seperti yang pak cik jangka, d semester ke enam dan terakhir ni sekali lagi pak cik di tempatkan di bilik yang kesemua nya budak pantai timur. kali ini pak cik memilih untuk menerima takdir dan ketentuan ini. dah malas pak cik jadikan bilik pak cik sebagai bilik hotel sekadar balik untuk mandi dan tukar pakaian sebelom pergi melepak di bilik member lain dari kl. cukup lah selama 5 semester pak cik berbuat demikian.
bermula lah pergaulan pak cik tahap maksima dengan budak2 pantai timur, samada yang sama kursus atau pun berlainan. makan minum, gi kelas, gi bandar, melepak dan sumer aktibiti lain nya pak cik juin sumer. turut sama d bilik pak cik ni pulak sorang mamat ni yang pandai meniaga. dia meniaga rokok. habis la bilik pak cik jadi tumpuan budak2 datang nak beli rokok. pak cik pun kenkadang tulung dalam urusniaga tu, bila towkey atau sidekick yang lelain tader dalam bilik. mujur la bilik pak cik tak pernah di serbu oleh warden. kalo tak, tak tahu la apa citer. bilik pak cik pun jadik tumpuan bebudak pantai timur yang lain nya untuk melepak.
hampir tetiap malam tido lewat. main terup permainan 'empat ratus' adalah hampir kemestian setiap malam. sampai pak cik pun jadik terrer. kalo masa sekulah dulu pak cik sekadar tengok jek tapi langsung tak paham. sekarang ... sexpert!
gi sahur pun dengan mereka nih. gi reramai. walopun lauk tak shedap, makan nasik dengan sayur bercicahkan budu pun jadik sedap. mungkin d sebabkan makan reramai kut.
ada satu ketika kami pergi ke bandar ramai2. dalam 3 atau 4 puluh orang. towkey banjer sumer. tambang bas, makan minum dengan tengok wayang.
pengajian? puas pak cik cuba fokus masa pensyarah mengajar dalam kelas. tapi kali ni langsung tak paham dan tak bleh nak pikap. dah buta hati kut. banyak dosa. balik dari kelas, jangan harap la nak studi atau buat tutorial. lingkup sumer nya. petang atau siang berdeting. malam penuh dengan aksi melepak jek. result pak cik cukup teruk kalo di bandingkan dengan semester2 dulu. nasib baik jumlah cgpa masih berjaya di kekalkan di atas paras 3 pointer.
ketika minggu peperiksaan final, si dia menyuarakan hasrat nya agar pak cik masuk meminang. dia nak kawen dengan pak cik. alasan nya ... takut hati dia berubah! pak cik terpaksa katakan tidak. sebab pak cik mahu melanjutkan pelajaran untuk dapatkan ijazah paling kurang. kalo lepas diploma terus kawin, alamat nya lepas tu pak cik tam sambung2 blajar lah. pak cik kan malas.
selepas tamat pengajian, ketika menunggu keputusan peperiksaan, si dia datang tinggal di kl di rumah kakak nya seorang cikgu. si dia tolong menjaga anak buah nya yang masih bayi. dapat lah pak cik dan si dia jumpa selalu. pak cik datang bertandang ke rumah kakak nya.
satu ketika pak cik dapat kerja sementara. dengan syarikat telekomunikasi yang dalam usaha untuk di senaraikan di bursa saham ketika itu. hampir dua bulan pak cik bekerja. termasuk sebulan di johor bharu. kerja di johor bharu amat hectic. dtg kerja kol 9 balik pun kol 9. bilik hotel dah la kecik. kena share dua orang. swimming pool pun tader. tak leh langsung nak rehatkan paler hotak. keje dah la bukan senang.
dengan hasil kerja itulah pak cik bayar yuran kemasukan ke sekolah tinggi mara untuk diploma lanjutan. dapat lah pak cik tanggung diri pak cik untuk semester yang pertama sebelom mendapat bayaran pinjaman jpa. ayah pak cik hanya perlu bagi jumlah yang kecil untuk perbelanjaan pak cik. pendek kata, sepanjang pengajian 3 stengah tawon itu, pak cik sudah boleh tidak menyusahkan ayah pak cik sangat.
masalah nya, si dia mula menghilangkan diri. tak dapat di hubungi langsung. segala usaha pak cik untuk menghubungi beliau gagal. kakak nya pun tak tahu di mana dia. kunun nya si dia dan abang nya yang tinggal sekali dengan kakak nya telah bergaduh dan telah berpindah rumah. pak cik hubungi hampir sumer rakan2 si dia. akhirnya pak cik mendapat tips di mana si dia berkemungkinan bekerja. pak cik pun jadik 'jaga' kat pintu masuk building tu menunggu dan mencari si dia ketika waktu makan tengahari. pak cik bernasib baik dapat berjumpa dengan si dia. kami pun bersetuju untuk berjumpa di sebeleh petang setelah waktu bekerja si dia tamat.
si dia bekerja sebagai seorang pa. memberi hint yang dia sudah punya boipren baru. bos beliau sendiri. si dia cukup bahagia kunun nya. sekadar menyatakan handbag nya sudah buruk, keesokan nya terus dapat handbag baru yang cantik. sambil si dia menunjukkan handbag nya yang baru berwarna merah pada pak cik. si dia meminta putus. pak cik tak mampu untuk menghalang.
ketika berjalan untuk pergi makan, pak cik menarik tangan si dia. sudah menjadi kebiasaan berjalan sambil berpegangan tangan. namun si dia menarik tangan nya sambil mengatakan .. jangan lah, jangan berharap lagi.
ketika melihat bas yang membawa si dia pergi untuk kali terakhir, pak cik terasa sedih dan sayu. tetapi jauh di dalam hati pak cik, pak cik risaukan si dia. jika si dia terus mempermainkan lelaki, manakan tahu satu hari nanti si dia pula akan di permainkan? atau pun akan di timpa nasib buruk? pak cik hanya mampu mendoakan agar si dia selamat dan di lindungi Tuhan.
sebenar nya pak cik telah menyediakan diri pak cik untuk hari tersebut. sudah lama pak cik menjangka kan bahawa hubungan ini akan putus. namun, pak cik sebenarnya tak menjangka betapa buruk keadaan akan menjadi. apabila realiti mula menampak kan diri, perasaan marah, kecewa, sedih, rendah diri dan pilu kesemuanya datang.
ketika berjumpa dengan si dia buat kali terakhir itu, pak cik baru sahaja kemalangan motorsikal. kecederaan di kaki dan lutut memaksa pak cik hanya memakai seluar trek, ber t'shirt dan berselipar sahaja. ketika itu si dia cukup bergaya memakai skirt. tudung si dia sudah lama hilang. pak cik rasa amat terhina ketika itu. apatah lagi bila si dia menyebut perihal handbag. tak mampu pak cik untuk berkata apa2.
pak cik pula mendapat sakit gigi beberapa hari kemudian. geraham bongsu tumbuh. sakit nya yang amat. sehingga pak cik mengerang sakit dalam tidor. kakak2 pak cik pun terkejut. tak tahu lah pasal putus cinta atau pun pasal sakit gigi sebenarnya.
tapi yang pasti, 3 tahun berikutnya amat menyeksakan. dengan hati yang lara, bagaimana pak cik mampu belajar? kesukaran dalam pelajaran itu juga yang menambahkan beban di hati.
3 tahun yang terasa amat panjang. amat terseksa. 3 years in hell ..
.
"philosophy? believe? why limit yourself with it?"