Friday, August 29, 2008

Kuiz Juta Ria. Nombor Satu?

agak2 nya mengapa kerajaan selangor hendak membeli kembali konsesi swasta pembekalan air di selangor dan kuala lumpur? dan mengapa ada sesetengah pihak yang beria-ia dan akan sehabis-habis nya menentang usul ini?

masih ingat pak cik mengatakan kejatuhan selangor ke tangan pembangkang merupakan tamparan dan kerugian yang paling hebat kepada parti pemerintah? sedikit demi sedikit misteri ini akan terungkai.

:D

Bulan & Bintang. Dua.

sebenarnya pak cik mencari2 kembali satu entri blog dari rakan2 blogger yang lain, yang ingin pak cik tampalkan di sini. ingin berkongsi dengan teman2 di sini. entri itu mencerminkan apa yang pak cik luahkan sebelum ini cuma ia nya lebih tampak berkesan dan berjiwa. nantilah pak cik cari2 lagi .. penat dah ni.

dalam suratkabo NST hari ini memuatkan pandangan orang ramai terhadap tindakan pihak berkuasa 'menutup' blog 'malaysi today'. "Bodoh!" kata mereka. mana tidak nya. setelah cuma beberapa jam di senset, blog itu kembali ke udara di alam maya menerusi cermin2 atau saluran2 yang lain. terserlah lah kekurangan cerdik akibat tindakan itu. reaksi2 masyarakat IT antarabangsa belum lagi di ambil kira dan di beri liputan!

dan yang paling marah tentunya che det atau TDM! MSC dan Cyberjaya itu adalah 'baby' beliau. marah la baginda kerana 'baby' nya kini as good as dead.

komen baginda di sini : http://test.chedet.com/che_det/2008/08/snippets-4.html#more

akan tetapi pak cik percaya mereka yang bertugas menutup atau mensenset blog itu paham bahawa kerja itu sia2. tapi seperti kata imam yang menyaksikan sumpah laknat saipul ... 'ikut arahan dari atas'. atau pun tangan2 halimunan. itulah punca sebenar nya.

pak cik juga percaya ramai kakitangan kerajaan, separuh kerajaan, berkanun dan juga swasta yang cukup mahir dan berkaliber dalam kerja mereka. tapi akhirnya kelihatan bodoh dan tidak berdaya maju akibat kekangan2 tangan2 halimunan ini.

kerajaan merayu agar warga2 malaysia yang berjaya di tanah orang agar kembali pulang ke tanahair ibunda terchenta menyumbang kepakaran. permasalahan nya, sebab mengapa mereka tercampak di tanah orang itu tidak di lihat dan di perbaiki. percayalah, soal wang dan imbuhan adalah perkara kedua atau ketiga. ada sebab2 lain lagi yang juga lebih atau tidak kurang penting nya. mampukah kita memperbaiki keadaan itu? soal nya .. keadaan apakah itu? salah satunya kekangan2 dan kongkongan yang menafikan pertumbuhan minda dan daya kreativiti. juga peluang untuk berjaya di tanah air sendiri pada mula nya di nafikan. setelah berjaya baru di panggil pulang?

sekolah tinggi mara bertujuan melahirkan bumiputra yang berpelajaran dan berdaya saing. proses induksi dan suaikenal di suapkan dengan lagu2 patriotik dan kebangsaan termasuklah lagu warisan - anak kecil main api. menangis2 bebudak sekolah tinggi mara baik lelaki atau pun perempuan. akan tetapi apabila bebudak sekolah ini menanyakan polisi2 kerajaan dan perkembangan semasa yang kelihatan tidak adil dan meragukan, mereka di herdik dan di halau agar menumpukan kepada pelajaran semata2. kisah BMF dan Bank Bumi kehilangan billion ringgit tak perlu di kisahkan. ugutan AUKU di laungkan.

daya intelektual di kembang dan di asuh dengan proses perbincangan dan perdebatan. baik antara anak dan ibubapa, antara murid dan pendidik, sesama rakan jauh dan dekat, sesama pihak yang bertelagah dan berlainan pendapat. kalau di tutup mulut di kekang kaki dan tangan, tahap intelektual apa yang di harapkan?


yang mana satu di hajatkan? di antara bulan dan bintang?
di pujuk-pujuk masih enggan, nak ku amuk atau ku bawa lari hilang?*

*sesuai di ujarkan kepada bakal2 mentua yang degil! :D

Bulan & Bintang.

maafkan pak cik sebab banyak membebel pasal politik dan ekonomi sejak kebelakangan ini. bukan apa, pak cik cukup geram melihat kebutaan para pemimpin negara yang gagal melihat messej rakyat bahawa mereka sedang menderita. pak cik juga cukup geram melihat orang2 kebanyakan yang turut buta masih terus menyokong pemimpin2 dan bekas pemimpin2 buta tersebut. bahkan orang2 kebanyakan ini bukan lah tolol dan bahlul, tetapi tinggi pendidikan nya. lebih menggeramkan melihat ramai juga yang tidak peduli. langsung tak mengambil inisiatif untuk mengambil tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada tanahair mereka sendiri tapi bila di cucuk sedikit meroyan bagai kena histeria. pesta konsert merdeka boleh pergi sampai dinihari baru pulang ke rumah tapi selak2 bahan ilmiah mendalami sejarah dan isu semasa tiada masa.


contoh kurang cerdik kerajaan yang terbaru adalah mensenset website 'malaysia today' sedangkan kerajaan yang sama telah membuat akujanji kepada dunia tidak akan sekali-kali melakukan perkara tersebut. natijah nya .. multimedia super coridor atau pun cyberjaya is good as dead. tu yang immediate. in long term .. there would not be any Foreign Direct Investment coming to Malaysia in relating to IT or even other sector. a much needed cash injection that we needed. a deadly sin indeed.

mari try test tengok kesedaran kita tentang isu semasa. maybank rugi lebih RM500 juta. siapa yang bertanggung jawab? tiada kepala yang kene penggal? siapa yang bertanggungjawab membuat keputusan membeli kepentingan bank di indonesia tanpa membuat kajian terlebih dahulu? atau kerugian itu sememang nya di rancang? natijah nya ... ingat PNB? ingat ASB? peranan khazanah nasional? peranan Bank Negara? peranan kuasa2 dan tangan2 halimunan?

