Friday, June 27, 2008

Ngomel Skit2 ...

pak cik nak citer skit pasal ego ...

bukan sekali pak cik di tuduh sebagai ego. manyak kali dah. even sejak dari sekolah dulu. cik puan azram tu bleh bersekongkol ngan pak cik dalam hal ni. agaknya dia lah orang pertama yang panggil pak cik ego :)) keh keh keh. pak cik pun dah lali sebenar nya. pak cik malas nak citer pasal dulu2. citer je lah pasal sekarang ni.

ada sorang awek ni nak ajak pak cik keluar. temankan dia. kunun nya gi makan minum. tengok wayang. sopping. bla bla bla.

masalahnya dia malu2. style dia ajak pun pusing masuk round about sepuluh kali. pusing2 ntah ke mana sampai dia pun lupa apa yang dia dah cakap. dan dia pun tak pulak sebut 'the magic word' seperti "jom kita keluar sama?" atau yang sama waktu dengan nya. last2 dia terasa hati sebab menurut kata nya pak cik tak sudi nak keluar dengan dia. ego dia kata. benarkah? tetapi macam mana pak cik nak kuar dengan dia kalau dia pun tak pernah ajak?

apalah salah nya kalau terus terang je cakap "jom keluar temankan saya gi makan?". kan senang kehidupan macam itu. pak cik senang je boleh jawab "ya" atau pun "tidak". sepertimana kata seseorang pada pak cik dahulu; "ajak lah molek2".

tu baru proses ajak2 ayam atau ajak2 kamben. belum lagi bila dah keluar bersama.

ramai antara kita tak paham konsep 'live life to the fullest'. tak perlulah nak tunggu gi clubbing atau gi jalan2 kat hawaii atau pun tempat yang sexotic lain nya baru nak wat heppening. baru nak betul2 enjoy.

whatever time spend together, even at the first moment seing each other on the way to clubbing (for sexample lah), spend that time to the fullest. give him/her the sweetest smile. and then hold his/her hand and never let go. don't make any tantrums sexcept for the pretext being 'manja2'. whatever problems leave it somewhere. who knows death is lurking near by and may strike any moment. live that time to the fullest. that instant. don't wait. coz who knows we may don't have much time left.

love is supposed to make us happy. if not, that love should be abandoned. as simple as that.

happy friday and have a fantabulous weekend ahead. be safe!
.

He created mountains and rivers
men built fortress around them
He created beautiful angels in heavens and earth
I wrote this to revere only you

Tuesday, June 24, 2008

Yang Tersirat. Dua.

hati yang dihambat sepi
ntahkan rindu yang dijunjung
dan bila pantai terasa sunyi
dan bulan kehilangan sinar
inikah tikanya berundur diri?
.

pak cik sedikit bizi. mungkin terpaksa mengabaikan masa di sini. mengabdikan diri pada yang lain.

the show goes on. even without me! :D

Monday, June 23, 2008

Hapdet Hanget.


it wasn't a fabulous weekend tho it was ok. started with the lost of Holland against Russia in Euro 2008. i am all for Holland because they play a beautiful game full with sportmanship. no diving around. but the rules said ... the best team on the field shall win. and they were not at their best. as simple as that. the russia with its playmaker yg nama pun dah mcm 'assassin' simply outplayed Holland. if they keep up that performance most likely they will steal the euro cup!

i was sleepy when i managed to stayed awake for turkey game. the games itself was sexcited enough to make my eyes wide open. i thot croatia will have easy game but they were surprised. and they were really shocked till they can't convert the penalties thus lost the game.

i was glad portugal lost. i wasn't glad when spain won. enuff said.

ferrari won the French GP. kubica only managed to finish 5th place while his teammate worst at 13th.

valentino rossi was hapless to chellenge stoner at British MotoGp. but no 2 on podium ensure he minimise the damage on the championship points.

congratulation to malaysia pair of winning the Indonesia' badminton superseries. hopefully they will able to mount a good challenge for olympic medal.

another game i was waiting but was not live telecast is Rugby Junior Worldcup the match between AllBlack and the Roses. hopefully it will be screened tonite. this is a classic match between the beautiful game and the not so beautiful game. i hate english style of game. but like it or not it is effective enuff to win the match. and am glad AllBlack do changed their tactics to win points by penalty and dropgoal. :D

not so fruitful ehh?
.

bila hati diruntun sepi
suara siapakah yang kedengaran
dialun angin malam
nama siapakah
yang meniti di bibir
wajah siapakah
terlukis di dada bulan.


bila hati diruntun sepi
airmata dan senyuman
silih berganti menghiasi wajah.

