasaan dan reaksi nya yang akan di pelbagaikan. kalo marah dan menci pak cik akan cuba cakap lek elok. kalo suka tu terus puji lah kan. keje senang jek tu.
tapi kepada mereka yang dah pak cik labelkan dan termasuk ke dalam 'senarai tidak hirau' resolusi ini tak terpakai. sebab nya, cakap atau tak cakap pada mereka2 ni sama jek hasil nya. oleh itu lebih baik di salurkan sumber tenaga dan emosi itu kepada perkara2 dan mereka2 yang lebih memerlukan dan berfaedah.
sekian, harap maklum.

* resolusi tau. bukan revolusi :p

Maaf Kan Kami! maafkan Kami!

ehem! ehem!
minta maap. pak cik terkebizian skrg nih. tapi dlm pada itu pak cik masih sempat gak jejenguk laman blog mereka2 yang sudi dtg melawat dan mengomen blog pak cik nih. cuma kekadang pak cik tak sempat nak komen. di tambah lagi internet koneksi yang kadang2 kurang memberangsangkan. sekiranya sebarang komen yang pak cik tinggalkan itu kurang sheshuai, terkasar bahasa, tidak sensitip dan sebagainya, pak cik minta maap. kekadang tu pak cik komen jek apa yang terlintas di dalam kepala dan hati dan tak sempat nak pikir 2 3 kali. maafkan pak cik ya.
ada juga yang mengatakan pak cik tak macam dulu. yang tu pak cik kurang paham. tak macam yang macam mana tu ek? :D

* hampir tetiap petang sekarang ni pak cik sibuk dari kol 2 sampai kol 6 berkursus dan berlatih kunun nya untuk projek ERP. mungkin sampai bulan lapan cenggitu.
* belah pagi nya kenkadang ada mesyuarat sana sini.
* semalam satu ari mesyuarat dan training di luar pejabat.
* kerja pak cik kat sini memacam. bak kata tuang pengarah urusan, segala kerja yang worang lain tak mo buat, pak cik yang kene buat ;)) huhuhu
* pak cik nih bukan nya worang baik2. jadi nya elok la kalo jangan rapat2 sangat. seperti tajuk blog pak cik tu, pak cik ni kabaret. oleh itu sila ambil perhatian. jangan terpedaya dengan tulisan2 pak cik yang macam bagus2 tu. :)
* mungkin lepas ini pak cik akan tulis tentang ilmu pengurusan. sesaja nak kongsi ilmu yang pak cik blajar. di ulang skalik lagi ... yang pak cik blajar tau. bukan yang pak cik fasih dan bagus. pak cik masih blajar ...

Tuesday, May 15, 2007

Wasted Sunset . II.

The day is gone
When the angels come to stay
And all the silent whispers
Will be blown away
And lying in the corner
a pair of high heel shoes
Hanging on the wall
gold and silver for the blues

One too many wasted sunsets
One too many for the road
And after dark the door is always open
Hoping someone else will show

Someone is waiting behind
an unlocked door
Grey circles overhead empties
on the floor
The cracks in the walls have
grown too long
The slow hand is dragging on
afraid to meet the dawn

One too many wasted sunsets
One too many for the road
And after dark the door is always open
Hoping someone else will show

words : Wasted Sunset by Deep Purple
p.s. : sori aaa. too consume with daily activities. no idea what to narrate here :(

Monday, May 14, 2007

Wasted Sunset.

watching the sunset
it was all silence
and as sombre as it could be.

who knows what lies in my heart?
who would dare to open thee pandora box?
who would dare to walk into the uncertainties?
perhaps together we would walk the path of heaven while holding hands
or together we'd jump into the sea of fires and die in each other arms
at least we got each other companion, heaven or hell
or we prefer to die alone?

pic : selftaken at pd beach.
word : murmured by mz

Thursday, May 10, 2007

of what i am.

i am a fire. easily burnt and burning. wanna get close and closer?
i am a lion. i am fierce if you dare to trespass my territory. wanna get bitten?
i am a dog. i am faithful and obedient to whoever pat me rightly. wanna try?

fight me with fire, gross words and stupidity uncivilized fights. we'll see who'll bleed.

to some they just don't bother. then why shud i?