yang lebih menggeramkan ... dah la tak tahu apa. tetiba je nak menghentam orang. maki2 dan mengeji. using the worst words possible is the utmost important to them forgetting that it only show their zero intellectual nor spirit to learn the truth.

my biggest worry is ... kata lah pakatan rakyat berjaya merampas kuasa di parlimen dan peruntukan2 ke arah integrasi kaum dan agama di buat dengan matlamat kejayaan ekonomi. dan sepanjang jalan itu kepentingan melayu dan agama tetiba terpinggir kerana kekurangan bijak pandai yang benar2 berupaya untuk memperjuangkan hak2 dan kepentingan bangsa dan agam itu sendiri. ketika itu siapa harus di persalahkan? nak salahkan orang cina? salahkan orang india? salahkan penjajah? salahkan ibubapa?

berlari di celah-celah awan, asyik menari di bawah pelangi, terpijak duri menjerit tak keruan, semalu di maki mengelak malu sendiri.

hajat tempua bersarang tinggi, pucuk buluh pula melentur ke tanah, cinta dan hajat luhur tak terperi, mengapa menjadi kudis parah bernanah.

* ubah suai pada 3.28 pm - entri ini tidak menghentam kepada pelawat2 blog ini yang sunyi dan sepi. harap maklum.

Thursday, August 28, 2008

DSAI.

ramai yang menyukai DSAI. yang menyokong beliau. sanggup mati kerana beliau pun ada.

ramai yang membenci DSAI. tengok sebelah mata pun tak sanggup. macam2 kata nista dan kejian di lempar.

ramai juga yang saspek kepada DSAI. benci tidak. suka pun tidak. kadang2 lebih kepada tak suka. kadang2 pada suatu ketika yang lain lebih kepada minat pula.

ramai pula yang tak peduli. tak mahu ambil pusing dan kisah.

yang pasti beliau adalah seorang tokoh yang berwibawa. sudah destinasi nya menjadi pemimpin dan terkenal ke serata dunia. musuh2 nya cukup menakuti beliau. entah karisma dan aura apa yang beliau ada sampai cukup di geruni. kalau tidak mengapa harus beliau di malukan dan di sumbat ke dalam penjara? di lucutkan dari jawatan? mengapa PRU 12 di adakan di bulan mac dan tidak pada atau selepas april setelah DSAI layak bertanding dalam pilihanraya?*

Sebelum anda menyokong dan meminati beliau. sebelum anda membenci dan memaki hamun beliau. berusahalah untuk mengenali beliau. pelajari siapa beliau dari kawan2 dan musuh2 beliau. buatlah kajian. buatlah semakan rujukan.

lainlah jika anda termasuk ke dalam golongan yang tak peduli dan tak kisah. sedangkan nasib negara ini suka atau tidak dan sedikit sebanyak adalah akibat tindak tanduk DSAI.

yang pastinya pak cik kini mengerti mengapa beliau menolak untuk menyertai parti PAS. sebalik nya memasuki parti UMNO dengan kata2 hendak membaiki labu dari dalam. samada niat dan objektif nya betul dan mulia, wallahualam.

* ada bekas menteri besar kata PKC Permatang Pauh ni membazir duit rakyat. sapa suruh buat PRU 12 tak tunggu DSAI? takut? gerun? till next entry!

Ketuanan Melayu. Dua.

ketika pak cik bekerja di sebuah institusi kewangan dahulu, banyak tahun dahulu, yang rata2 pegawai besar nya lebih-lebih lagi yang memegang jawatan yang kritikal di kuasai oleh bangsa bukan melayu, pak cik terdengar ungkapan ini ketika mereka bersembang-sembang.

yang bersembang adalah (1) seorang pengurus besar (2) seorang pengurus kanan (3) seorang pengurus (3) seorang eksekutif sexpatriate.

"the non-malays doesn't mind the malay hold the country's political and administration power because they can be bought" one of them saying.

benar atau tidak kenyataan itu, itulah tanggapan dan persepsi mereka.

Ketuanan Melayu? Satu.

"not under my name" .... ujar ibu bapa dan sedara2 mereka2 yang terkorban dalam peristiwa 9/11 di amerika kepada kerajaan mereka yang beria-ia menyerang iraq dan afghanistan dalam kempen 'war on terror'.

adakah perlu nama bangsa saya di sebut dan di laungkan dalam perjuangan politik yang hanya memberikan faedah kepada yang sedikit yand sudah pun kaya-raya lagi berkuasa?

macam mana memperjuangkan nasib melayu sedangkan bahasa melayu sendiri kamu pinggirkan? 'presint' di putrajaya tu sapa punya idea? nama parti melayu kamu bahasa apa? siaran2 langsung di tv guna bahasa apa? klia? bahasa minangkabau kah itu? klcc? itu bahasa orang utara?

dalam soal bahasa yang kita sendiri gagal mendaulatkan wajarkah di war2 kan kita ini memperjuangkan bangsa melayu? jangan kata ini perkara leceh. kalau leceh sila cuba mansuhkan bahasa malaysia sebagai bahasa kebangsaan!

orang2 perancis, cina, sepanyol, belanda dan lain2 akan mendahulukan bahasa ibunda masing2 dalam segala hal lebih2 lagi dalam acara2 sukan yang di tayang ke-seluruh dunia. bagaimana dengan kita?

itu baru soal bahasa. belum lagi agama. apatah lagi ekonomi dan harta. kebudayaan dan kesenian.