Thursday, June 19, 2008

Yang Tersirat.

" Kau umpama bunga yang mekar di hati ku
Ku harap kau mekar lah selama-lama nya ..."
- May -

Wednesday, June 18, 2008

Ngomel Skit.

pernah tengok org mati eksiden kat jalan? then pulis dtg. abih siasat bungkus mayat dengan plestik itam. then angkat letak dalam pulis nya landrover. terus gi sepital. pasan tak mayat itu di letak atas pengusung, pengusung atas lantai landrover pulis. dlm keadaan begitu pun kita nampak seolah2 mayat tu tak di hormati. kita mati esok mcm mana plak agak nya ya? ntah mcm keadaan nya dengan mayat kita?

pernahkan org berpesan, kalau hidangkan air kupi pada suami, gunalah teko dan cawan yang terbaik ada dalam rumah. bukan yang tercantik itu di gunakan untuk sambut tetamu.

meletak barang2 tertentu atas lantai juga haruslah di ambil perhatian. umpama nya kalo kita meniaga, barang2 untuk kastemer jgn lah letak atas lantai tanpa apa2 alas nya. kelihatan seolah2 kita tak menghormati kastemer kita itu. sedangkan dia yang bagi kita duit!

soalnya menghargai dan menghormati. kalo kita hargai sesuatu, sayangkan sesuatu, moleklah kita tunjukkan.

kalo kita menghargai seseorang dalam hati kita, bukankah kita akan tersenyum sebaik sahaja kita ternampakkan si dia? samada dia benar2 ada kat depan atau tidak .. :p

You Suck!

i was half way right. holland did defeat romania but France was booted out by Italy. The French sucked big time again ... and now my money has to be on Holland. :D

what else to report? later2 ...
.

siang malam silih berganti
siapakah yang tetap kukuh di hati?

Tuesday, June 17, 2008

Deja Vu. III.

'limping' tiger woods dah menang US Open. 'penat' pak cik mengadap tv sampai pagi menengok nya.

jerman dah layak utk pusingan suku akhir euro 2008. tinggal nasib prancis sahaja yg akan di tentukan malam ini. bukan sahaja mereka perlu menang bahkan perlu mengharapkan romania akan di kalahkan oleh pasukan blander. pak cik harap mereka akan berjaya layak ke pusingan seterusnya. pak cik hanya ingin melihat barisan pemain muda prancis mendapat peluang untuk beraksi dan mempamirkan kebolehan mereka.

satu perkara menarik tentang pasukan blander kali ini adalah mereka bermain 'total football' penuh dengan semangat kesukanan. tiada aksi2 lakonan. tiada aksi budus di atas padang. kalau benar itu caranya mereka bermain kali ini, harus pasukan romania akan di belasah juga oleh mereka malam ini.
.

bila mata terpejam
mengapa engkau ku terpandang?

bila mata terlena
mengapa dalam mimpi kau bertandang?

bila di depan mata
mengapa hanya tersipu membisu?

Monday, June 16, 2008

Deja Vu. II.

i am looking forward to watch sexciting games of euro 2008 once the quarterfinal start. hopefully germany and france will make it.

i hope tiger woods will win the 18 holes playoff for the us open, tonite.

i watched lee chong wei played an almost perfect games to demolish simon of indonesia (he is the first single in thomas cup) in singapore open (super series) badminton. i hope he will deliver malaysia golden medal in olympic.

i hope, i am strong to rise with the dawn every morning.
.

di celah-celah puisi pendek ini
dapatkah kau lihat kisah kita?

dengan setiap titik air mata yang berderai
tersemai harapan dan impian.

mengorak langkah sendirian berpeluk tubuh
menggapai memori tersimpan kemas di hati.

pada suatu detik di masa hadapan
akan terdapatkah kisah kita berdua
bersama?