*When You cheated girl
My heart bleeded girl
So it goes without saying that you left me feeling hurt
Just a classic case
A scenario
Tale as old as time
Girl you got what you deserved

And now you want somebody
To cure the lonely nights
You wish you had somebody
That could come and make it right

But girl I ain't somebody with a lot of sympathy
You'll see

(What goes around comes back around)
I thought I told ya, hey
(What goes around comes back around)
I thought I told ya, hey
(What goes around comes back around)
I thought I told ya, hey
(What goes around comes back around)
I thought I told ya, hey
See?You should've listened to me, baby

Yeah, yeah, yeah, yeah
Because
(What goes around comes back around)

* an sexcerpt of Justin Timberlake's 'What goes around comes back around'
* sorry a. tgh giler ngan lagu JT & Nelly
* .... :(

i am truly sorry ...


i am sorry for pulling a distance from you
i thought you didn't want me around.

i am sorry for keeping my silence
i did it since you didn't listen to me.

i am sorry for the things i did
i truly believed it was for the good of us.

i am sorry to make you cry
i didn't meant to hurt you
it just that i didnt want to pretend
it was ok when it wasn't.

i am here now
where would you put me?

Pak Cik Dah Tua!!!

pak cik terkurang tidor skrg nih. banyak benar mender nyer yang membuatkan pak cik kurang tido. tido dalam sehari sejam dua jek. tu pun bukan tido lek elok. tidor dalam kete. tido atas sofa. tido atas lantai. ikut mana sempat jek.

semalam punya la ngantuks sampai memandu kete untuk antar bini pak cik ke sekolah dia pun puas la dok lawan mata yang nak terlelap. kemudian memandu ke opis pak cik pun sama. asik terlelap jek :(

sejak dua menjak nih mcm tu lah. masa memandu kene lawan mata yang sekejap-kejap terpejam dan terlelap. puas la dok wat mcm2 supaya tak tertido. dalam ati jangan kira lah dok doa banyak2 jangan sampai terbabas langgar apa2 ..

malam tadi sampai umah baring2 kejap depan tibi. terus tertido. bangun2 dah kol 6 pagi. tapi bangun dengan kepala yang sakit plak. iskk ... banyak keje kat opis nih. seribu satu keje dok tunggu kene buat nih.

Tuesday, May 08, 2007

My Story.

i wish to walk away
but your tears stop me.

i held you in my arms
comforting your shaking body
as you tell me your saddest tale
i stroke your hair
over and over
and once in a while
lightly i kiss your forehead
till you are finally sober and calm
and still i watch you over
as you soundly asleep.

i was there whenever you needed me
and i will always be.

my own misery tales i put away
my own tears i shed silently
my own sorrow i share it with the moon.

and i am gathering my might
bracing for the another storm
when you will finally walk away instead
leaving me in stone cold
alone.



pic. : Mourning_Dove_II_by_Arcanacaries @ deviantart.com
.... :(

Why?

Flames to dust
Lovers to friends
Why do all good things come to an end?

And the sun was wondering if it should stay away for a day til the feeling went away
And the sky was falling on the clouds were dropping and
the rain forgot how to bring salvation
the dogs were barking at the new moon
Whistling a new tune
Hoping it would come soon so that they could die.

- an sexcerpt of Nelly Furtado's 'All Good Things Come To An End'.
- pic. : Classical_kiss_by_josemanchado @ deviantart.com
- .... :(

Monday, May 07, 2007

Soalan Buat Mu Yang Suka Menjatuhkan Hukum.

lemas di hanyut air deras
tertelan dan tersedak air lumpur
terlanggar dan terhantuk batu-batan
diambang kematian yang dahsyat
dihimpit ngeri dan ketakutan
kaki terkapai-kapai
tangan tergapai-gapai
cuba bergayut pada apa saja
yang melintang dan terjulur.

salahkah aku
menyahut tangan
seorang yang ingkar
atau harus sahaja
aku biarkan tangan itu
dan membiarkan diri ku
hanyut dan lemas
dalam keingkaran?

aku yang kurang mengetahui ini
bertanyakan soalan ini kepada mu
wahai hakim-hakim dan para-para juri
rungkaikan maslahat ini
bongkarkan kebenaran nya
tunjuk kan aku jalan keluar
dari kegelapan dunia sesat aku ini.

Losing My Way.

Oh my god please forgive me (*please* hear my prayer)
'Cause I know I've done some wrong in this life
If I could do it all again
Have just one more chance
To take all those wrongs and make them right

Can anybody out there hear me?
'Cause I can't seem to hear myself
Can anybody out there see me?
'Cause I can't seem to see myself
There's gotta be a heaven somewhere
Can you save me from this hell?
Can anybody out there feel me?
'Cause I can't seem to feel myself.