Wednesday, August 27, 2008

yang sebenar nya ...

pak cik pun cuak gak samada dsai benar2 bersih? benarkah dia meliwat? sampai dua kali kene charged? ramai juga yang sebenarnya yang cuak. mereka2 yang pak cik jumpa dalam menjalankan kerja seharian.

namun seorang senior mckk yang pak cik kenal, senior dsai juga, cepat2 membetulkan pak cik. nampak ke buktinya yang dia bersalah? sahih kah tuduhan itu? cepat2 pak cik beristighfar ... dsai tidak bersalah selagi dia belum BENAR2 di buktikan bersalah.

bagi sepupu pak cik yang lebih sebagai bapak sedara di kampung, agak berumur juga, jauh di hulu sempadan melaka dan negeri sembilan, terbukti atau tidak DSAI bersalah, beliau tidak sesekali akan percaya dsai sekotor itu. 'masa dia jadi menteri dulu, surau di kampung ni dapat sumbangan dari dia. dari duit elaun dia katanya, mana boleh dia buat perkara tak elok itu?".

wallahualam.

of babi dan anjing ...

islam mengharamkan dan menggolongkan babi dan anjing sebagai najis berat. sebab-musabab nya ... sila lah periksa sendiri ya.

haiwan2 tersebut walaubagaimanapun tidak di suruh bunuh. haiwan2 itu tidak berdosa. malah di ciptakan ke atas dunia ini kerana ada fungsi2 nya yang tersendiri.

sekian lama agak nya setelah di persendakan, orang2 islam merasa amat jijik terhadap haiwan2 ini terutama babi. asal sebut je babi .. amat sensitif dan berkerut muka orang2 islam malaysia.

kalo di panggil dan di gelar babi atau anjing, cukup merasa terhina. boleh menyebabkan pergaduhan besar.

bila nak buat ladang babi, ramai yang marah. sedangkan ladang babi yang di syorkan itu sebenarnya sedang di halusi perancangan nya agar ia bersih dan tidak mencemarkan alam sekitar.

bila artis hollywood nak adakan konsert di malaysia orang islam tentang. pengaruh buruk!

cuma kadang2 kita kena berhati2. soal babi, anjing dan konsert ni orang2 bukan islam punya hak mereka. tiada sesiapa yang mahu cuba menghalusi perkara ini agar kesemua hasrat, bantahan dan keperluan semua kaum di puaskan?

begitu juga soal minum arak, hiburan dan sebagainya. arak bebas di minum di meja2 di tepi2 jalan. seven eleven juga jual arak sesuka hati. di sesetengah negara barat, meminum arak di tempat2 terbuka adalah di larang. tapi kat malaysia kalo berjalan2 terhoyong-hayang sambil meneguk arak dari botolnya rasa nya bukanlah satu kesalahan. cuma memandu dalam keadaan mabuk sahaja tak di benarkan.

perkara2 sekecil inilah yang perlu di halusi dan di selesaikan. barulah kita lebih berupaya untuk menyelesaikan masalah2 antara kaum dan antara agama yang lebih besar.

* konsert2 black metal di haramkam walaupun secara bawah tanah. bebudak gagak itam pun terpaksa lah buat rombongan ke siam dan ke singapura. malahan ke indonesia. :D

seeking for the truth & not winning. Part 2.

so si saiful dah bersumpah laknat mengatakan dia di liwat oelh DSAI. so?

datang bijak pandai islam dan yang tak baper bijak pandai islam suruh DSAI pula bersumpah laknat bahawa dia tak meliwat.

DSAI mcm biasa isu2 picisan yang tak penting ni dia tak layan. bukan isu liwat ni dia tak layan ya. tapi isu sumpah2 ni. mcm mana seperti kes debat dia ngan menteri penerangan dulu, dia wat bodoh je bila org mulut berbuih tu serang dia secara peribadi. DSAI tetap membicarakan tajuk perdebatan.

mari secara hipotesis nya kita andaikan DSAI pula pergi ke masjid pegang al-quran dan bersumpah laknat. kemudian apa pula? hendak di lepaskan dia dari pertuduhan dan kes mahkamah?

dedua dah bersumpah. masing2 kata dia yang benar. so? what next?

sesuka hati main sumpah je. tak ke mencemarkan islam tu? atau pun memperlihatkan kebodohan orang islam itu sendiri? agama sendiri pun tak paham? ikut suka hati buat apa-apa pun untuk mencapai matlamat peribadi? orang2 islam yang ramai2 tengok ni faham kah isu sumpah ni? rasa nya ramai tak paham. menjadi bahan kempen pula masa pilihan raya kecik P-44.

bersumpah bila perlu sahaja. malahan, kadang2 bila keadaan 'perlu' ini datang pun sebenarnya tak payah sumpah pun takper.

* saje tunggu lepas by-election baru nak sebut mender ni. tak kang di katakan berkempen utk DSAI plak. :)) muehehehehe

Seeking for the truth & not winning.

many many years ago i have an argumentation with fellow colleagues about the islamic law of hudud. there are three of them whereas i am alone. out of three only two actively participated in that argumentation and one fella was very emotionally about it.
three of them are christian catholic. to them the hudud law is cruel. particularly the execution of a guilty person to death as punishment for wrongfully taking another life.
then i elaborate to them. islam is the true religion which suited to human and mankind naturally. islam meet the nature requirement of not just the human by the whole world even the plantation and animal.*
when a life is wrongfully taken, their loved ones naturally want a revenge and the guilty person be caught, prosecuted and punished. and what is the punishment? naturally they want an equal punishment to what they have losses which is death. it is look fair isn't it. say suddenly they were overwhelmed with sympathy and decided the killing of the guilty person shall not bring back their loved one from the death, so they seek a lesser punishment. islamic law permit it! that is the beauty of islam.
but if the common law of human law does not allow for death execution, then where is a certain man's right who wanted an equal punishment for what they have lost?

after a while, when my colleagues can't accept and see my points but clung to their believe, then it is time for me to stop. i just want to show them the truth and not winning the argumentation. perhaps another day another time they will be able to see it.

there was wrong impression and believe in the past that when someone converted to islam they actually 'masuk melayu'. maybe cause the malay teased them they should go for 'bersunat'! (circumcission) whereas it is actually not compulsory!
many new moslem convert was saying that if they look at the moslem maybe they will not be interested to convert. only when they look at the religion itself then their interest develop.
which is whay my argument stop. i can only say few things. sexxageration may made me look stupid and tarnish the impression about islam itself.
the failure of some of islamic law that already in place nowadays is not the weaknesses of islam but the human or the islamic scholar who is supposed to interprete and form the laws accordingly.
the bar council in particular the non-moslem lawyers actively fighting and working to 'correct' the injustice that they see being suffered by their brothers and sisters whenever there is an islam convert in their family. we cannot blamed them! they act on what they see, what they know and what they believe. it is to them their rights.
the question is where is our islamic scholar? the moslem also definitely have their own piece to say about the whole thing. the interest of islam and islamic law in specific must be looked after and protected.

my question is why can't both sides sit together and discuss the matter?