Sunday, June 15, 2008

Deja Vu.

semalam bawak anak2 pi tengok wayang. memang besh citer itu. naper la depa bagi 4/5 bintang? bagi la 4.5/5 bintang kalo tak 5/5 bintang skalik pun!

beautifully done and hillarious. sampai kuar la air mata pak cik dok gelak sakan dlm panggung tu. gelak tak hengat dunia dah. kene tengok lagi skalik nih :)) muahahahaha
.

seperti jangkaan pak cik, teruk perancis kene blasah ngan blander game euro malam tadi. silap2 romania akan temankan blander ke pusingan seterusnya. abih bungkus juara dan naib juara piala dunia. nasib la duduk dalam 'group of death!'.

'limping' tiger woods tetiba je mengetuai senarai pemain2 dlm us open. kalo ikut tradisi beliau kalo dah lead, wajib dia continue to win the cup! tu dgn lutut/kaki yg cedera tu ...
.

di sebalik awan hitam yang berarak
tersorok bulan yang hanya menanti masa
untuk menyinari malam.

di sebalik wajah ayah yang bengis dan marah
tertanam hajat dan harapan untuk anak-anak
menjadi insan berguna dan berjasa.

di sebalik ribuan kaca cinta yang terhempas pecah
terselit benih harapan untuk cinta sejati
menyinar menyuluh jalan ke pintu syurga.

di sebalik hati ini
ada kamu.

Friday, June 13, 2008

apdet skit2 je ... ampat.

dah tengok wayang citer lelaki besi atau iron man? citer tu memang menghiburkan namun pak cik kene matikan keinginan atau kecenderungan mengkritik or 'analytical mode put on off'. nak ikutkan manyak yg bleh di kritik samada logik atau tak lagik nya sesetengah jalan cerita. oleh kerana tujuan menonton wayang tu semata2 inginkan hiburan, jadi pak cik hibur2kan je lah nafsu mata, hati dan selera. salah satu sebab pak cik nonton citer tu adalah kerana gwyneth paltrow!

tapi yg ni pak cik nak komen. hero tu guna kete sport audi. memang la tak patut. manyak2 kete2 sport, kete tu yg dia guna? nampak sangat kene sponsored!

tgh pikir ni esok nak gi tengok wayang ke tak? nak tgk citer apa ya? incredible hulk? kung fu panda? ;)) tgk lah nanti mcm mana ya?

citer long khong tu tak dpt la pak cik nak tengok. org banjer pree makan minum dlm tu pun pak cik tak mo ;)) tak rela pak cik dipertakuti dlm panggung itu ...
.

bintang timur bergermelapan
dan langit senja nan berlabuh
menampakkan lagi keanggunan
hati yang kesepian
tetiba ditakluk keghairahan
bagaimana hendak dilampiaskan?

apdet skit2 je ... tiga.

pada penyokong2 jerman, jgn putus asa ya. kekalahan malam tadi blom mengeluarkan jerman lagi dari euro. ;)) hik hik hik sila sokong lagi dan lagi ;)) hik hik hik tapi kalo dah terkeluar nanti sila la sokong pasukan belanda pula ya! :D

tu je pepagi ni. selamat bekerja. dan samat berehat2 di hujung minggu :p be responsible and safe.
.

ada bulan
di puncak awan
ada bintang
di dada langit
tapi pungguk entah di mana
merajuk kah dikau?

apalah guna keindahan malam?
tanpa pemuisi yang meratap memuji.

Thursday, June 12, 2008

apdet skit2 je. dua.

hari ni US Open (golf) plak start. akan berjayakah tiger woods? sah2 tak cukup tido pak cik dua tiga minggu ni.

kemudian di bulan lapan, olimpik plak start. pesta sukan betul tahun ini. antara acara2 yg di nanti2 kan adalah athletic n badminton. "oit ramlee n sudin,acara apa ko nak tengok?" tanya pak cik pada dua org member pak cik. "aku x sabo nak tengok acara renang. acara synchronised swimming!" jawab si ramlee sambil tersengeh2 penuh makna. hampeh betui ...

pak cik tak amik port dah dengan isu2 domestik. menyampah tahap gaban. isu judiciari la. isu harga barang2 naik lah. isu kerajaan2 di negeri2 pembangkang la. pendek kata .. memang menyampah lah. hate figure yg terbaru, datuk shahrir ahmad dari johor. mamat ni bukak mulut je pak cik dah menyampah. kuar je kata2 beliau ... rasa nak termuntah. tu blom lagi kira pak lah ...