Losing my way
Keep losing my way
Keep losing my way
Can you help me find my way?
Losing my wayKeep losing my way
Keep losing my way
Can you help me find my way?

- an sexcerpt of Justin Timberlake's songs on the same title.
-pic : Lost_it_all_by_thedyingprocess @ deviantart.com
- .... :(

Sunday, May 06, 2007

Between The Myth & The Truth.

walau tinggal di syurga yang punya segala-galanya, Adam berasa kesunyian. lalu di ciptakan Hawa untuk pasangan nya. berpasangan lah mereka hidup bahagia. tetapi datanglah pula iblis dalam bentuk seekor ular, menghasut Hawa untuk memakan buah yang terlarang. termakan bujukan iblis, Hawa pula memujuk Adam untuk melanggar perintah Tuhan. termakan pujukan Hawa, Adam pun bersetuju untuk bersama-sama mengingkari perintah dan larangan Allah. kesudahannya, mereka berdua terbuang dari syurga dan di campak ke dunia. bermula lah kehidupan mereka di alam dunia yang fana'.
dari kisah di atas, terdapat golongan yang mengatakan, kaum Hawa adalah punca segala maksiat di dunia ini. tidak hairan lah segelintir besar penghuni neraka adalah terdiri dari kaun Hawa, kata mereka lagi. terdapatkah kebenaran nya dakwaan itu? di manakah sempadan kebenaran dakwaan itu dan sempadan kesilapan nya?

Saturday, May 05, 2007

Sinopsis.

last week pak cik bercuti-cuti. saje malas nak dtg keje. kunun nya tak mo pikir pasal keje la. fenin paler. tapi apakan daya ... sesekali terpikir pasal opis nih, stress pak cik di buat nya.
cuti-cuti seminggu tu tak de ke mana pun. ada lelepak kat umah. sesekali dtg la ke opis. sign dokumen. pollo up keje ngan office colleagues. memacam lagi la. blom masuk lagi kerenah dak2 engineer ngan fabricator. pasal office security lagik.
ingatkan cuti lelama leh la rehat. turn out it was the other way around. tido malam pun sesekejap jek. sejam dua tu paling lama la. tak tido pun ader gak. tido sensiang pun main curik2 jek. rite now my body pun mcm restless jek. rigid and aching.
in the mid of last week, something heppen that make me shiver. feeling cold up to my spine. terketar-ketar badan. tak tahu la samada sebab sejuk ke atau sebab marah. luckily the guy who stopped my car didn't push me too far. otherwise i would guarantee something terrible and ugly must surely happen. sudah nya ... pak cik gi singgah kedai mamak minum neskepi tarik nak ilangkan rasa sejuk and terketar2 badan. then sambar satu cerut kat seven e. abis pak cik nya puasa dari isap rokok.
life is full of surprises. sometimes it is kind and beautiful. sometimes it is hard, difficult and nasty.
pray to god to keep me checked and balanced. tho i kinda felt that i am moving towards a mean and meaner human being. it make me worry ...

Kesesatan.

bulan mengambang penuh, terang benderang
dada langit bertakhta kan bintang-bintang, berkerlipan berkilau
angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa, nyaman dan mendamaikan
namun hati bergelodak bagai ombak di tampar taufan
perasaan bercelaru penuh emosi tidak keruan
lalu aku berbisik pada diri sendiri
"mengapa begini dan sampai bila?
inikah suratan nya untuk jiwa yang sesat?
bagaimana harus aku ketemu jalan pulang?"


mz. tanggal 5 may, 2007.

Thursday, May 03, 2007

Cinta Itu Buta?

sudah diketahui
ia tidak kan ke mana
retak menanti belah
untuk pecah.

tapi harapan yang menggunung
terkenangkan kasih di sulam sekian lama
dan tanggapan orang-orang sekeliling
kau teruskan jua
menongkah arus
menahan debar dan resah
menunggu hari nya.

semalam
hari itu tiba akhirnya
berderai lah air mata
berkecai lah impian.

- seorang lagi insan, di perkosa cinta nya, oleh kerana apa? dan aku turut tersagat, menahan pedih, kemualan, melihat kerakusan, seorang lelaki, bergelar dayus.
- tika air mata mu, yang meleleh di pipi, aku seka, dengan jari jemari ku, kehangatan nya, membuat aku termangu, mampu kah aku memujuk? sedang hati aku juga, masih tidak keruan, kacau bilau.