* ar-rabbul a-alamin - dia Tuhan yang menjaga dan mentadbir alam ini.
** al-allah - dia Tuhan yang di sembah.
- dua cabang konsep keTuhanan dalam islam yang perlu di pahami dan dimengertikan sedalam-dalamnya sebelum cabang2 ilmu islam yang lain nya dipelajari.

Tuesday, August 26, 2008

The Inevitable?

al-hamdulillah .. DSAI menang pilihanraya kecil P44 - Permatang Pauh. Majoriti yang lebih besar adalah bonus.

kemenangan beliau sudah di jangkakan. seterusnya matlamat menumbangkan kerajaan BN dan membentuk kerajaan baru ke arah menyatukan bangsa malaysia dan bersama-sama membangunkan ekonomi negara.

sudah lumrah alam, mereka yang berkuasa dan tamak haloba pasti tidak akan dapat melihat kebenaran. yang menjadi soal pokoknya, penyokong-penyokong mereka yang turut sama buta samada secara sedar atau tidak sedar.

sebagai contoh .. cuba layari chedet.com. sungguh ramai yang melayari blog tersebut dan pengomen2 nya ... aspalela abdullahhhh ... secara buta2 mengiyakan sahaja cerita2 dalam blog tersebut. terutama dalam hal AUKU.

masih mahu menafikan cita2 dan aspirasi DSAI, PKR dan PR?

bulan puasa dah dekat. samalah juga dengan ulangtahun kemerdekaan negara kita. itu yang dekat ... yang jauh nya ... ke arah integrasi kaum dan membangunkan negara. dapatkah rakyat berbilang kaum menjadi lebih matang dan dewasa menolak fahaman picisan dan lebih mementingkan perkara-perkara pokok?

seperti komen gasar en. atau cik a.e. : atok nenek moyang kita dulu duduk bersama penjajah bersetuju menentukan hak siapa dan di mana? itu dulu ketika penjajah membawa dasar 'divide & rule'. setelah 51 tahun merdeka bukankah tugas kita bersama-sama duduk dan berdikusi untuk menautkan apa yang terpisah dan bersama-sama bergerak ke arah kemakmuran?

Monday, August 25, 2008

ngomel skit ...

"tiada jangkitan, tiada sumpahan, tapi apa yang menarik hati ku adalah 'al-fa'al'. apa itu 'al-fa'al'? kalimah yang baik"

begitulah lebih kurang bunyi sebuah hadis rasululullah saw. hadis yang pak cik 'ter'belajar di satu ketika dulu. jangan lah tanya nasab2 nya. perawi2nya. jenis hadis nya. pak cik dah lupa. kalo nak ambil tauladan dan pelajaran tak perlu itu sumer. kalo nak di jadikan hukum baru kene tahu.

hadis di atas adalah salah satu antara sedikit yang pak cik ingat dan hafal dalam batu jemala kepala pak cik ni. yang menjadi teras kepada pemahaman, sikap dan tindak tanduk pak cik sekian lama.

kalimah yang baik di interpretasikan sebagai mengucapkan perkara2 yang baik. seperti apabila seseorang hendak bertolak bermusafir, orang yang tinggal akan mengucapkan semoga yang bermusafir itu selamat pergi dan selamat pulang.

seterusnya di kembangkan dan di perluaskan merangkumi kesemua celah2 kehidupan dan aktiviti kehidupan. seperti apabila melihat sesuatu dan membuat sesuatu haruslah dengan niat dan tanggapan yang baik. walopun kita melihat sesuatu yang onar dan jahat dan tindakan kita seterusnya haruslah dengan niat dan objektif yang baik. hatta apabila kita di perlakukan kejam dan di aniaya, niat dan sangka baik mesti tetap di kekalkan.

dari situ jugalah lahirnya ungkapan pak cik "berjalanlah di atas bumi ini dengan hati yang baik, bersangka baik, mendoakan dan mengharapkan yang baik, serta melaukan perkara yang baik2 sahaja".

contoh faveret yang selalu pak cik guna adalah ketika rasulullah saw di baling batu oleh pemuda2 Taif, hingga berdarah kaki baginda, malaikat jibrail turun dan menggesa baginda memberi perintah kepada baliau untuk memusnahkan pemuda2 Taif itu. Akan tetapi baginda menolak dan berkata biarkan sahaja kerana pemuda2 Taif itu tidak menggetahui dan belum mendapat petunjuk/hidayah.

nanti ada pula orang berkata, itu rasulullahhhhh saw... memang kuat sabar baginda. harus di ingat ramai nabi2 dan rasul2 sebelum baginda yang berdoa kepada Allah agar menjatuhkan bencana kepada kaum mereka kerana tak mampu lagi menahan sabar.

di pendekkan kata, tepuk dada tanya selera. :D

Friday, August 22, 2008

tak melayu hilang di dunia!