oleh itu layan je lah sukan kat astro yang kalo ujan kene tutup tv sebab tader siaran. nak layan sukan negara kita, macam sukma itu ... ntah la. janji2 palsu gak tu. ramai athlit2 yang berkaliber yang akhirnya tak ke mana2 juga. sebab mengapa tu kene tanya ketua persatuan sukan itu lah kan. yang juga merangkap ketua2 kerajaan atau ahli politik ...

ada pak cik sebut pasal diktaktor dan demokrasi terpimpin bukan? masa politik di kolej dahulu pernah pak cik hantam sorang calun majlis perwakilan pelajar sebab dia masuk bertanding secara berpasukan. beliau berganding dengan rakannya sebagai orang kuat. beliau berkata kene pilih rakan nya itu sebagai naib presiden sebab hanya dengan dia sahaja dia boleh berkerja. pak cik pun cakap tak payah la kau bertanding macam tu. 'true leaders' should be able to work with others as well, not with few of selected associates.

demokrasi apa yang terdapat di negara kita? pemilihan2 dalam parti2 politik tanahair banyak yang di sekat secara lembut atau tidak. tiada pertandingan bagi jawatan ketua, naib ketua dan sebagainya. alasan nya adalah untuk mengelakkan perpecahan. sepertimana yang telah terjadi lepas2. di situlah kesilapan dan kelemahan nya. pertandingan itu sendiri sepatutnya sebuah proses yang akan merapatkan ahli2 parti. merapatkan tokoh2 pemimpin. jika sebaliknya yang terjadi, itu merupakan tanda bahawa parti itu tidak lagi sehat dan dinamik serta berdaya maju. begitulah juga dengan kerajaan yang di bentuk oleh parti itu sendiri.

bagaimana dengan pakatan rakyat? lu pikir la sendiri ...
.

bulan o bulan
mengapa tidak mengambang?
hati sudah tak keruan
nak bertemu dengan kak lang ...

apdet skit2 je ...

bola euro dah abis first game utk sumer grup. dah start dah seken games. overall, perancis masih di takuk lama, payah bebeno nak sumbat gol. german pun macam biasa dengan 'skima' game dia. itali kene bantai ngan belanda, suka pak cik :)) muahahahaha. belanda kelihatan danjeres, cara 'total football' nya di bawah van basten mungkin membolehkan mereka jadik juara kali ni. portugal dan sepanyol juga kelihatan danjeres. tapi ... tapi .. pak cik tak minat!

mungkin pasukan pilihan pak cik si perancis tak leh gi jauh. pak cik cuma nak tengok prestasi pemain2 muda nya. oleh itu pak cik harap belanda bleh menang. german? depa ni terlalu skima ...

semalam juga pak cik tertengok games new zealand lawan ireland, rugby junior world cup di adakan di uk. besh sungguh game itu. total demolition of irish by allblack. kene tengok ni allblack lawan ozzie and south african. sure heboh nya.

owh ... pak cik terbizi jap. malas la nak apdet pas ni buat sehari dua. ;)) huhuhuhu *kunun nya lah kan ...*

Wednesday, June 11, 2008

O Mimpi.

tersedar dari lena
seakan ada suara menyergah bertanya
"mengapa kau masih berlari mengejar mimpi?"

suara tanpa wajah itu
tidak aku hirau
bukankah aku berhak bermimpi?
tidakkah ia bertunjangkan impian?
dan dari situ terbitnya harapan?

syurga itu adalah mimpiku
mimpi itu adalah syurgaku.

kejutkan aku dari lena ini
mungkin dapat kau ragut mimpi itu
tapi tidak impian dan harapan ku.

Tuesday, June 10, 2008

O Bulan.


kau mengharapkan kehadiran bulan
akan menyerlahkan keindahan malam
tapi awan tebal yang berarak datang
membuat alam terasa suram dan seram
dan roma di tengkuk tetiba meremang
seakan ada sesuatu sedang memandang.
.

sapa nak teman pak cik tgk citer long khong 2? bleh la pak cik peluk dia atau menyuruk blakang dia masa tiba part2 yg sadis dan horror :)) muahahahaha

Monday, June 09, 2008

My Favourite Quote For Now ...

"apa kau sudah gila sudin???? bapak kau kan sudah lama mati????!!!"

:)) ekekekekekekeke

The good things may come, eventually.

the inevitable lastly happened and in most awesome fashion. bmw sauber petronas finally won at 7th round of F1 in montreal gp and registered a fabulous 1 & 2 finishes. reaping the highest pints available thus moved kubica into the driver championship leader and the team into second position within three points of the ferrari, the leader. this was achieved after a series of second positions in previous races.

the team has basically achieved their target by winning gp this season. their target next season will be winning the championship. hopefully they will continue to perform well this season. there is no reason actually they can't chase the championship this season instead of next season. i guess ferrari and mc laren will be wary of them from now on.

in motogp, rossi snatched the second spot on the podium at catalunya gp thus maintaining his championship leader. the winner, pedrosa ride sexcellently at his home circuit. it was an sexhilarating races for 500 and 250 cc gp.

and the euro circus has kicked off. tonite there will be 2 most anticipating games (1) italy vs holland (2) and france vs romania (if i'm not mistaken). mostlikely i will be deprived from sleep same as last nite. :D
.

i might enjoy watching f1 and support bmw sauber petronas. but here i have one stupid question :

why in petronas' avertisement on tv they use bmw cars? why not using proton cars? there are millions of proton owners in this country compared to few thousands of bmw. who is their target market? is it simply because wanna be looked as prestigiuos? or are they less patriotic? or are they totally madly in love with bmw?

as i said it is a stupid question. but i have more stupid questions actually. like how long petronas is planning to continue sponsor the f1 team? could they quantify the benefits? are the benefits match or more than the amount already and will be invested?

why it is a stupid question? cause there will be no answer for it. as p. ramlee say it out loud in his film, either it is 'diktaktor' or 'demokrasi terpimpin', no accountability. ISA je sumer "ikut suka aku".

* jgn pak cik kene ISA pasni udah ler ;)) hik hik hik

Friday, June 06, 2008

Bukalah Pintu Hati. Bukalah Mata.

apa yg pak cik khuatirkan akhirnya berlaku. parti kerajaan tidak mengambil iktibar dari kekalahan mereke di pru-12! kenapa dan mengapa, hanya mereka sendiri yang tahu.

the bottom line why the pubic votes shifted to opposition in large numbers is because the government can't generate and stimulate the nation's economy. the chinese, the indian, the malay and others are feeling the pinch.

that's all it is. if everyone live comfortably then they don't wanna change anything. even if the communist party that rule the country!

and how the STEEP increase in fuel price will generate and stimulate our economy? could somebody enlighten me, please.

i guess where in for a tough ride from now on.
.

anybody who is trying to justify the fuel increase be my guest. 99.9% chances is, you will look stupid. very stupid indeed.
.

next time you wanna show other country's fuel price pls show the oil producer country only with the statistic of their GDP next to it!
.

how difficult it is to run the country? how difficult it is to plan the urban development? somebody else say or ask ... how easy it is?

how long have we taste our 'merdeka', freedom to rule and administer our own country? and what is the age of new york city? london? tokyo? frankfurt? rome?

one basic way is to learn from others. learn from history. (sexcellent notes : if you're too lazy to read history book, just watch the discovery channel, history channel and etc etc thru our ever interrupted astro)

if other country can subsidise the medical care and education for free for their pubic, why can't we? if a country having problem with their education and medical care, why can't we learn the lesson? should we run into the same mistake?
.

to learn where are we compared to our neighbour country is another way by looking where do we stand in sport achievement. we used to beat south korea in football but now we are miles and miles away behind. hockey is also the same. badminton? when was the last time we won thomas cup and gold in olympic? overall achievement? other sports event?

on another note, a developed country will reach a maturity and same level of high achievement in literature, culture and entertainment as well to the sextent that they able to sexport it as a product to other countries. ever wonder why we are watching japanese and korean cartoon and shows on our tv screen?

and we are even struggle with our mother tongue langguage in our own country .... sad but true.
.

guys ... either u r blind or u r sleeping on your job!