tengah pak cik belek2 email 'ehem ehem' pak cik yang berjumlah 12,866 (unread messages. kalo campur yg dah baca ntah baper ribu ntah. tader masa nak belek satu2), terperasan sorang makhluk allah ni bubuh komen pada entri pak cik bertarikh 13 ogos, ari rabu yang bertajuk "budus". pasal komen MB selangor suwuh bukak 10% kemasukan pelajar uitm pada non-bumi dan meroyannya sesetengah manusia melayu dek isu nih. beginilah komen beliau :

duznt take an idiot to see dat mb s'ngor's indeed an asshole. u dnt hav to be a uitm student to be angry. our grandfathers of all races sat together years ago, at one table, agreeing what should be whose. and now a malay's bringing it up again? to jie, bumis dont go into star kolej under sum stupid competition issue, u seem old and mature, but it does look like ur husband doesnt knw wat race he was talking about. i bet he duznt even know what bumis are actually made of. takut bersaing my foot. cik zura seems to be the least knowledgeable here. when mrsm's were opened to 10% non-bumis and the JPA's 45% were given to them, too, people went meroyan everywhere. i've seen my parents working with mara since i first understood the world. i've seen enough meroyan around. dont speak of things u dont even know. makes u look like an idiot im sure ur not.wat i really wanna say is, education and politics are two diffrnt things. one person, no matter how smart he is or how much he had done for us bumis, if he cant understand that and dragged one of the two into another, deserves no respect. afterall, how can everyone here be so blind to not see dat he's being the mangy dog DAP's riding on?

ini pula komen pak cik :-
- makhluk allah ni letak nama dia a.e. jek. tader pun link blog dia memana. so kita tak tahu dia ni melayu islam ke, melayu baru ke, melayu ortodok ke, cina ke, india ke, samseng kampung dusun ke. atau pun pempuan ke, lelaki tulen ke, pondan ke, bapuk ke.
- cuma pak cik je boleh mencarut kat sini. sebab ni blog pak cik. suka ati pak cik lah kan sebagai tuan rumah. tu pun sebenarnya serba salah letak tajuk budus. dan kalo gian sangat nak mencarut gi mencarut kat blog sendirik. buat apa menyemak kat sini. kalu kau aku tak suka keturunan kau pun aku benci. anak kau takde! aku dah bagi orang lain. .... ha kan dah terikut skrip citer ibu mertua ku!
- selalu nya pak cik wat bodoh je ngan komen2 mcm ni. yang suka2 maki org (call names) pas tu menyuruk. tader pekdah pun layan orang yang baling batu suruk tangan nih. not important. should be regarded as utter rubbish. ignore kan je.
- ignore2 kan pun selalu nya pak cik tak delete komen2 mcm ni. elok lah di jadikan peringatan dalam dunia ni wujud org2 gasar mcm ni. our world is not perfect.
- the whole point that i wanna push forward is, any disagreement should be discussed in good and proper manner. tu je. everyone have their own opinion based on what they know and what they see. even a black frog who stay under coconut shell wanna say his piece. "eh! beta tak nampak apa2 pun. gelap jek kat sini." si katak tu berkata2.
- so if anyone want to say anything about the whole issue, talk about it rationally and logically. tinggalkan emosi dan sentimen yang boleh mempengaruhi pemikiran.
- to say education and politics are two different thing is almost similar in saying religion and politics should not be deal as one but be separated all the way. so .. i kinda know where is this makhkluk allah coming. islam itu syumul. it is the way of life. failure to adhere and even understand the islam itself should not be the basis in rejecting the guides and rules it says.
- if one fail to note, my opinion is using the hat of islam. not malay. not bumi. i failed to follow the teachings so many times in so many ways but i should never 'menghalalkan apa yang haram' or vice versa'. but do forgive me my knowledges is so limited that i can't argue much like a scholar.

appended hereunder is my other comment on similar issue at other site :

eden bona ehh sokong apo di cakapkan tan sri khalid tu. dio kan bijak pandai. apo pun alasan ehh ... den raso dia bercakap dgn niat yang boto. dio cuma CADANGkan di bukak 10% kemasukkan pelajar bukan bumiputera. 10% yo. bukan 100% berdasarkan meritokrasi. dengan itu buleh la di tingkatkan laie dayo saing bebudak melayu dalam tu. boleh jugak pencapaian budak2 bukan bumiputera tu di ukur dengan bebudak melayu. apo salah eh? tujuan eh nak menyamarakkan laie pencapaian bebudak melayu. bukan nyo dio kato bebudak uitm bodoh tak leh saing dan tak mesra alam.

memang ramai bebudak itm/uitm yang berjayo. tapi ado kiro tak bapo ramai yang tersungkur?

dari dulu laie itm ni atau uitm ni jadi tompek terbuang yo. mano2 yang tak layak masuk U .. itm lah pilihan eh. mano2 yang tak lopeh kat U tempatan atau luar negeri ... masuk itm. dalam borang kemasukan U itm ni pilihan yang terakhir. bilo tak dapek U lain dan U luarnegeri baru lah nak masuk itm. ado tu dah daftar kek itm ... dapek ofer U luar negeri terus angkat kaki.

toksah temberang lah. bebudak yg demonstrasi tu pun nampak bona mudo ijau pucuk pisang ehhh. ontah2 tan sri khalid tu pun tak di tahu ehh mano asal usul. sobab apo dio bonti atau di bontikan dari guthrie?

maso gomen cadangkan dulu biar itm ni di bukak untuk bebudak bukan bumiputera sebagai syarat dio di naik tarafkan jadi Unibersiti dan di boghi fakulti perubatan .. takdo lak guru bosar itm tu bangkang. menikuih lak deh.

den bukan sokong mano2. tapi bilo bercakap tu biar la nampak macam guno akal skit. jgn asik nak meroyan yo. tak kiro la bebudak sekolah itm tu ko, cikgu dio ko, ahli politik pemerintah atau pembangkang ko.

masing2 dah bosa panjang guno la akal bila berbincang menimbang mano baik buruk ehh. jangan emosi bona. jangan terikut2 sentimen melayu yang di api2 kan dek sesetengah pihak.

banyak laie isu2 yang lagi bosa dan penting. ado polisi2 menolong orang melayu yang patut terus di sokong dan di teruskan. ado yang perlu di mansuhkan toruih. ado yang perlu di ubah suaikan supayo sumo orang melayu dapek pekdah eh dan bukan setakat yang berkepontingan yo meraso. matlamat DEB (Dasar Ekonomi baru) nak jadikan 30% pemilikan ekuiti dalam pasaran saham di miliki oleh orang melayu. sebelum kito tanyo ado kah DEB dan Rancangan Malaysia ke 9 dan seterus nya berjaya atau tidak, mari lah kita tanyo mano poie ehh tokey2 melayu yang cukup hebat dulu macam towkey MAS nagn Celcom, towkey renong, towkey Hicom etc etc.

sekian terima kaseh.