Thursday, June 05, 2008

Chaotic life we live in ...

huru hara jap dunia semalam. semua berpusu-pusu menyerbu stesen minyak. tak kiralah stesen minyak cap ayam ka atau sebesar reban ayam ka, semua kene serbu. laulintas berdekatan stesen minyak sumer nya sesak. pagi ni pak cik nak gi isi minyak, ada gak stesen minyak yang kehabisan minyak. punyalah dasyat penangan huru hara malam tadi.

seperti biasa pak cik menongkah arus. tak kuasa bersama-sama bersesak2. walaupun minyak di tangki tinggal sedikit. walaupun pak cik kene gi kuala selangor malam tadi.

apalah guna nak berjimat untuk semalam sahaja sedangkan musibat kenaikan yang tinggi untuk jangkasama yang entah sampai bila?

tahniah pak cik ucapkan kepada pemangkah2 parti kerajaan persekutuan yang memerintah sekarang ini. anda juga sudah memberi kedaulatan kepada pemimpin tak panjang akal ini untuk menaikkan harga minyak. sekali gus menaikkan harga barangan dan perkhidmatan yang lain.

yang pasti bila persekolahan di buka semula minggu depan, harga perkhidmatan bas sekolah akan naik. barang2 makanan di kantin sekolah samada akan naik harga atau berkurangan kuantitinya atau kualitinya. maka janganlah harap sangat anak2 sekolah mencapai keputusan peperiksaan yang gemilang, terbilang dan cemerlang!

tahniah sekali lagi kepada kerajaan yang tak mampu memikirkan cara2 yang lebih baik bagi menangani kenaikan harga minyak dunia walaupun kita sebenarnya negara pengeluar minyak. adakah petronas sudah bankrap? kalo tidak cubalah telus dan tulus dengan membuka akaun petronas untuk tatapan awam. ada berani?
.

jawaban terbaik adalah 'work harder!'. nak harapkan org lain bantu? perut depa lagi besaq aiihhh ...

Wednesday, June 04, 2008

Mengejar Pelangi.

buat diya
yang berlari-lari di pelangi
sudah puas bermain warna
jangan lupa turun kembali.
maafkan pak cik tak terkejar
kaki dan lutut ini bukan lagi muda
juga berat sebeban dosa yang terpikul
nanti jatuh ke tanah terus mati
tak sempat pula hendak taubat.
bulan puasa pun tak lama lagi
bukankah kita berjanji kan ketemu
selepas hening berlalu di pagi raya?
.

tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan*

*rangkap dan bait2 pantun yang cukup femes masa sekulah dahulu.

sekilas pandang.


pak cik hanya sempat bujang seminggu jek. hengatkan leh aaaa raya sakan. rupa2 nya idak ler begitu. macam tak cukup masa jek.
pak cik pun tak la heboh2 kan yg pak cik ni 'bujang'. kang ramai laks yang ajak deting. serba salah jadik nya nanti. nak menolak tak sampai hati. nak menerima pun tader masa sangat :D baik pak cik dok dendiam jek.
mak ngan ayah pak cik balik kg uruskan kebun mereka. kakak pak cik ikut sama. umah mereka kosong tader org. pak cik pun di amanahkan untuk siram pkok bunga dan bagi ikan makan tetiap petang. balik umah dah gelap. malas nak gi makan kat luar. so masak je lah megi ngan telor. buat air kupi sendrik. ni si jubir nya pasal lah ni. sejak dia beli megi mawi kat 7e dan pak cik curik2 makan ngan dia, rasa sedap plak, terus ketagih sampai sekarang. trip gi kuantan ari tu pun sibuk dok cari megi. :)) kih kih kih. macam mengidam laks.
nak basuh baju lagi. pas tu nak sidai nya. nak kemas umah lagi. macam2 lah keje nya. malas nak meronda2 tetengah malam. esok2 lewat lak masuk keje. jadi nya beberapa es em es dan mizkol termasuk dari kedai dvd terpaksa lah pak cik abaikan.
sib baik skrg ni tetiap ari ujan. tak yah la pak cik risau sangat nak siram pokok bunga di umah mak ayah dan umah pak cik sendrik. :D

Tuesday, June 03, 2008

Mari Berjalan-Jalan ..


beberapa hari seblom pak cik ke kuantan, tetiba ada sorang awek nak ikut pak cik ke sana. errr ... apa ke hal nya dia nak ikut ntah. pak cik pun kabo "tak bleh. skrg cuti sekolah. payah nak dpt bilik hotel sumer dah penuh. tak kan nak duduk sebilik?" tidak kah dia tahu pak cik nih 'armed and dangerous' :)) muahahaha *gelak jahat mcm A. Galak*

perjalan pergi alhamdulillah ok je n smooth. singgah di genting sempah untuk pit stop n check point. ikut lebuhraya pantai timur for the first time. tak besh nya hiway ini. kalo org mengandung, mesti sakit nak terberanak pas tu. kuar kat gambang exit, berhenti kat sini jap untuk last check point. di kuantan berhenti di sungai kita, jeti depan bangunan MPK, lunch kat sini sambil tunggu 'host' dtg amik dan hantar ke hotel.

lepas rehat2 skejap kat hotel gi merayau2 kat bandar. lepak tepi padang mpk sambil makan sup gear box. kol lapan lebih gerak untuk gathering. tgh malam gi melepak kat teluk cempedak. mak aiiiii ... punya lah ramai manusia kat sini. bersilih ganti. mcm2 jenis manusia ada. yg kecik yang besar yang muda yang tua. mcm2 jenis kaum gak. yg tak besh nya ... panas ya rabbi. tader hangin bertiup. mcm mana dok tepi pantai tader hangin nih? pas tu depa nak gi melepak2 lagi tapi pak cik surrender nak balik tido.

esok nya gi brunch di kopitiam tgh bandar kuantan sambil lepak2 ngan 'host' lagi. baru gi pantai cherating. alang2 dah sampai sini baik gi menengok rupa cherating ni. ada misi lain sebenarnya ... nak beli buah kaki tangan hati pengerang jantung. ramai lak yang mengirim :)) muahahaha

pas tu terus balik. terus masuk lebuhraya pantai timur. kali ni banyak lak kete. pak cik berhenti di RnR temerloh untuk makan2 dan check point. sampai kat area karak dah malam. punya lah banyak kete penuh hiway tu. pak cik pun almost di langgar dari blakang bila sumer kete tetiba brek. budus betul mamat yg bawak kete iswara itu. ada ke follow org depan rapat2. kalo langgar montot kete pak cik tadi mahu pak cik sepak trajang samer dia. pas tu dia follow gak rapat2. tak blajo2 lagi. dah memang dungu dan bebal agak nya.

sampai umah rehat jap sambil kemas2 barang2 dan umah. apatah lagi madu lebah pokok tualang abih tumpah dalam beg! paler pak cik pun dah makin sakit. sebenar nya sakit sejak di cherating lagi. suma sekarang dah maik terasa. lepas makan obat tertido jap sambil tivi tengok pak cik. terbangun kol 12 lebih pagi. terus siap2 nak balik kg laks. nak balik esok pagi? mahu tengahari jawab nya :)) muehehehehe

keesokan pagi nya bawak laks bebudak ni gi mandi di jeram toi. muka memasing dah berharap sangat. bawak je lah. bukan nya jauh sgt pun. dah kira mcm blakang umah jer :)) ahakz

lepas asar bertolak balik shah alam. sempat singgah di nilai 3. sopping skit untuk budak2 nih. mama dia beli kain utuk raya nih. kali ni pak cik berupaya bawak kete slow2. jadi lah apa nak jadik pak cik ngan slamber je bawak slow2. siap berhenti kat RnR dengkil. melantak lagi. selera pak cik skrg ni asik nak makan jek.

sampai kat umah melantak lak makanan2 ringan di perbuat dari sotong ngan ikan yg pak cik bali kat cherating. dah rasa gatal tekak nak makan .. makan je lah ekk. :D bebudak ni plak sibuk ngan barang2 dia org sopping tadi. bukan main riang ria lagi masing2.
.

pas ni nak gi mana plak ekk?

apdet seciput.

masjid di bandar kuantan
pantai cherating
jeram toi

alhamdulillah, pak cik slamat pergi dan pulang dari kuantan ber'gathering2' dan bermalam di sana. cuti ari senin bawak lak bebudak gi mandi kat jeram toi.
nanti2 la pak cik apdet. a lil bit bizi and tired ....
.

"some live for the moment
some live for the eternity"
pak cik tengah gila melantak nih. asik makan jek. perut pun semakin boroi. tulungggg!