- bokeh pelajar sekolah tinggi mara :D

sudah2 lah pasal melayu ni. orang melayu mcm tu je. tader orang melayu, islam ok jek. tader islam, ok ke orang melayu? berdasarkan islam kita memperjuangkan yang hak dan yang benar. secara automatik kepentingan semua pihak akan di jamin. cuma peruntukan undang2 islam itu perlu di dalami dan di perkembangkan agar dapat di guna pakai dalam semual hal ehwal mentadbir negara.
nanti pak cik cakap pasal undang2 syariah dan undang2 civil semua orang dengan pak cik2 sendiri pun tak paham pulak. lenkali la pak cik cakap panjang lebar hal ni.

agak2 nya lah kan ...

tetiba pak cik tertanya2. ingatkan dah abis dah mengomel :D

pak cik tertanya2 berapakah gdp malaysia sekarang ni? berapa plak purata pendapatan bersih rakyat malaysia? dan perbandingan statistik2 ini dengan negara2 jiran?

kalo kat olimpik, malaysia dah ketinggalan belakang thailand dan indonesia. silap2 boleh ketinggalan dengan singapura juga. bila tengok thailand bertanding dalam taekwando dan 100 meter lelaki dan perempuan selain dari acara tinju yang tradisi nya mereka memang hebat, heran juga pak cik. terrer bebeno orang siam ni juga ya.

ada orang mendakwa, kalo negara itu maju makmur, ia juga akan di translasikan dalam bentuk kebudayaan, kesenian dan sukan. pastinya pencapaian dalam bidang2 ini juga akan lebih semarak sohor serata dunia.

pernah dulu ketika pak cik bekerja dalam satu konglomerat terbesar di malaysia ni, pengarah urusannya boleh plak berkata 'apa penting nya sukan ni?' ketika dia tak luluskan bajet untuk penyertaan dalam sukan2 di peringkat negeri. terkucil2 mamat yang buat bajet tu. tahun2 sebelum syarikat itu di ambil alih oleh konglomerat gergasi itu, memang wajib lah penyertaan sukan antara2 syarikat2 kewangan di peringkat negeri dan nasional. malahan ada juga athlit2 negara yang di sponsor oleh bank2, di ambil bekerja tetapi masa kerja nya lebih ke arah bersukan.

udah la ngomel nya tu ya. tapi ada satu lagi pertanyaan, dah kibar kan bendera malaysia kat umah? jgn kibarkan dalam hati je tau! :)) muehehehehe

The Sexcellento!

when watching olympic channel i wud try to watch our athletes performing there. first amirul in weightlifting. he lost but at least he did best his past performance. tho we should realize how far his level is off with the eventual winner! plus he is old in comparison and might not appear in next olympic.
then came this tiny guy competing against the bigger muscled caucasian. he gave them a good competition. but whoever watching the cycling track event would agree that britons are super mighty and too bad in quarterfinal of sprint event he competed with the eventual winner and in keirin he lost his rythm after the re-start due to other cyclists fall. a good note that he is young and have the opportunity to feature in next olympic. will he be there? depends on him and our nation's sport programme. please be noted that the britons performed superbly thanks to tony blair's approved programme that targeting this olympic. our athletes are not usain bolt who has the natural ability and talent to take on the world! we need a carefully planned and longer programme that can support our athletes to sexcel. but our sports officials are busy wrestling with each others. perhaps our sport minister should pay attention. or even pak lah.
i am proud of lee chong wei and misbun. tho outrightly chong wei should be in the final and he did. for heavens sake he is world no 2! based on his performance in olympic sexcept in semi i thot he should have won the gold. but cracked under pressure he crumbled. and my olympic fiesta ended. i didn't sexpect much from other atheletes and they proved me right!
then came along this bolt. then the american tumbled in atheletic .... i guess the drug scandal really hit them bad this time around.

kesimpulan ... don't do drugs! usaha keras dengan gigih sampai berjaya. kalo jatuh kene bangun lagi dan lagi. akhir kata, selamat berkeras2an di hujung minggu ini. pastikan selamat! :D

saat mentari mengintai-intai di kaki langit
menarik tabir malam berlabuh
camar terbang pulang ke sarang
mimpikan yang indah malam ini
esok hari yang panjang bakal menjelang
waktu membina impian.*
* lain di dalam kepala, lain plak di hujung jari ...

Monday, August 18, 2008

.

the raining season
seems to last forever
caught wet in the middle of the open field
you got no one but yourself to blame for
the blackened sky had warned you earlier.
still shivering cold is nothing
when your heart is overwhelming by sorrow
and you're virtually crying alone.

Friday, August 15, 2008

NegaraKu.

aktiviti tetap pak cik sekarang ni adalah dok depan tivi tengok olimpik. alang2 payah nak tido tengok je olimpik sampai kol 3 4 pagi.
cukup seronok menonton para athlit malaysia bertanding. rasa bangga setiap kali pengulas di tivi menyebut nama malaysia. cuma sekarang ni tak sabar2 nak tengok athlit malaysia menang emas dan lagu negaraku berkumandang sambil bendera malaysia di naik kan. peluang paling cerah adalah menerusi lee chong wei. sekarang beliau sudah berada dalam kedudukan pingat gangsa sekurang-kurang nya. berdasarkan prestasi semasa, peluang beliau adalah cerah untuk masuk ke final dan memenangi emas. mudah2an beliau berjaya.
athlit2 malaysia yang lain2 nya yang telah bertanding setakat ini sudah gagal menerusi cabaran mereka. kebanyakan nya berjaya membaharui rekod terbaik mereka sebelum ini. itu sudah di lihat sebagai suatu kejayaan. walaupun sebenarnya athlit kita sepatutnya mempunyai objektif dan matlamat yang lebih tinggi. sebagai contoh .. memecah rekod dunia. kalau orang lain boleh mengapa kita tak boleh?
kebetulan bulan ini bulan merdeka. mari kita suburkan lagi semangat patriotik kita.

* dengar citer kalo menang emas dapat sejuta hengget. rugi pak cik tak bertanding! :)) muahahahaha
** bangga jugak tengok kelibat misbun sidek di tepi gelanggang. idola pak cik gak tu ;)) huhuhuhu
*** epi wiken all. be hepi n be safe!

Wednesday, August 13, 2008

Budus!

ari jumaat lepas ternampak kelibat mb selangor kat mesjid. tapi tak sempat nak salam ngan dia. takper .. lenkali lah. pak cik memang hormat n respek kat mb selangor nih.
tapi bila tengok budak2 sekolah uitm berarak tunjuk perasaan ngan mb dan guru besar uitm marah kat mb selangor, pak cik rasa sedih ada. rasa marah pun ada. malu pun ada. bukan kat mb selangor ya!
agak2 budak sekolah uitm yang berarak ari tu kenal n tahu tak sapa mb selangor nih? mcm mana dia boleh jadi ceo kat guthrie? mcm mana dia bleh di lucutkan plak dari jawatan ceo guthrie? budak2 tu tahu tak guthrie tu apa? konglemerate sime darby tu apa? pnb tu apa? apa hubung kait nya dengan kerajaan? dengan melayu?
baru nak bukak kuota 10% skit dah meroyan. dedulu lagi pun orang dah plan nak bukak kemasukan sekolah uitm pada non-bumi*. orang kerajaan yang cadang lah kan. tapi tader plak tunjuk perasaan masa tu.
kalo betui tak setuju pun cubalah berhujah secara ilmiah dan berpelajaran skit. lagi2 mahu main sentimen. kata dari sekolah uitm yang berprestij! tunjuk lah prestij tu skit. apa nak bangga ngan 350 ribu ahli alumni? baper banyak bekas2 pelajar sekolah uitm ni? cuba citer skit!
ba wau dal wau sin betui lah!

*uitm untuk bumiputra, bukan untuk melayu sahaja.

Monday, August 11, 2008

Dreaming To Live.


the leaves all have fallen
soon will be the drying petal
with every tick wasted
the dream is to end.
live to life
au dieu.

Friday, August 08, 2008

the truth is ... 3.

when PAS and UMNO having the muzakarah, pakatan rakyat alliance parties having a tough time to comprehend. then certain parties especially the mainstream media trying to divide those alliances. but then it backfired to BN coalitions parties. MIC and MCA the main bone of BN demand clarification from UMNO.

UMNO trying to champion 'ketuanan melayu'. when the fact is there is no such thing as ketuanan melayu any more. look around and see who is actually the 'tuan' nowadays?

PAS is fighting for the Islam cause. there is nothing wrong with that sexcept for the moslem understanding of its own religion itself is very low. how could they sexpect for the majority of moslem n malays to support them?

in the moslem community itself there are many sects. there is secular. there is hadhari. there is ignorant who don't care a bit. there is selfish and greedy. macam2 ada.

educational is the keyword. awareness is the thing that they should work on.

baru muzakarah other peoples dah shiver. belum lagi betul2 bersatu. one way of unification is by praying at mosque or surau. if all male moslem properly converge and pray for Friday prayer, then we would see our numbers and solidarity. but if it is only a weekly events and eventhat is hardly, jadilah picisan-picisan sampah di tepi jalan bila-bila akan di pijak dan dilenyek.

got to stop. banyak plak melalut. epi friday and epi weekend. :D may god bless us all!

the truth is ... 2.

one the issue being publicised is the bar council move to hold a forum on the issue of 'memeluk islam'. almost everyone, every public figure insists that the forum should not be carried out. the bar council must stop it.

and i cannot help but notice certain people is playing up the issue by sentiment and emotional perspective. why can't they speak and argue in educated and professional manner?

i honestly dunno what bar council trying to achieve by holding that forum. but i also noticed there are many issues cropped up in the past and present about converted moslem, about civil law and syariah law boundary and everything else. simply put there are many confusion. and i believe it made worst by inadequate laws.

sad am i to not see any professional syariah solicitors stand up and soundly talked about this. where is our champion. do we have one? who else do we hope to stand up and defend our rights?

one thing for sure, we are even don't have adequate competent peoples in syariah law for business matters. which made me ponder where our syariah graduate gone to?

the truth is ... 1.

i am sexciting for anwar to be formally charged in court yesterday. then we could see, hear, listen & witness what is the case is all about. what is the story. then i bet we are going to have silly moments, silly facts, silly story. let the soap beginsssssssss!

cakap luar mahkamah senang lah kan. now dalam mahkamah kene sextra careful. and then all the buzz will be limited. those people can't say much already about the case including ministers since it is a court matters now.

first casualty would be the government. already they are struggling to answer why only anwar being charged in court and whay shaiful is not since from the charges it seems that the unnatural intercourse is based on 'suka sama suka'. both should then responsible for their acts. and the answer given by the minister ... standed aaaaaa sexcuses sexcuses.

pernah terjadi dahulu kala apabila seorang perempuan datang bertemu rasulullah saw mengaku berzina dan kandungan nya sebagai bukti, beliau telah di hukum sewajarnya. sedangkan pihak seorang lagi tidak di hukum kerana kesalahan nya mesti di buktikan terlebih dahulu. itu kalau berlandaskan islam lah kan. kalau berlandaskan 'is-selam' tak dapek pak cik nak koba an.

that is the problem with the truth. no matter what u say and do, truth will stand on its own. it can't be bend down or anything, over the time the truth shall prevail.

whether anwar or shaiful telling the truth or both are lying, one day it will come clear. and this court process is a small step of many for the truth to come out and shine.

Tidak! Tidak!

tengok! tengok! tader keje aaaa dia org nih!!?? abih anak jantan den di buek ehhh model selendang rayo!

Thursday, August 07, 2008

actuallyyyyy ....

actually, i am in a jammed. kennot go alredi. everything stuck!
and got no one to talked to.
am looking to shortest and fastest escapisme window
gonna jump at the first instance it show up
will it ever?

demmit!


Wednesday, August 06, 2008

Kesesatan.

demi masa
manusia sentiasa dalam rugi.
masa yang berlalu
tak kan dapat diputar kembali.
setelah sekian lama alpa
dapatkah mengejar?

mawar suci.

kuntum bunga mekar mewangi
harum semerbak seluruh taman
ku harap hati ini tidak kan sunyi
bila kau dipetik disemat dalam ingatan.

Monday, August 04, 2008

Penantian.

setia menanti
sekian lama
yang di tunggu
entahkan bertandang
hanya bergantung pada harapan
dan secebis doa
berilah kekuatan
dalam keyakinan kian goyah.

kalau-kalau dia datang
akan ku sambut penuh senyum syukur
kalau pun tidak juga dia hadir
makamkan aku di sini
sebagai tanda dosa silam
masih belum di tebus
masih belum terampun.

trengkas.


sempat bebudak ni bergambar masa pak cik dok que beli tiket

ari sabtu bermula dengan acara tengok wayang. wat pertama kali nya mak budak2 ni nak itot. sibuk dia nak tengok citer the mummy 3. tapi maharaja beli tiket wayang citer dark knight. :D sejukkkkkk aaaa dlm tu dok lelama. ngeri gak citer dia.

kat jambatan seri wawasan ni lah pak cik ajak si juera pipit berdeting. tapi mcm biasa dia menolak.
belah petang nya gi putrajaya. rumah kakak ipar. anak nya si ahmad ijid baru di operate untuk mengeluarkan besi2 bionic dalam pinggul dan kaki dia. merempit punya hal lah ni. nenek dia pun ada kat sana. so ... depa berkampung lah di situ.

dedulu pak cik tak makan sup mamak yang pekat likat nih. tapi sekarang bedal jek. sebab tu dah buntal!
belah malam nya pak cik balik semula ke rumah. ada sesi melepak2 plak. kol 11 dah tercongok kat nasi kandar pelita tu. walaupun dah makan pulut ngan durian belah petang tadi tetiba rasa lapar plak. pak cik pun order lah sup ekor ngan roti ngan telor. air nya wajib neskepi tarik. lepak punya lepak sampai waktu imsak.
esok petang nya gi amik budak2 ngan bini pak cik kat putrajaya. sampai umah terus basuh kete. cukup berdebu kete tu. mungkin sebab jerebu kut. abis membasuh kete tetiba teringat ada F!. dok layan F1 kejap. tengah siok2 tengok massa leading tetiba enjin kete dia meletup plak. kuciwa pak cik sebab mclaren menang. ampessss.
.

in a worst possible moment
a man shud be thankful
and move on
coz things should have been
a lot awful
for an example
u r not dead yet!

Saturday, August 02, 2008

Glenyar.

dulu2 rasa gatal nak ada intenet kat umah. boleh la mentenet malam2. tapi bila ada koneksi, tetiba je tak tahu nak mentenet apa.

dulu2 lah kan. la ni zaman dah berubah. dunia dah majuuuuuuuu ...
.

di balik kepulan awan yang berarak
ada cahaya terpancar
mencelahi warna yang tadi nya kelabu
mega mendung rindu ku.

dan dari cahaya menyuluh ke bumi
sambil melukis pelangi
ketumbuhan hijau membuka matanya
dan kehidupan menari

- an sexcerpt of "setelah hujan" by Search, one of two new songs loaded in the album of "Di Pintu Sepi" distributed by Polygram Record which later pulled out from market following court order gained by the band. lovely song indeed.

Friday, August 01, 2008

Pubic Notary.

album baru band pujaan hati ku akan kuar tak lama lagi. tak lama lagi? rasa macam berzaman laks ...


asik jadik keluang kuar malam jek .. kene tengok gak citer nih. :D
epi weekend sumer! be safe! and please don't forget to flush after u used the pubic toilet ya!*
pesanan masyarakat ini di bawa oleh Kumpulan Gagak Itam SeMalaysia.

ermmm cak!

inilah dia posing feveret si ahmad albab. mengereng!

selalu lah berbual2 dengan anak2 walopun umur dia baru beberapa bulan. tu ler resia pak cik rapat dengan budak2 nih. kecik2 lagi dah wat sesi bercakap2 dengan depa walopun depa tak paham sepatah habuk apa pak cik cakap dan pak cik tak paham apa depa cakap. jangan lak cakap pelat macam budak2. cakap biasa jek.

pokok pangkal nya bawak lah dia bersembang. nanti bila kita dah tua dia plak akan rajin bersembang dengan kita. masa dah muda remaja memang la dia tader masa nak bersembang ngan mak bapak dia. tak gitu?

citer tiga.

si kecik nih macam abang2 dan kakak dia jugak masa kecik2 dulu, suka membaca. pantang nampak kertas, buku, suratkhabar mesti pada dia nampak menarik dan tertarik. mengensot2 dia mendapatkan menatang alah tu.

dah dapat dia baca lah buat sesaat dua. pas tu sesi koyak mengoyak dan makan kertas. nak cepat pandai aaaaaaaaa tu. cuma petua orang dulu2 kene bakar dulu buku2 tu baru makan abu nya ...

citer dua.

ni ler jadi nya kalo asik nak mengekor bapak nya gi melepak. bapak nya suka gi melepak2 tengah malam. kan putera lilin. melepak siang hari kan panas, cair lak nanti.

dalam kete budak2 ni tido. dah ler tido berhimpit2 padahal ada dua row lagi seat dalam kete tu. kalo dah sampai destinasi nya cepat bangun dan segar bugar tak per. kalo tak jadik kes plak bapak nya kene dukung. lenguh! pas tu kalo daj ngantuks sangat mula lah bersuara "nak balik! nak balik!". sekali pak cik sepak dengan kaki baru tau ...

citer satu.

semalam 31 July, last day untuk tuntutan adiah makan satu eskrim dapat satu lagi pree. ni ler keje budak2 nih. ikut pak cik gi kedai beli n makan eskrim. nasib baik kalu menang satu lagi eskrim. hepi gila budak2 ni kalo menang.

kecik2 lagi bapak dia dah ajar anak2 dia melepak. :D